Buang lemak perut : Sayur–sayuran terbaik untuk hilangkan lemak itu!

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Peningkat metabolisme
Suka pedas? Cili hijau, cili merah cili padi mengandungi capsinoids yang meningkatkan kadar metabolism anda. Menurut  kajian yang diterbitkan dalam “The American Journal of Clinical Nutrition” pada January 2009, pengambilan 6 mg of capsinoids setiap hari membantu membakar lemak abdomen dengan meningkatkan kadar pengoksidaan lemak (memudahkan lemak ditukar-guna sebagai sumber tenaga). Jadi lemak-lemak terkumpul di perut itu lebih mudah disingkirkan.

Sayur berserat tinggi 
Kekacang dan lentil adalah sayur-sayuran berserat tinggi yang dapat membantu mengurangkan kalori daripada diet anda. Menurutkajian di Colorado State University, sayur-sayuran yang tinggi serat mengurangkan pengambilan kalori anda kerana sifat mereka yang menyerap air jadi memberikan anda rasa kenyang atau penuh. Wanita perlu mengambil 25 g dan lelaki 38 g serat setiap hari. Satu cawan kacang merah mengandungi lebih daripada10 g serat, manakala 1 cawan lentil atau kacang hijau mempunyai lebih daripada 15 g serat.
Sayuran yang banyak air
Timun, salad, saderi dan tomato mengandungi 95 peratus air, dan sememangnya mereka membantu mengisi perut andatanpa memberikan banyak kalori. Sebagai contoh, 1 cawan saderi, timun atau saladmempunyai kurang daripada 16 kalori. Gantikan separuh daripada hidangan anda dengan saladhijau dibuat dengan sayur-sayuran dan anda  akan mengurangkan pengambilan kalori anda hampir separuh.
Sayur-sayuran membantu mengurangkan pengambilan kalori harian anda dan meningkatkan metabolisme anda, jadi secara langsung ia membantu anda menghilangkan lemak degil di perut. 
Pesanan khidmat masyarakat
Untuk hasil yang optimum, tambah senamanrutin mingguan dalam kehidupan andauntuk meningkatkan metabolisme supaya pembakaran lemak lebih giat berlaku. Tapi awas, jika makan sayur selori pun tak akan kurang lemak diperut kalau pengambilan kalori harian anda masih melebihi yang digunakan oleh metabolisme badan.  Mintalah pendapat dan cadangan pakar pemakanan untuk lebih jelas sebelum menukar diet anda.

 
Hubungi kami segera

SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge