CaptVitamin Jelajah Eropah 2014 : Lake Luzern to Lake Como, Italy

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Di sebabkan semalam hujan, maka kami satu family tak beraktiviti, sampai Zurich dari Geneva just lepak kat apartment jek, so bila anak anak bertuah rehat cukup dan tidur awal so boleh bangun awal hari nih.. Kejut bangun pagi senang, siap siap terus check out untuk ke Luzern, sebenarnya ke Luzern sebab nak ke Mount Rigi. Harap harap ada snow kat mountain. Hahaha. Konon. So anak anak dah siap dengan bubble jacket. Comel pulak masing masing gemok gemok.

 Siap tapau shawarma kat kedai halal apartment kami pun gerak lebih kurang jam 8.30 pagi. Dan pagi nih pun masih lagi hujan. Yg Kak Kep perasan, bila baca blog blog travel pun, bila mana travel ke Switzerland gambar mesti basah. Hihihi. Bila masa yang tak hujan Switzerland nih? Haha..

IMG_4868

On the way ke Lake Luzern

IMG_4877

Pekan Luzern

Nak ikutkan rugi sebenarnya kami datang Zurich, tak habis jalan pun, semata mata untuk tidur jek, sebab lepas ke Luzern nih kami akan terus ke Lake Como. Dah masuk Italy tuh, hihi. Percutian ‘touch and go’ katanya. Hihihi

IMG_4882

Lake Luzern yang suram

IMG_4885

Yang paling happy

Ok, perjalanan dari Zurich ke Luzern lebih kurang 45 minit. Hujan dan sangat sejuk. Dan yg paling sedih is foggy sangat. Lake Luzern yang cantik tuh pun suram. Kami gagahi juga keluar kereta untuk ambik gambar. Anak anak semua sorok tangan dalam jacket masing masing. Ada glove pun sejuk lagi. Huhu. Ambil gambar lebih kurang kat tepi tasik tuh then kami terus gerak ke Mount Rigi.

IMG_4892

Dah berglove pun sejuk lagi.. brrrrrrrrr

IMG_4894

IMG_4903

Semua kena balut takleh gerak

Mount Rigi nih nak ikutkan yang paling rendah antara semua semua gunung kat Switzerland nih. Nak ikutkan kalau nak carik snow kena gi Jungfraujoch, sebab kat situ snow all year round. Tapi kami akan ke Mont Blanc, Chamonix. Kat situ confirm ada snow. Hihihi. So kat Mount Rigi kalau ada bonus lah.

IMG_4910

Otw ke Mount Rigi

IMG_4925

View Lake Luzern

Dari Lake Luzern ke train station nak naik Mount Rigi dalam setengah jam drive. Still hujan rintik rintik tapi gigih dgn stroller dgn baby carrier segala. Hihihi. Beli tiket and naik Mount Rigi. Sampai atas. Tak nampak ape. Hahaha. Foggy teruk! Ada snowfalls manja manja. Seronok budak budak, dok Frozen Frozen.

IMG_4926

Rigi Shop

IMG_4932

dalam train untuk ke Mount Rigi

Memang lawak kami kat atas nih, jgn kata nak nampak Lake Luzern scenery dari atas, anak jalan 5 meter kat depan pun dah tak nampak. Dah hilang dalam fog. So kalau korang nak gi mount Rigi ke Pilatus ke, if foggy takyah buang duit beli tiket. Like us, ini adalah alasan untuk repeat Switzerland. Since ambik gambar pun tak nampak apa, maka turun la balik berbondon bondon ke bawah. Hahaha. Perabis CHF (Swiss Franc) lebih kurang kat kedai souvenir, so kami pun gerak ke Lake Como.

IMG_4943

Foggy teruk

IMG_4950

lepak lepak jek

IMG_4954

jarak penglihatan 2 meter.. hahahahha

IMG_4956

IMG_4959

waktu nak turun

IMG_4962

hujan rintik rintik

By the way, Lake Como nih Italy tau. But sempadan jek dengan Switzerland. Jalan kat sini banyak terowong dan lalu tepi tepi bukit. Swiss kan asyik hujan jek, yg lawak tuh masuk jek Italy terus matahari memancar terang benderang. Hihi. Sepanjang jalan nak ke Lake Como scenery jangan cakap lah kan.. Subhanallah, cantik sangat dengan snow mountains yg berbalam. Memang pengalaman yang tak dapat di beli dengan duit ringgit.

IMG_5011

otw ke Lake Como

IMG_4988

dah nak masuk Italy

Lake Como nih consider pinggir Italy dan kawasan kampung. Cantik sangat. Kalau tengok dalam gambar. Macam tipu. Hehe. Villa Magie yang kami sewa betul betul tepi tasik cuma tak menghadap tasik tapi waking distance. Sampai jek, check in apartment terus gi jalan jalan tepi tasik sebelum gelap untuk ambik gambar. Cantik sangat. Dan weather yang sejuk sejuk. Best sgt!

IMG_5016

Stay kat Villa Maggie

IMG_5025

Lake Como nak masuk senja

IMG_5040

best sangat lepak kat sini

IMG_5052

megi jekk

Malam tuh dinner mee segera only sebab malas nak carik halal food. Hehe.

Tips Travel dengan Kak Kep :

  • Kalau jumpa kedai halal, tapau jek apa yang patut sebab next destination kita tak sure lagi samada akan jumpa halal food atau tak. So, beli jek.. Lgpun most apartment ada microwave. Boleh panaskan. Bukan takat dinner, breakfast esok pagi pun boleh ulang. Make sure kena ada food especially kalau anak anak kuat makan.
  • Pilih apartment yg nak disewa yg sediakan tempat parking (kalau nak sewa kereta). Make sure check betul betul kat booking.com samada ada sediakan parking or not. If not stated, call and ask. Susah kalau takde parking.
  • Sepanjang road trip get ready dengan snek utk anak anak. Again make sure bukan jenis watery atau yg messy. Susah nak handle. Plain water cukup untuk diorang. Minum air pelik pelik kang cirit ke apa. Leceh.

Ok, selesai Lake Como. Esok kita jumpa di San Siro (AC Milan Stadium) dan Milan Cathedral

 Screen Shot 2014-10-05 at 10.36.40 PM

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge