Cara Mak Kawal Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sedar sedar dalam kehidupan, Mak dah mula ambil ubat darah tinggi dari hospital. Seingat Kak Kep, sejak dari dia muda lagi kot hanya satu cara dia kawal tekanan darah tinggi iaitu dengan mengambil ubat hospital. Kalau tengok pagi pagi dia telan ubat darah tinggi. Ya Allah. Rasa nak pengsan. Segenggam tangan dekat sepuluh biji hanya dengan sekali telan. Tuh tak masuk lagi ubat kawal kolesterol. Juga telan macam kacang. Seram tengok.

Cuba check tekanan darah tinggi anda. Dalam kumpulan mana agaknya.

Cuba check tekanan darah tinggi anda. Dalam kumpulan mana agaknya.

Waktu tuh, Kak Kep kecil lagi. So tak tau apa apa dan tak peduli pun. Cuma yang paling terkesan dan momen paling menakutkan sebagai budak budak waktu tuh ialah bila tekanan darah tinggi Mak naik sampai Mak tak boleh bangun langsung. Mak cuma terbaring. Mak cakap, kalau dia tengah buat kerja apa apa, kalau tiba tiba dia rasa berpusing pusing berpinar, dia kena berhenti buat apa apa pun waktu tuh jugak dan kena tidur. Lepas tidur sejam dua baru kembali macam biasa.

Doa Si Anak Buat Mak

Takut kan macam tuh? Waktu Kak Kep kecil tuh, time Mak tengah tidur nak hilangkan pusing tuh memang waktu yang paling cemas dan Kak Kep asyik dok berdoa. Janganlah Mak mati, janganlah Mak mati. Kalau Mak mati, aku nak mati sama. Siapa nak jaga aku. hihihihi. Nauzubillah. Sampai macam tuh sekali Kak Kep rasa. Budak budak kan? Bukannya tahu apa apa. Takut hanya Allah jek yang tahu. Hihihi.

Sampai lah Kak Kep besar masuk U, dah grad, dah kahwin pun Mak tetap dengan rutin makan ubat darah tinggi macam kacang dia tuh. Ritual setiap pagi. Bila dah besar nih, Kak Kep mulalah banyak soalan nak di tanya. Waktu tuh Kak Kep belum kenal Shaklee pun lagi. Tapi, being Kak Kep yang boleh tahan ratu Google nih, banyak juga lah dok mengkaji bab kesan mengambil ubat hospital untuk jangka masa panjang. Yang paling utama soalan Kak Kep ialah Mak ada buat cek darah cek buah pinggang tak? Alhamdulillah, Mak cakap ada cek buah pinggang semua tuh setiap 4 bulan kot. Alhamdulillah, masih lagi normal.

Usaha Kurangkan Dos Ubat

Sehinggalah Kak Kep kenal Shaklee. Bila dah kenal Shaklee dan produk produk yang Shaklee ada, maka makin galak lah Kak Kep cuba untuk cari solusi kawal darah tinggi Mak. Mungkin agak ekstrem kalau nak berhenti terus ubat kan? Setelah sekian lama bergantung dengan ubat. Tapi sekurang kurangnya dapat tolong Mak kurangkan dos supaya tak macam kacang tiap hari.

Setelah rujuk pada yang pakar dan arif berkaitan vitamin Shaklee, Kak Kep buat keputusan untuk bagi Mak ambil Set Kawal Tekanan Darah Shaklee iaitu OmegaGuard, Garlic Complex, Lecithin. Mak pun ada masalah sakit lutut sejak dulu. Kak Kep tambahkan juga Advanced Joint Health (Glukosamin) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium) untuk Mak. Tak lupa juga GLA Complex untuk kesihatan dalaman wanita. Semoga Mak tak nampak lagi muda dari Kak Kep. Kalau Mak nampak lebih muda dari anak mungkin masa tuh Kak Kep dah masuk Tanjung Rambutan kerana tekanan perasaan yang sangat kronik. Kahkahkahkah.

Mak Happy, Anak Bahagia

Hasilnya? Setiap bulan Mak tak pernah miss repeat order dari Kak Kep. Mak pun suka sangat. Untung ada anak tokey vitamin. Mak order saja. Sedar sedar van GDex datang hantar kotak kat rumah. Mak tak payah bayar. Sanggup ke nak ambil duit dari Mak? Hahaha. Tak sanggup oiii. Tuh yang gigih buat bisnes Shaklee tuh. Bonus Shaklee bagi  buat modal makan sendiri dan untuk beli vitamin Mak Ayah. Nikmat dapat berbakti memang tidak terperi perasaannya.

Dalam usaha memastikan Mak dan Ayah masing masing tidak mengelat dalam pengambilan vitamin harian, maka dengan senang hati Kak Kep menampal jadual makan kat depan rak vitamin. Tiada alasan lagi untuk mereka. Kihkihkih. Walaupun anakmu ini jauh beribu batu di Qatar, tapi Kak Kep ada spy yang boleh report tiap hari. Hihihi.

 

Jadual Vitamin Harian Mak

Jadual Vitamin Harian Mak

Jadual Set Gout Ayah. Ayah tak ada masalah darah tinggi atau kencing manis.

Jadual Set Gout Ayah. Ayah tak ada masalah darah tinggi atau kencing manis.

Mak dari muda sampai dah umur 60 tahun makan ubat darah tinggi. Harap harap lepas nih Mak boleh tinggalkan terus ubat darah tinggi hospital tuh. Sekarang pun doktor dah kurangkan dos. Ada yang sebiji dah jadi setengah biji. Yang setengah biji dah jadi suku. Asbab Set Darah Tinggi Shaklee dengan izin Allah. Harap harap lepas nih hanya konsisten dengan vitamin Shaklee sahaja. InshaaAllah.

Korang jangan sampai hadapi perkara yang sama. Serupa macam pakcik kat bawah nih. Sampai tak boleh bangun. Terbaring. Padahal muda lagi. Kesian anak anak masih kecil. Marilah bersama sama kita jalankan gaya hidup sihat. Kawal tekanan darah dan kolesterol secara semulajadi dengan pengambilan vitamin dan senaman secara berkala. InshaaAllah dapat kawal dan juga bonus lebih kurus dan hensem hendaknya. Kihkihkihkih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge