Cabaran Bisnes Shaklee : Rahsia Kekal Positif

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Semua perniagaan mahupun pekerjaan ada cabarannya tersendiri. Bisnes Shaklee juga begitu. Tetapi usah kita merungut dan berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan itu. Sentiasa positif dan pandang ke hadapan. Bagaimana caranya untuk kekal positif dan terus bermotivasi untuk menjalankan bisnes Shaklee ini? 

Baca seterusnya di bawah ini saya ada kisah peribadi dan pengajaran untuk dikongsikan dengan anda:


Sebenarnya rahsia untuk kekal positif ialah sentiasa bersyukur kepada Allah. Mungkin ianya lebih mudah untuk dikatakan dari dilakukan kerana semestinya kita hanya insan yang lemah dan mudah terbawa-bawa atau terpengaruh dengan keadaan. Tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak memperbaiki diri. Jadikan amalan apabila dilanda kesusahan atau jika segalanya serba tak menjadi contohnya hari closing Shaklee, dah ambil nombor queue 3-4 jam tiba giliran kita system down. Menyirap? Terbakar? Nak Karate?….Sabar, ucaplah Alhamdulillah dan senyum. Kenapa?

Yakinilah rezeki itu dari Allah. Dan di saat diduga itulah Allah beri kita peluang mudah untuk dapat pahala. Ganjaran yang akan dibawa ke alam yang kekal, mahu tak? Jadi biasakan, tiap kali berhadapan dengan rejection, kutukan, barang tak sampai, stok habis, printer resit branch Shaklee rosak lepas tunggu tiga jam (kisah benar) dan sebagainya, ucaplah Alhamdulillah dan senyum. InsyaAllah rasa terbakor atau nak bakor tuh sejuk sikit. setan pon frust, depa dah ready dah untuk ‘siram minyak’ & jadi cheer leader “Maki dia! Taruh lagi!” tup tup…Alhamdulillah…….Sentot setan di situ

Percayalah, jika Allah uji kita dan kita bersabar nescaya Allah akan berikan lebih lagi mungkin dalam bentuk lain. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. Mungkin dengan kehilangan satu sale sebab rejection kita jadi lebih kreatif dalam bisnes Shaklee kita? Mungkin dengan tak dapat beli dari HQ yang stok memang banyak dah habis, kawan kita dapat tolong belikan dekat branch lain yang SEMUA stok ada lagi (kisah benar lagi)?

Jadi kesimpulannya sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan. Jangan anggap bersyukur itu adalah berpuas hati jadi tak perlu berusaha dan bermalas-malasan. Itu bukan berSYUKUR namanya itu berKUBUR. Syukur itu ialah menghargai apa yang diberi Allah, badan yang masih sihat digunakan kesihatan untuk bekerja keras. Masa yang ada digunakan masa itu untuk usaha yang berfaedah. Jadi kalau ada masa tapi malas nak update blog, malas nak promosi produk, malas nak kembangkan bisnes Shaklee kita, adakah itu bersyukur?

Semoga kita jadi insan yang lebih baik di hari-hari seterusnya berbanding hari semalam. InsyaAllah. Di kongsikan di sini satu syarahan yang bagus tentang syukur oleh ustaz Nouman Ali Khan.

Berminat sertai bisnes Shaklee dengan kami? Jangan tersilap pilih kumpulan untuk jadi ahli Shaklee 

Jom serius untuk berbisnes Shaklee dan bantu suami top up pendapatan isi rumah. InsyaAlla.

Hubungi kami segera

SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com | hasliana.mdsaad@gmail.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge