8 Jenis Makanan Yang Boleh Makan Banyak Tapi Kekal Kurus

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum,

Amboi amboi, terpelanting telefon bila baca tajuk entry Kak Kep kali nih kan? Teruja sangat! Apa? Makan banyak? Tapi masih kekal kurus? Suka sangat la korang ekk.. Cuba tulis perkataan ‘diet’ laju laju korang tekan button X kan? Hihihi

Tapi ini bukan main main. Ini serius. Boleh makan banyak dan kekal kurus. Tapi tapi tapi, ada lerr makanan tertentunya. Tak boleh suka suki belasah suka hati. Hahaha. Haaa tu dia dah frust pulak dah. Kak Kep nih suka memainkan perasaan ai tau. Kihkihkih. Tapi don’t worry. Makanan makanan kekal kurus nih confirm korang suka. Bukan yang tak boleh telan punya.

DAGING

Segala jenis daging. Ayam, kambing, lembu, kerbau, seladang dan sebagainya.

Nak ikutkan, kalau betul betul yang berkhasiat adalah dari sumber binatang ternakan yang makan tumbuh tumbuhan. Tapi memandangkan sekarang nih semua jenis nak cepat. Lembu, ayam, kambing nak bagi cepat besar untuk sembelih kena bagi makan gandum bagai. Maka kurang sihat lah daging mereka.

Yang menyihatkan tuh ialah daging lembu kampung tuh. Yang tuan dia pegi kerat rumput kat sawah angkut naik motor bagi lembu makan. Yang tuh memang terbaik. Tapi mana nak cari sekarang nih macam tuh kan? Terpaksa la terima apa yang ada.

Fakta daging lembu :

Lebih Omega-3 dan kurang Omega-6

Lebih Conjucted Linoleic Acid (CLA) di mana ia membantu merendahkan lemak dalam badan dan meningkatkan otot sihat

Ada lebih vitamin A, vitamin E dan antioksidan tinggi.

Bukan senang nak cari daging lembu yang sihat tuh kan? Takpe lah sekurang kurangnya ambil daging nih lebih baik dari makan burger fast food. Tak gitu?

IKAN

Segala jenis ikan. Yang baik adalah salmon, ikan kod, sardin, ikan tongkol dan lain lain lagi.

Dalam bidang nutrisi nih selalunya orang akan berbalah bab macam macam tapi mostly akan setuju yang ikan memang baik untuk badan kita.

Ikan nih tinggi protein tau. Ada pelbagai nutrisi dan kaya dengan asid lemak Omega-3 di mana ia sangat bagus untuk otak, jantung dan kebanyakan anggota tubuh badan kita.

Omega-3 nih bagus untuk kesihatan mental dan menghalang masalah kardiovaskular. Omega-3 juga bagus untuk kurangkan stress. Kajian ada menunjukkan kalau ambil hidangan ikan 1-2 kali seminggu dapat membuatkan mood kita lebih baik setiap hari. Rugi kalau tak ambil.

omega-guard22

Cuma sekarang, laut kita dah dicemari dengan bahan bahan buangan membuatkan ikan pun tercemar. But still, ikan masih yang terbaik untuk diet harian kita.

Macam Kak Kep amalkan tablet minyak ikan semulajadi setiap hari sebab nak elak dari sumber tak elok macam nih la. Satu family ambil tablet minyak ikan nih sebab anak anak tak berapa minat makan ikan yang dimasak tuh. Maybe itu juga salah satu rahsia tak gemok gedempol kan? Hahahaha.

TELUR

Antara yang paling berkhasiat di alam semesta ini adalah telur dan kuning telur tuh jangan dibuang. Paling berkhasiat tuh. Bayangkan betapa banyaknya nutrisi sebiji telur sampai boleh menghasil dan membesarkan seekor anak ayam. Tu dia. Hehehe

Ada yang kata makan banyak telur boleh kena serangan jantung. Merepek tuh. Sebenarnya dengan makan telur boleh membantu merendahkan kolestrol setersunya mengurangkan risiko terkena serangan jantung. Antioksida unik iaiti lutein dan zeaxanthin yang terdapat dalam telur juga membantu untuk kesihatan mata.

Telur adalah satu jenis makanan yang korang boleh makan sikit tapi dah rasa kenyang dalam masa sama rendah kalori.

Ada kajian dilakukan ke atas 30 orang wanita obesiti yang mengambil telur sebagai sarapan dan mereka makan jumlah kalori yang kurang dalam masa 36 jam berbanding yang mengambil roti. Menarik kan? Fuhh.. confirm lepas nih sekejap jek sepapan telur habis kat rumah korang. Hehehe.

SAYUR SAYURAN

Bayam, brokoli, bunga kobis, lobak merah dan bermacam jenis sayur lagi.

Kita pun tau kan, sayur nih kaya serat, antioksida tinggi dan pelbagai lagi nutrisi yang penting untuk tubuh badan manusia.

Kajian dari segi pemerhatian menunjukkan bahawa mengamalkan sayur sayuran dapat merendahkan risiko kanser, penyakit kencing manis dan masalah jantung.

Adalah amat digalakkan untuk semua orang mengambil sayur setiap hari. Menyihatkan, Mengenyangkan, rendah kalori dan menambahkan kepelbagaian dalam diet seharian.

Vibrant Produce

BUAH – BUAHAN

Pilih buah yang tinggi serat, tinggi antioksida, Vitamin C. (Again! Tak kuasa Kak Kep nak kupas oranges, telan tablet jek setel!!! hehehe)

Tapi berpada pada dalam mengambil buah kerana kebanyakan buah kalau makan berlebihan boleh sebabkan gemuk kerana tinggi kandungan karbohidrat dan fruktos (gula yang tak baik untuk badan, sekiranya ambil lebih boleh sebabkan gemuk)

LEMAK DAN MINYAK

Salah anggapan korang kalau ingat makan lemak dan minyak itu menggemukkan. Dalam diet harian memang perlu tambah mentega, minyak kelapa, minyak zaitun dan lain lain lagi untuk lengkapkan diet seimbang.

Bagi yang tak ambil Omega 3 dan Vitamin D3 (sepatutnya kena ambil hari hari), lebih baik tambah satu sudu minyak ikan kod dalam diet seharian.

Minyak yang sesuai untuk menggoreng pula sesuai menggunakan minyak kelapa, kelapa sawit dan mentega, manakala untuk minyak zaitun tidak sesuai untuk memasak tetapi boleh ditambah dalam salad sebagai penambah perisa.

oilfats

Kesimpulannya, memang kita kena ambil semua jenis makanan seharian secara seimbang. Jangan berlebih lebih. Makan porsi yang kecil tetapi secara kerap lebih baik untuk badan kita.

Jangan lupa tambahkan supplemen semulajadi sebagai ‘topup’ nutrisi harian kita. Memang kita kena akui, sayur buah zaman sekarang tak macam zaman dahulu yang memang fresh, tanpa racun dan ditanam sendiri.

Supplemen semulajadi bantu untuk badan kita kekal sihat bertenaga seterusnya mengawal berat badan ideal.Bagi Kak Kep sendiri minyak ikan semulajadi memang sangat membantu dalam mengawal kenaikan berat badan.

Nasib baik bulan nih ada promo Beli 6 botol DAPAT 7 botol. Jimat berbaloi, stock up siap siap sempena bulan puasa nanti.

Tau tau lah kan? Nafsu makan bulan puasa nih lain macam sikit. Kalau tak control, sepatutnya kena kurus. Dah tergedempol pulak. Hahaha.Kalau nak order, boleh roger Kak Kep naaa.. Hehehe..

WHATSAPP +6012 420 7544

Like page CaptVitamin dan PM terussssss

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge