7 Tips Kurus Cepat Lepas Bersalin Tanpa Perlu Tinggalkan Nasi.

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Geli hati Kak Kep tengok video kat bawah nih. Ada ke patut dikatakan adik? Adik siapa? Kenapa dipanggil adik? Apa penyebab ibu ini bertekad nak kurus? Jom kita tengok sama sama sampai habis video comel dari Puan Salwa nih. Kisah ini benar belaka. Hehehe.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Dilema Wanita Lepas Bersalin

Bagi seorang wanita, mengandung dan melahirkan adalah saat yang paling manis. Setiap kali pengalaman melahirkan dan mengandung pasti berbeza beza. Manis kan? Walau bagaimana sukar pun keadaan yang terpaksa di lalui, namun yang pasti tak serik serik hingga ada yang mencapai 10-11 orang. Betul tak?

Tapi jadi wanita zaman moden nih, penampilan perlu kena jaga juga. Setiap bulan waktu antenatal check up selain bacaan HB, antara perkara yang saspen ialah pertambahan berat badan. Pernah baca di majalah, Wardina setiap kali mengandung berat sehingga 100 kilogram. Seram kan? Huhuhu.

Seboleh boleh lepas bersalin mesti nak turunkan berat badan dengan cepat dalam masa yang sama tak nak susu badan terjejas. Nak kekal susu badan meriah.

Di sini Kak Kep nak kongsikan beberapa tips yang boleh di amalkan oleh ibu lepas bersalin untuk turunkan badan dengan cepat tanpa menjejaskan penghasilan susu ibu.

Dilema Wanita Yang Tak Pernah Selesai. Hehehe

Dilema Wanita Yang Tak Pernah Selesai. Hehehe

Banyakkan Minum Air Masak

25 kilogram berat badan bersamaan dengan 1 liter air. Jadi, sekiranya berat anda 75 kilogram, anda perlu ambil air kosong sekurang kurangnya 3 liter sehari. Lebih banyak lebih baik. Air yang banyak pasti akan memeriahkan lagi susu ibu. Susah nak telan banyak air dalam masa sehari. Apa kata cuba tips ini :

– 500ml air kosong sebelum solat Subuh.

– 500ml air kosong jam 10 pagi.

– 500ml air kosong selepas Solat Zohor.

– 500ml air kosong sebelum solat Asar.

– 500ml air kosong selepas makan malam.

– 500ml air kosong sebelum tidur.

Senangkan? Dah dapat 3 liter air kosong sehari. Guna gelas yang telah disukat 500ml. InshaaAllah pasti boleh.

Banyakkan Aktiviti Fizikal

44 hari semasa berpantang kalau dijaga oleh mak kita tentu tak dibenarkan buat apa apa kan? Layan baby dan baring saja. Gunalah 44 hari tersebut dengan penuh nikmat. Hehehe. Sebab lepas tuh pasti kita jadi supermak semua nak kena urus sendiri kan?

Jadi, selepas habis berpantang lebihkan aktiviti fizikal. Tak perlu yang susah susah. Dalam rumah pun boleh. Contohnya melakukan kerja kerja rumah sendiri. Vacuum, mop lantai, bersihkan habuk, memasak, basuh sidai lipat baju. Semua tuh kalau kita buat sendiri beratus kalori juga dibakar. Tambah dengan menyusu bayi. Silap beratus ratus kalori boleh terbakar sehari. Untung kan?

SuperMom

SuperMom

Tidur Yang Mencukupi

Pastikan tidur awal. Dan bangun awal. Mesti lebih segar. Elakkan berjaga malam sehingga lebih jam 11 malam. Pakar kesihatan menasihatkan supaya tidur yang paling baik adalah antara 10 malam hingga 2 pagi. Ini kerana pada waktu itu berlaku proses detoks hati dan memperbaiki kesihatan organ dalaman. Dalam tidur pun boleh bakar kalori tau. Jadi rugi kalau tak tidur malam. Hehehe.

Elak Stress Berlebihan

Stress juga adalah punca pertambahan berat badan. Ya, Kak Kep faham. Bagi ibu lepas berpantang, banyak yang perlu dilakukan dan perlu adjust balik kehidupan seharian. Semua kena handle sendiri ditambah dengan anak kecil yang perlu perhatian. Jangan terlampau stress. Hujung minggu mungkin boleh keluar bersama rakan rakan dan tinggalkan bayi seketika bersama suami. Dengan cara ini membantu ibu untuk kawal stress dan lebih rileks.

Gaya Pemakanan Yang Sihat

Ingat ya pesan Kevin Zahri, Nasi tidak bersalah. Hehehe. Yang penting adalah kawalan kalori dalam pengambilan makanan harian. Lebihkan sayur sayuran dan buah buahan. Kurang pengambilan nasi. Jangan lupa pengambilan protein tanpa lemak dan rendah kolesterol. Sekiranya semua seimbang, tiada masalah untuk ibu dapatkan semula berat badan yang ideal sejurus selepas bersalin. Susu badan pun tak terjejas. InshaaAllah.

Amalkan Supplemen Untuk Turun Berat Badan

Ada orang cakap tak perlu supplemen untuk turunkan berat badan. Untuk Kak Kep ianya sangat penting. Penting kerana sewaktu berdiet badan kita tak cukup nutrien. Tak cukup zat. Jadi supplemen nih dia bantu untuk menampung keperluan zat tersebut.

Untuk supplemen supplemen tertentu seperti Lecithin dan OmegaGuard memang sangat bagus kerana bantu untuk bakar lemak dan HerbLax serta Alfalfa Complex bantu untuk angkut lemak yang dibakar keluar dari badan. Sumber protein ESP dan Cinch Shake juga penting untuk memberi rasa kenyang berpanjangan. Jadi, tak la rasa nak mengunyah sangat kan? Jadi Kak Kep sangat sarankan untuk ambil Set Kurus Optimum Shaklee dalam mempercepatkan lagi proses menurunkan berat.

Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee

Tips yang terakhir adalah KONSISTEN dan SABAR dalam melalui proses menurunkan berat. Kak Kep akui bukan mudah. Tapi kena ada azam yang kuat. Kurus bukan hanya untuk cantik di mata suami tapi untuk kesihatan juga. Gemuk memang sangat sinonim dengan pelbagai penyakit kronik. Betul tak?

Jadi bagi ibu lepas bersalin yang mencari cari supplemen untuk turunkan berat badan yang tidak menjejaskan penghasilan susu, boleh dapatkan Set Kurus Optimum Shaklee dengan menghubungi nombor telefon di bawah ok.

Jangan malu jangan segan. Roger selalu. Hehehe.

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge