Mudahnya Bisnes Shaklee Walaupun Menetap Di Luar Negara

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alhamdulillah.. Bulan Disember 2014 Kak Kep telah berjaya naik rank Key Coordinator (lagi 2 rank untuk jejak ke rank tertinggi di dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Doa kan yer secepat mungkin. Inshaa Allah)

Ya, semua ini berlaku ketika Kak Kep menetap di Doha, Qatar (mengikut suami yang bekerja di sini). Sehingga sekarang sudah lebih 3 tahun menjadi penduduk Qatar dan masih lagi di sini. Alhamdulillah.

Kak Kep jenis yang dah biasa pegang duit sendiri. Bila buat keputusan untuk cuti tanpa gaji ikut pasangan selama 3 tahun otak nih ligat fikir macam mana nak dapat income sendiri.

Yes. I’m on a right track. Sebelum datang dah jadi ahli Shaklee dan sudah rasa keberkesanan produk Shaklee sendiri. No doubt memang sangat sangat ceria, bertenaga dan bergembira berpantang dengan Set Pantang Shaklee. Dari situ Kak Kep tau boleh jana income dengan Shaklee.

Bermula dengan Berkongsi / Sharing

Hanya dengan berkongsi kebaikan dan manfaat Shaklee di Facebook dan blog sedikit demi sedikit semakin ramai yang ingin mencuba Shaklee dengan harapan dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah mereka. Kak Kep di Qatar tapi kebanyakan pelanggan dari Malaysia. Bagaimana Kak Kep lakukannya? Ya, dengan dropship sahaja dengan Shaklee.

Dropship dengan Shaklee

Bisnes Shaklee adalah yang paling mudah. Tak perlu simpan stok berpuluh ribu bawah katil. Bila ada order masuk, pelanggan bank in duit ke akaun. Zass zass zasss Kak Kep terus klik klik online untuk order. Shaklee akan uruskan untuk pos kepada pelanggan dengan menggunakan perkhidmatan GDex atau CityLink. Jadi tiada masalah Kak Kep di mana mana sekalipun di dunia nih untuk berbisnes. Janji di situ ada internet. Senang kan?

Coaching Downlines

Macam mana pulak dengan downlines? Macam mana Kak Kep coach atau bimbing mereka? Secara jujur, hanya 2,3 orang ahli di bawah Kak Kep yang aktif berbisnes berada di Qatar. Ramai yang berada di Malaysia. Cara paling mudah berkomunikasi ialah melalui group di Facebook dan Whatsapp.

Dengan teknologi masa kini yang memang canggih, maka kami juga seringkali berhubung melalui webinar (web seminar). Kak Kep bertindak sebagai speaker dan sediakan slide untuk pembentangan. Mereka yang ingin menyertai webinar tersebut akan diberi link id. Hanya yang ada link id boleh mendengar seminar tersebut. Sempoi kan? Sambil lipat kain malam malam jam 10pm dapat tuntut ilmu bisnes.

Leaders leaders di Malaysia Kak Kep akan keep in touch dengan Whatsapp dan Facebook. Alhamdulillah. Mereka maintain dengan rank masing masing dan tetap mampu membuat jualan yang tinggi. Pokok pangkalnya adalah atas diri sendiri. Kalau dah minat, lautan api sanggup ku renangi. Tak gitu? Hehehe.

Bisnes Yang Fleksibel

Satu lagi yang menarik tentang Shaklee ialah ia sangat fleksibel. Kak Kep boleh melakukan bisnes di mana mana hanya menggunakan sosial media seperti Facebook, Instagram,blog dan Twitter. Jadi ruang lingkupnya lebih luas dan mencapai sasaran yang lebih jauh dan besar.

Berbisnes dari rumah serta masa dengan anak anak tidak terganggu adalah impian Kak Kep sejak dulu. Puas hati sangat. Anak anak membesar di depan mata, makan minum pakai suami terjaga, ada masa untuk diri sendiri serta dapat menjana pendapatan yang lumayan. Alhamdulillah, syukur.

Tak Sangka Buah Cempedak Jadi Nangka

Bermula dengan hanya mahukan income bulanan, tak sangka pula usaha Kak Kep yang tak seberapa ini melayakkan diri untuk mendapat bonus kereta setiap bulan yang bermula dengan 3 angka dan sekarang sudah mencapai 4 angka bonus kereta setiap bulan.

award1

Shaklee National Conference 2013/2014 di Sunway Convention Centre

awards

Antara awards yang diperolehi semasa National Conference 2013/2014

car bonus

Kunci besar yooo #kohado ?? Hihihihi

Points yang diperolehi Kak Kep juga layak untuk ke Global Conference di Long Beach Island, California pada Ogos 2014. Kak Kep aku Amerika Syarikat adalah negara yang tiada dalam senarai untuk Kak Kep melawat memandangkan harga tiket kapal terbang yang sangat mahal dengan jumlah masa penerbangan yang lama iaitu 23 jam. Kalau guna duit sendiri memang fikir 213 kali nak pergi kan? Dengan Shaklee, Kak Kep berpeluang merasa semua tuh secara PERCUMA malah diberi duit poket untuk shopping.

Pengalaman di California dan San Francisco memang antara kenangan manis yang takkan dilupakan sampai bila bila. Manis. Sangat manis.

gabby

Wisteria Lane – Universal Studios *Like dream come true dapat melawat kawasan rumah Gabby, Bree, Susan.. fuyohhhh* #kohado ? lagi sekali.. hahaha

hollywood

Must visit place when you’re in Hollywood .. Macam tak percaya.. Tampar diri sendiri 4,5 das.. kihkihkih

shakleehq

Paling best!! Visit Shaklee HQ di Pleasanton. Kami disambut dengan meriah oleh staff Shaklee HQ. Teruja gilerrr.. huhu

Jadi sekarang apa lagi alasan anda mengatakan yang Shaklee tidak boleh buat? Kak Kep dah buktikan, dengan tinggal di luar negara, yang pulang ke Malaysia bercuti hanya setahun sekali mampu untuk mencapai ke tahap sekarang. Apatah lagi anda semua yang berada di Malaysia. 1000 kali ganda lebih baik anda boleh buat dari Kak Kep.

Tambah pula, dengan kumpulan besar iReach Family yang mana semua para leaders memang sangat sangat baik hati dan tidak kedekut ilmu, memang sangat mudah untuk anda capai impian anda. Pokok pangkal diri sendiri. Samada anda ingin mengubah nasib diri dan keluarga atau hanya tengok sahaja dan terus terusan berada di ‘zon selesa’ masing masing.

Keluarlah dari kepompong selesa dan berusaha perbaiki diri dan ekonomi keluarga dengan join Shaklee bersama sama kumpulan kami.

Nak join kumpulan super ohsem nih? Just contact nombor kat bawah.

Peace Yo!!

Comments

    • Kak Kep says

      qatar?? hehehe.. ok.. bila balik mesia lama lama.. mmg rindu qatar.. hihihi
      Dubai sangat metropolitan.. mmg habis aa duit.. better Qatar.. dapat menyimpan sikit.. hehehe

  1. says

    knal kak kep kat group WOL ireach…memang osemm org nya… Baru sekali bg idea..sangat bermanfaat untuk saya yg nak tarik cust baru.. Semoga naik master tahun ni kak kep…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge