6 Petua Kurus Mudah dan Cepat seperti Artis Korea

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kembara Korea Kak Kep bersama rakan bisnes tempoh hari telah banyak amatan dan pemerhatian yang Kak Kep lakukan. Terutamanya bab bentuk badan orang Korea. Susahnya nak jumpa yang gemuk melampau. Dari muda sehingga ke tua semuanya nampak fit dan cergas berjalan dengan laju mengejar subway ke sana sini. Kak Kep yang muda nih pun surrender bab nih.

Kak Kep ada buat sedikit kajian berkaitan gaya hidup mereka yang membuatkan mereka suka naik berat badan dan kekal cergas dan fit. Kalau kita ikut stail dan gaya hidup ini, tak mustahil kita juga boleh kawal berat badan berlebihan.

Bersenam dan Kekalkan Gaya Hidup Aktif

Kebanyakan orang Korea banyak berjalan. Seawal pagi sudah mengejar train untuk ke tempat kerja dan untuk pelbagai urusan lain. Gaya hidup di bandar memang sentiasa memerlukan pergerakan yang pantas. Stesen keretapi bawah tanah yang 2,3 tingkat itu ada yang menyediakan perkhidmatan eskalator dan ada yang terpaksa memanjat tangga.

Mereka memanjat tangga ini berkali kali sehari. Ada juga pakcik dan makcik yang telah berusia masih fit untuk memanjat tangga ini. Ini menunjukkan mereka sangat cergas dan mungkin sudah biasa dengan keadaan ini dari muda lagi.

Lif? Seperti sengaja di letakkan di kawasan tersorok supaya susah untuk anda jumpa. Hahaha. Jadi nak taknak terpaksa memanjat tangga.

Jeles sungguh Kak Kep tengok kaki dan peha mereka yang langsing tuh. Tak macam diri sendiri yang sebesar batang balak ini. Hahaha.

Diet Pemakanan Seharian

Korean.food-Mandu.Jeongol-01

Makanan mereka lebih cenderung kepada jenis masakan bakar dan rebus. Ikan bakar, sotong grill dan pelbagai jenis sup memang makanan seharian mereka. Secara logik akal, mereka kurang mengamalkan makanan berminyak dan berlemak.

Nasi juga hanya semangkuk kecil. Tetapi mereka lebihkan sayuran dan lauk. Di restoran pula, mesti disediakan air kosong dan cawan. Jadi pengambilan air kosong yang banyak juga merupakan faktor berat badan tidak naik.

Banyak Pengambilan Buah Buahan

Boleh nampak di jalanan banyak yang menjual buah potong sedia untuk dimakan. Strawberi, oren memang banyak dijual di tepi tepi jalan. Jus buah buahan segar juga menjadi pilihan mereka.

Buah dan sayur secara tidak langsung membantu meningkatkan metabolisme badan untuk terus kekal langsing.

1Koreaneatsmain_15

Di bawah ini ada beberapa tips dari artis Korea terkenal seperti Min Hyo-rin, Lee Si-Young, Park Si-yeon, Clara Lee dan lain lain lagi bagaimana mereka menjaga tubuh mereka supaya kekal langsing tau. Rahsia artis hokkay.. Fuyohhh..

diet ala artis dan girlband korea by junklebook copy

Kawal Makan Bukan Mengikut Emosi

Perasan tak orang selalu cakap. Bila stress mesti makan. Sangat bahaya bab nih. Kalau tak terkawal memang merana badan. Jadi seboleh boleh elakkan stress atau kalau stress sekalipun, lepaskan stress tersebut dengan cara lain seperti terjun bungee ke, tumbuk punch bag ke, pergi memancing ke atau reka aktiviti lain selain dari makan. Hehehe. Bahaya ooooo..

Elakkan Makanan Rapu

Ini juga sangat bahaya. Makanan rapu nih seperti sedia maklum memang dah direka bahan yang ada di dalamnya untuk menyebabkan kita ketagihan untuk nak makan lagi dan lagi.
Kuatkan hati dan jiwa raga untuk elak makanan rapu untuk elakkan berat badan naik ok?

Ambil Supplemen dan Minum Protein Shake

Protein shake yang baik akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Jadi tidak lah sentiasa rasa lapar dan nak mengunyah 24 jam. Supplemen juga penting untuk memastikan keperluan nutrisi badan kita mencukupi dan kita tidak cepat letih dan lesu. Tapi AWAS!!!!! Pastikan ianya hanya yang semulajadi dan selamat. Jangan beli yang sebarangan tanpa kelulusan KKM ok? Contact Kak Kep untuk cadangan supplemen yang selamat dan berkesan ini.
kurus-optimum
Beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing seperti artis Korea. Wah. Menarikkan? Jom kita amalkan. Bukan sahaja untuk kurus tetapi untuk elakkan komplikasi penyakit merbahaya juga kan? Lets be Fit & Healthy.
– Kak Kep –
+974 3301 4039 (Whatsapp)
kakkep@gmail.com
FB : CaptVitamin
ID  Shaklee : 880399

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge