9 Aktiviti Mudah Untuk Kurus Cepat Selepas Bersalin

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dua hari lepas, Kak Kep hadiri seminar yang dianjurkan oleh SukaRUN bertajuk Fit & Stylo Muslimah. Seramai 11 peserta yang menghadiri seminar tersebut. Sudah pasti, yang hadir semua ibu ibu yang mahu sentiasa fit dalam menguruskan aktiviti harian serta dalam masa yang sama mahu kelihatan bergaya dan stylo untuk keyakinan diri sendiri juga untuk suami. Seminar berjalan lancar dan semua peserta pulang dengan gembira. Ikut atau tak ikut, yang tuh belakang kira. Yang penting kami dah sertai bengkel yang bermanfaat. Hehehe.

Lepas seminar, sambil makan makan (seminar pasal fit dan kurus, tapi makan mee goreng, karipap siap bungkus bawa pulang.. hihihihi) perbincangan mak mak pasti lah bab nak kurus. Masalahnya di sini, nak kurus dari 4 tahun lepas, tapi masih macam tuh jugak. Hihihi.

Naik Senang. Nak Turun?

Makan hati ooo.. Hahaha

Makan hati ooo.. Hahaha

Puan Maria (bukan nama sebenar) berkongsi berat asalnya 60 kg. Sehingga melahirkan beratnya naik sehingga 90 kg. Setiap kali check up kena marah dengan gynae. Dan seperti masalah yang turut berlaku oleh ibu ibu yang lain di mana dalam pantang berat turun menjunam. Memang kurus langsing. Selesai 44 hari berpantang dan bagi yang kembali bekerja selepas 60 hari tempoh berpantang. Hmmmm, berat bukan sahaja tak turun turun, malah makin bertambah naik. Mana tak, makan tak terjaga dek dipengaruhi kawan kawan satu ofis. Betul tak? Betul sangat untuk Kak Kep. Susah nak tolak ajakan kawan kawan bab makan nih. Huhuhu.

Rentetan dari kegusaran dan kerunsingan tersebut Kak Kep suka nak kongsi cara cara nak kembali ke bentuk asal semula. Kalau betul betul ikut bukan sahaja berat asal. Mungkin boleh dapat berat Sweet 17. Auwwww. Hihihi.

Jangan risau, tak perlu gajet mahal mahal untuk kurus nih. Malah aktiviti yang disarankan adalah tugas harian seorang Mak Mak sahaja. Bakar kalori sambil menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Menarik kan?

Aktiviti Bersama Bayi :

Menyusukan Bayi: Sekiranya mommy menyusukan anak secara eksklusif, mommy boleh bakar sekurang kurangnya 500 kalori setiap hari dengan hanya BERBARING atau DUDUK. Best kan? Rugi kalau tak menyusukan anak. Sebab ini adalah cara paling cepat untuk turunkan berat badan. Pastikan pengambilan air yang cukup serta sayur, buah, protein yang berkhasiat untuk memastikan kuantiti dan kualiti susu ibu tidak terjejas.

Berjalan dan Mendokong Bayi: Aktiviti sudah tentu bermanfaat untuk kedua dua pihak iaitu bayi dan ibu. Tahukah mommy yang aktiviti menggendong bayi samada menggunakan wrap atau baby carrier dapat membakar 340 hingga 420 kalori sekiranya dilakukan selama sejam. Cuba curi masa untuk lakukan aktiviti ini. Dapat lapangkan fikiran bersiar siar, kurangkan stress dan kurus. Yay!

Tugas Mak Mak: Tak dinafikan tugas mommy memang memerlukan ketangkasan dan kepantasan luar biasa. Betul tak? Mandikan, tukar lampin, siapkan dan beri makan, layan main dengan anak bukan sahaja buat mommy aktif, malah ikatan kasih sayang antara mommy dan anak akan bertambah kuat. Rutin asas yang kita nampak macam biasa seperti bergerak ke sana ke mari, mendokong bayi, banyak berjalan ini bantu untuk bakar 170 hingga 200 calories setiap hari tau. Bagi yang ada pembantu, seboleh boleh urusan anak mommy uruskan sendiri. Itu lebih baik. Betuk tak?

Aktiviti Di Rumah :

Bersihkan Rumah: Memastikan rumah dalam keadaan bersih ( contohnya : Vacuum, bersihkan habuk, mop lantai, tukar cadar, sapu sampah, lap apa yang patut, urusan kain baju) boleh bakar sehingga 180 kalori dalam masa sejam. Jadi apa lagi mommy, jangan malas. Hihihi. Rumah bersih dan kurus juga. Yay!

Memasak: Kak Kep ingat lagi mak Kak Kep selalu cakap waktu dia masak. “Mak masak hari nih berpeluh macam lari pecut”.. Hahaha. Lawakkan? Memang betul pun. Memasak nih boleh bakar sehingga 130 kalori sejam. Jangan asyik mengunyah tengah masak dah lerr. Kalau macam tuh tak dapat turun berat. Bertambah lagi ada. Hihihi.

Membeli Belah Keperluan Rumah: Bab nih memang paling best kan? Tawaf hypermarket dengan menolak troli boleh bakar 150 kalori sejam tau. Banyakkan beli buah dan sayur ekk.. Lagi cepat kurus makan buah sayur.. Tambah naik turun tangga rumah bawa barang barang tadi boleh tambah lagi bakar kalori. Hehehe.

Aktiviti Melegakan Stress:

Mengadakan Hubungan Kelamin: Eh, jangan gelak tau.. Memang betul pun. Ramai mommy lepas bersalin rasa tak menarik rasa gemuk dan seboleh boleh nak elak dari mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan. Jangan. Bila stress, badan lagi susah nak kembali kepada berat asal. Ia dapat melegakan stress dan dapat bakar 88 hingga 100 kalori sejam bergantung kepada intensiti masing masing. Lagi kerap melakukan hubungan kelamin lagi cepat dapat kembali ke berat asal.

Hobi : Buat perkara yang kita suka. Ada orang menjahit boleh menghilangkan stress. Ada yang membuat kek dapat menghilangkan stress. Lagi rendah tahap stress seseorang lebih mudah untuk menurunkan berat badan.

Aerobik/Zumba/Menari: Lakukan aktiviti yang buatkan kita gembira. Kalau suka menari, menari. Aerobik dan Zumba sangat membantu. Boleh bakar kira kira 350 kalori dalam masa sejam. Ada anak kecil tak boleh beraktiviti? Siapa kata? Ada banyak aerobik yang menggunakan bayi sendiri sebagai ‘dumb bell’. Menarik kan? Go and google it!! Hehehe.

Google Image

Google Image

Nah.. Untuk mommy semua. 9 cara mudah untuk kembali ke bentuk asal dan berat badan sebelum mengandung. Tak susah pun kan? Kerja kerja seharian yang memang kita buat hari hari. Jangan culas buat kerja rumah. Buat dengan bersungguh sungguh dan ikhlas mesti cepat kurus kan?

Untuk Kak Kep? Tambah sikit supplemen untuk percepatkan lagi proses penurunan berat juga untuk elakkan rasa letih melampau. Nak tau apa yang Kak Kep ambil? Hubungi nombor di bawah okay..

Jom tengok satu video yang menunjukkan betapa super powernya kita sebagai mommy. Macam macam benda boleh buat dalam satu masa. Kerana dirimu begitu berharga? Kaum lelaki? #kohado?? Hahahaha

Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. from iReach HD on Vimeo.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge