CaptVitamin Jelajah Eropah : Netherland Day 2 – Keukenhof 2014

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
IMG_4689

Waiting for check in NH Barbizon Hotel

IMG_4693

Amsterdam Centraal

Kami sampai Schiphol Airport jam 11 malam. Budak budak memang tak kenal apa itu penat. Tetap aktif macam biasa. Mak pak memang letih tak ingat. Tangan lenguh kebas cukup lengkap. Hihi. Takmau fikir panjang maka terus amik taxi ke Amsterdam untuk ke hotel iaitu NH Barbizon Hotel. Kedudukan yang sangat strategik berdepan betul betul dengan Amsterdam Centraal, stesen keretapi utama di Amsterdam. Kami sampai di hotel lebih kurang jam 12am. Siapkan budak budak mandi semua terus tidur. Nasib baik masih kenyang dengan food yang makan dalam flight tadi. Esok pagi kena awal. Nak gi Keukenhof. Yeay.

IMG_4697

Halal Food

IMG_4699

Kebab sedap

IMG_4702

Jalan jalan selfie selfie

Esok pagi tuh terbabas jugak tidur sebab terlampau letih. Lebih kurang jam 9 pagi baru keluar dari hotel untuk cari breakfast. Jangan risau, kalau kat Amsterdam memang makanan halal sangat senang dapat. Indonesian cuisine kalau nak makan nasi. Dan kebab memang bersepah sepah. Kak Kep suka sangat kebab kat Europe, sebab kebab Europe ada rasa dan sedap. Tapi kebab kat Qatar nih tak best. Boleh pulak macam tuh? Hahaha.

Tepi hotel kami jek Damrak Street. Damrak tuh macam tak pernah sunyi. Orang ramai sungguh berjalan pergi balik. Sebenarnya blur jugak pagi pagi nih. Tak buat research betul betul. So kami round round area situ jek. Kalau ke Europe memang best lah kan? Sejuk nyaman macam tuh jalan kaki 3,4 km pun redha. Hehe. Tiket bas ke Keukenhof jam 1.00 ptg. So sementara tuh kami lepak lepak dulu tepi canal tengok bot. Budak budak happy. Weather macam tuh memang budak budak tak cranky. Hehe.

IMG_4703

Lepak tepi canal

IMG_4712

Damrak yang sentiasa ramai orang

So dalam jam 1 petang kami gerak ke Keukenhof. On the way ke Keukenhof memang penuh dengan flower fields yang berbaris baris macam macam colour. Flower fields yang nih bukan boleh melawat sesuka hati. Ini selalunya orang persendirian punya. Tulip tulip tuh untuk di eksport. Memang cantik dan lawa sangat sangat. Tak larat nak snap pics. Kena pegi sendiri baru boleh tau rasa dia macam mana. Kalau setakat cerita jek memang tak berapa feel. Hehehe.

IMG_4722

dalam bas heading to Keukenhof

IMG_4725

selfie mak anak ;-)

IMG_4727

Q untuk masuk ke flower fields

Dalam 45 minit perjalanan, kami sampai di Keukenhof. Cuaca memang sangat baik. Memang rezeki kami. Cerah dan tak panas terik. Just nice. Memang lega sangat bila melawat tempat macam nih bawak budak budak. Bebas lari merata. Ambik pics merata rata, tak larat nak posing sebab kalau sampai Keukenhof nih memang lah tak ada satu tempat pun yang tak best untuk amik pics. Rasa macam semua tempat nak ambik. Hihihi. Kami pusing pusing dalam flower fields tuh lebih kurang 4 jam. Tepat 6 petang bertolak balik ke Amsterdam.

IMG_4730

puppet show

IMG_4731

IMG_4734

IMG_4736

IMG_4737

IMG_4739

IMG_4742

IMG_4746

IMG_4748

IMG_4754

IMG_4755

IMG_4756

macam lukisan.. Subhanallah

IMG_4766

abang adik

IMG_4770

budak budak happy

IMG_4773

IMG_4786

love of my life ;-)

IMG_4789

IMG_4791

our bus.. nak balik dah..

Sampai Amsterdam cari kebab untuk dinner dan self service laundry. Selesai laundry, terus tidur sebab esok pagi flight early morning to Geneva. So teksi akan tunggu depan hotel as early as 4am.. Phewww.. Bersedia anak anak?? Ready or not? Kita redah jekkk.. hihiih

IMG_4793

Kabab House

IMG_4799

must have fries when you’re in Amsterdam.. beratur kemain panjang..

Lagi tips bercuti bersama anak anak :

  • Kami tidak suka handle stroller. Jadi cuma ada satu stroller yang sangat kecil dan bentuk lipat payung. Ini untuk senang nak handle dan jimat space untuk masuk dlm boots kereta. Satu stroller dan satu babywearing. Jadi bergilir gilir adik dan kakak dalam stroller dan Boba Air.
  • Ajar anak anak bab survival when in comes to travel. Makan apa yang ada. Sekadar yang ada. Jangan cerewet dan mak ayah pun jgn control sangat bab nak make sure anak mesti makan yang bekhasiat sahaja. Macam kami, fries pun boleh.. asalkan kenyang.
  • Vitamin untuk kanak kanak mesti bawa in fact dah bagi regularly 2,3 minggu sebelum travel. Kalau sakit, kita yang susah. So better, prevent awal awal. Antara vitamin yang di beri adalah Chewable Vita C, OmegaGuard dan Nutriferon. Vitamin penting sebab cuaca tak menentu, makan pun tak menentu. So dalam tempoh travel tuh immune anak anak kena kuat.

Ok, selesai Amsterdam.. Esok off to Geneva dan kami akan dtg balik Amsterdam waktu nak balik nanti.. yeahhh.. Eh jangan tanya bab harga masuk flower fields semua ekk.. Semua tuh boleh google.. hihihi.. most tips Kak Kep akan bagitau macam mana nak travel with anak anak kecil. Hehehe.

 

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge