Percutian Bersama Anak Kecil : Jangan Buat Gila Macam Kami

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Korang suka bercuti? Sape yang tak suka bercuti kan? Waktu nak pergi dan semasa bercuti memang happy habis. Mana ingat apa apa. Teruja yang amat. Kak Kep memang suka bercuti. Bercuti satu keluarga dengan anak anak memang best tapi penat. Tak kisah la dalam negara atau luar negara. Dalam negara pun sebenarnya masih banyak lagi tempat yang tak pegi. Alih alih banyak pulak luar negara yang dah di jelajah. Hihihihi.

Maklum lah duduk di Qatar nih dah lah dekat dengan Eropah tambah pulak macam macam carrier company asyik lah buat promo. Ada sekali tuh promo beli satu tiket dapat 50 % less untuk tiket kedua. #kohado? Tak ke hilang akal punya promo tuh. Sebab tuh yang banyak jelajah area sini.

Kerja Gila

Masih ingat lagi bulan Mac lepas. Kami satu family buat gila. Kami booking dari Doha ke Amsterdam dengan Turkish Airlines. Bila fly dengan Turkish Airlines, makanya kena transit kat Istanbul kan? Flight jam 2 pagi dari Doha. Sampai Istanbul jam 6 pagi. Transit 12 jam kami keluar ke Istanbul melawat Haigha Sofia, Blue Mosque dan Grand Bazaar serta melawat kawasan sekitar dengan anak anak yang berumur 7, 3 dan setahun. Bayangkan berapa hari tak tidur betul betul tuh? Memang ting tong habis. Huhuhu.

Yang berdokong yang babywear yang mengadu penat jalan.. Kesabaran Kesabaran.. Hihihihi

Yang berdokong yang babywear yang mengadu penat jalan.. Kesabaran Kesabaran.. Hihihihi

Makan kena makan kan? Hehe.. Must try kalau sampai Istanbul.. Malaysia #nanhado yang nih.. hehehe

Makan kena makan kan? Hehe.. Must try kalau sampai Istanbul.. Malaysia #nanhado yang nih.. hehehe

Pengembara Kedekut

Bayangkan macam mana keadaan huru hara kami? Hahahahaha. Tapi gigih. Percutian kami memang sentiasa berkonsep macam nih. Beli sekali tiket flight dan jelajah seberapa banyak negara yang ada di sekitar. Ini nama dia ‘cheapskate traveller’ (pengembara kedekut) kihkihkihkih. Dan lagi satu, konsep Abg Sepet is a big no no no untuk tinggal anak. Katanya gambar tak cantik kalau takde gambar budak dalam tuh. Tak happy. Tak comel. Hmmmmm layannn.. (Kak Kep dalam proses memujuk nak pi ‘honeymoon’ nak tinggal anak anak, doakan kejayaan Kak Kep.. Azam 2015 nih.. kihkihkih)

12 jam transit dengan tidur ke laut, anak anak macam macam peel memang sumpah penat gilerr. Tapi kami survived transit 12 jam dan next 4 hours flight direct ke Schiphol Airport Amsterdam. #kohado berani buat macam Kak Kep nih? hahaha

Fuhhhh.. lega.. Akhirnya sampai.. Tangan kebas dah tak berasa nih.. kihkihkih

Fuhhhh.. lega.. Akhirnya sampai.. Tangan kebas dah tak berasa nih.. kihkihkih

Pembongkaran Rahsia

Macam mana kami buat? Hehehehe.. Secret!! Aci tak? Hahahaha.. Kisahnya sama seperti minah bawah nih.. Kami dah bersedia dengan ‘senjata senjata‘ melawan kepenatan sebelum travel lagi. Memang sama sebijik lah apa yang kami buat dengan minah nih. Tambahan sikit ada teh ajaib tak bagi mengantuk tuh jugak. Memang terpaksa bersengkang mata nak melayan anak anak. Tangan memang kebas dok dokong lah.. Baby wearing lah.. Semua dah ada ‘ubat’ nya. Hehehe.

Bagi yang suka travel macam kami. Bukan setakat travel tapi suka buat kerja gila macam kami nih memang wajib la ada ‘senjata senjata’ nih. Hahaha. Waktu travel happy. Balik dari travel pun tak penat dan happy. Best gila.

Selamat mengembara, wahai semua pengembara.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge