CaptVitamin Jelajah Eropah 2014 : Switzerland – Geneva to Zurich by road

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seawal jam 4 pagi kami 5 beranak dah ready kat lobby hotel. Flight EasyJet 6.30am dari Amsterdam Schiphol to Geneva Airport. EasyJet nih macam AirAsia. Low cost carrier around Europe. So, EasyJet nih dia tak operate kat Zurich Airport but di Switzerland dia operate kat Geneva Airport. So kami terpaksa ke Geneva and drive from Geneva ke Zurich. Anak anak dah tak tukar baju segala. Terus dengan baju tidur jek ke airport dan fly dengan baju tidur. Schiphol Airport memang sgt selesa. Dan yang paling best, kalau travel around Europe via flight memang dah tak payah cop passport, so memang dah jimat masa kat situ.

IMG_4804

Waiting area Schiphol Airport Amsterdam

IMG_4805

Kids friendly. Kat tengah tuh slide untuk budak

IMG_4808

IMG_4815

Mama abah pun tingtong.. hehe

Tapi EasyJet from Schiphol cuma boleh bawak satu hand carry termasuk handbag. Kak Kep bawak handbag dan beg susu anak. Dia suruh sumbat handbag dalam beg susu tuh. Berpeluh jugak nak menyumbat kat situ. Adoi. Tak sure ini rules EasyJet atau airport sebab dari Geneva balik ke Schiphol takde plak mintak buat macam tuh.

IMG_4822

EasyJet

IMG_4823

Outfit paling selesa. Baju tidur. Hehe

 

Pagi tuh hujan, flight hours sekejap jek, around sejam 30 minit. Sampai kat Geneva Airport around 8 pagi terus amik kereta sewa. Merasa lah drive Audi A6 kan? Hehehe.. Tapi Audi tuh macam Saga FLX jek kat sana. Bersepah org drive so takyah nak bangga sangat la kan? hihihihi.. Selesai urusan sewa kereta, kami pun gerak ke Zurich, dengan 2 car seat untuk 2 anak dara dan si abang guna BoostAPak as booster seat.

IMG_4830

Safely landed at Geneve Airport

IMG_4831

Rent a car

IMG_4833

IMG_4834

Motorway to Zurich

Part paling best, tempat caj GPS kereta tuh rosak and GPS low batt. Dan bertambah best, build in GPS Audi tuh kami tak reti nak change language. Maka dari Geneva heading to Zurich kami guna GPS bahasa German dan teka teka left or right. Rasa diri teramat terer time tuh. Nasib baik anak anak tidur dan tak bising. Kalau bising menangis segala bagai maka mama abah melampir lah sepanjang perjalanan. Perjalanan dari Geneva ke Zurich lebih kurang 3 jam. Tapi tak terasa sangat sebab kiri kanan jalan Subahanallah. Cantik sangat sangat.

IMG_4844

Mata sejuk sepanjang jalan dijamu dengan pemandangan macam nih

IMG_4849

Arriving Zurich

IMG_4854

Hujan. Dari tingkap apartment nampak kedai halal kat bawah. Hehe

IMG_4859

Sampai Zurich terus cari apartment yang kami booking. Casa Rodolfo. Mencabar jugak nak cari nih sebab dia dah cakap awal awal. Tak ada parking disediakan. So bernasib baik ada parking kat tepi tuh. Dekat jek jalan kaki. Dan still hujan, maka tak dapat lah kemana mana selain terperuk dalam bilik saja. Nasib kat bawah tuh jek restoran halal. So tapau kebab kat situ makan kat situ.

Zurich nih kecik jek.. Dan tak busy sangat pun. Jalan dia memang bersimpang siur dengan tram, orang naik basikal, yang bawak kereta yang jalan kaki semua. So kena slow slow dan hati hati kalau driving. Kami tak sempat explore pun Zurich sebab hujan. Maka macam jatuh wajib pegi visit lagi kan? Hehehe..

 

Tips travel dengan Kak Kep :

  • Kalau bawak anak anak nih takyah nak beria siapkan diorg sangat tambah tambah nak kena catch early morning flight. Dengan baju tidur boleh terus gi airport. Asalkan selesa. Atas flight nak tidur jek pun. So pakai pakaian yang selesa.
  • Kalau sewa kereta, make sure book car seat siap siap dengan syarikat sewa kereta tersebut. Sebab kalau last minit mungkin jugak boleh habis. And kalau kat Europe nih, car seat wajib yerr untuk budak budak.. Bukan macam kat Malaysia yang suka hati boleh duduk atas riba mak kat seat depan. No way! Kena tahan polis, sia sia jek kena saman.
  • Travel dengan budak budak kena bersedia dengan kemungkinan kemungkinan macam muntah berak segala tuh.. Baju busuk kotor terbocor termuntah memang ada, so bila nak pilih apartment utk disewa cari yg ada sediakan washer cum dryer, kalau washer only pun tak guna jugak sebab tak sempat kering. Ini untuk kes yg area kita sewa tak ada self service laundry. Kalau ada self service laundry memang senang.
  • Bila booking apartment yang ada washer cum dryer maka tak perlu bawa baju salin banyak banyak sebab boleh basuh. So, kurang lah luggage. kuranglah barang. Boleh travel light.

Ok, kita jumpa esok di Lake Luzern ok.. Stay tuned!

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge