2 sebab IBU GAGAL menyusukan bayi sehingga 2 tahun

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Di saat mengetahui yang diri hamil, azam pertama yang terlintas dalam kotak fikiran pasti AKU NAK MENYUSUKAN BAYI INI SEHINGGA 2 TAHUN. Alhamdulillah. Niat yang sangat suci murni. InsyaAllah Allah SWT permudahkan.
Niat dah ada, sekarang perlu perbanyakkan ilmu berkaitan penyusuan. Memang betul ada yang ambil mudah perkara menyusukan bayi ini sebab membandingkan dengan zaman mak mak kita dulu. Sama sekali saya rasa kita tak boleh compare apple to apple dengan zaman mak mak kita. Salah satu sebab ialah Lifestyle.

Zaman mak kita mostly tak kerja, duduk rumah. Jadi tak ada istilah nak mengepam nak simpan stok bagai.  Zaman mak kita dia duduk rumah jekkk, tak ada keluar urusan bank, urusan bisnes, urusan pejabat pos, urusan urusan lain. Zaman mak kita jarang sangat nak berjalan jalan ke Korea, ke Hongkong, ke Bandung kan? Zaman mak kita tengok diet mereka. Beras hasil sawah sendiri. Ikan menjala di bendang. Sayur ditanam ditepi rumah. Tiada KFC, tiada Mc Donalds dan makanan makanan segera yang lain.
Jadi tak boleh banding. Zaman kita untuk menyusukan bayi pun kita kena belajar. Banyak kes yang terjadi ibu tak cukup ilmu, kesian baby tak dapat khasiat susu ibu sehingga 2 tahun.
Entry kali ini saya nak tekankan 2 perkara dalam masalah penyusuan susu ibu.
1) BAYI TIDAK KENYANG SEBAB TAK NAMPAK BERAPA OZ BABY MINUM
Selalu sangat ibu ibu menghadapi masalah ini. Kata mereka, bayi tak kenyang sebab tuh topup susu formula. Please please please, jangan lah sesekali topup susu formula pada bayi. Badan kita nih sangat bijak tau. Once ibu topup susu formula maka susu badan akan berkurangan. Perkara nih la yang sebabkan saya failed susukan anak pertama saya sepenuhnya. Menyesal sampai hari ini. Ilmu tak cukup dan tak cukup kuat dan tak sabar. Memang diakui bila saya mula beri susu formula, automatik jauh disudut otak dan hati ada suara halus sebut takpe, kalau susu kau tak cukup, boleh bagi formula. So dengan sendirinya susu badan makin berkurang dan terus kering.
Ibu ibu perlu ingat susu ibu bukan seperti susu formula. Susu ibu sangat senang dihadamkan. Bila kita terpaksa beri bayi menyusu setiap jam, bukan bermakna susu tidak cukup, tapi susu terlalu mudah dihadam sehingga ibu terpaksa kerap susukan bayi. Jadi ibu tak boleh malas dan tak boleh putus asa. Memang sepanjang tempoh berpantang, ibu hanya memanjakan diri dan sentiasa dengan bayi. Jadi tak nampak masalah di mana ibu tak boleh beri susu sepenuhnya. Ada hikmah sebenarnya kalau ibu mengikut pantang selama 44 hari. Selain memulihkan badan sepenuhnya selepas bersalin, malah ibu dapat bonding dengan bayi sekerapnya. Lagipun ibu perlu ingat di awal kelahiran, bayi sentiasa ingin dekat dengan ibu. Sentiasa nak dipeluk. Jadi kerapkan penyusuan supaya ada body contact disitu. Kadang kadang bayi bukan nak minum susu sangat tapi lebih kepada nak manja manja dengan ibunya. Best tau perasaan tuh.. jadi jangan terus ambil tindakan topup susu formula. Sentiasa fikir positif, susu kita ada, susu kita cukup untuk bayi.

2) TUNGGU BREAST BENGKAK BARU BERI BAYI MENYUSU
Oh.. satu lagi masalah nih, jangan tunggu sampai breast bengkak baru beri bayi menyusu. Sentiasa beri susu pada bayi bila bila masa sahaja bayi nak. Mesti ingat, penyusuan susu ibu nih berdasarkan konsep demand and supply. Bila bila masa sahaja bayi nak, terus bagi. Susu ada. Sentiasa ada. Kalau kerap susukan bayi. Lagi cepat breast penuh dengan susu sebab bayi sentiasa menghisap. Maka otak akan dapat signal yang bayi perlukan more and more susu. So badan akan produce lagi banyak susu.
Pam atau direct feed jangan sesekali tunggu breast bengkak. Kalau bayi tidur, nak bagi direct feed kejutkan bayi, kalau bayi tidur taknak bangun, boleh pam untuk buat stok. Selalunya dalam tempoh berpantang 44 hari susu memang meriah dan pada tempoh ini lah susu ibu paling berkhasiat untuk membina antibodi bayi. Kalau nak elakkan bayi dari kerap selsema dan demam, berilah susu ibu sebanyak yang boleh. Bersih, selamat tak perlu bancuh bancuh, dan paling mudah. Rugi kalau bazirkan duit dengan membeli susu formula kalau mampu untuk menyusukan bayi anda sendiri. Penuhkan ilmu di dada, InsyaAllah pasti berjaya.
Kalau ibu ibu rasa tak bermaya, letih untuk menyusukan bayi itu menandakan badan ibu tak cukup zat dan nutrisi. Mungkin ibu boleh cuba SET MENYUSU SHAKLEE untuk bantu ibu dalam menjayakan penyusuan. Bukan bererti ambil set ini susu terus melimpah ruah. Konsep demand dan supply yang paling penting. Kalau ambil produk apa sekalipun tapi tak beri bayi direct feed atau pam susu tetap tak ada. Jadi pastikan ibu mengikut konsep penyusuan yang betul dan InsyaAllah supplemen akan bantu ibu untuk leboh kuat dan cergas.

SMS / Whatsapp “MENYUSU” ke 011 252 66 427

Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge