Aerobik vs Anaerobik : senaman untuk kurus cepat?

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Artikel ini membincangkan senaman aerobic dan anaerobic secara ringkas supaya mudah difahami.


Senaman aerobik secara ringkas adalah senaman low-intensityseperti jogging, berjalan di taman, yoga dan sebagainya yang mampu dilakukan untuk tempoh yang lama. Ini kerana senaman-senaman aerobik ini lazimnya dilakukan tanpa menggunakan kemampuan maksima badan,jadi  penghasilan tenaga dari pembakaran kalori dari lemak (selepas lebih kurang 15-20min) dengan kehadiran oksigen. Pengoksidaan lemak sebagai sumber tenaga ini tidak menghasilkan asid laktik seperti senaman anaerobik. Oleh itu badan mampu melakukannya untuk tempoh yang lama (1-2jam)

Senaman anaerobik adalah lebih high intensity. Jadi ia memaksa badan menghasilkan tenaga yang maksimum dalam masa yang singkat oleh itu oksigen ‘tidak sempat’ terlibat. Jadi pembakaran kalori lebih tertumpu kepada penggunaan glycogen (simpanan glukosa ) yang tersimpan pada otot dan hati. Keadaan ‘darurat’ oksigen ini menyebabkan badan terpaksa ‘berhutang’ oksigen kerana tenaga perlu dikerahkan sebanyak mungkin. Oleh kerana itu pembakaran kalori tidak hanya berlaku semasa bersenam malah juga berlaku selepas bersenam. Ini kerana kalori dibakar pula secara aerobik dalam tempoh ‘pemulihan’ otot-otot yang berada dalam ‘darurat’ sebelum itu.

Jadi secara kesimpulannya, untuk langsing dengan lebih cepat maka gabungan kedua jenis senaman ini adalah disarankan. Senaman aerobik bagus untuk membakar lemak sedia ada, senaman anaerobik pula bagus untuk membakar total kalori yang lebih banyak dan juga meningkatkan kadar metabolism badan.

 
Tidak ada idea nak buat senaman apa? Nantikan artikel seterusnya dari CaptVitamin.

Hubungi kami segera

SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge