Cara Kurangkan Stress dengan Wujudkan Jurnal Kesyukuran

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salam Jumaat yang barakah buat semua follower CaptVitamin,

Alhamdulillah, another Jumaat untuk kita semua. Jumaat penghulu segala hari. Bagi yang di Qatar, Jumaat dan Sabtu adalah weekend kami. Macam Kedah dan Kelantan. Jadi pagi Jumaat memang sunyi. Tenang aman damai. Tanpa kedengaran van dan bas sekolah. Tanpa bunyi bising van pekerja. Tanpa dengar pekerja pekerja sekeliling kawasan rumah Kak Kep nih mula bersembang sembang seawal jam 5 pagi. Ya, seawal itu mereka mula keluar bekerja.

Hari Jumaat juga hari Kak Kep rest dari buat bekal anak ke sekolah. Hehehe. Setiap hari walaupun dah ada jadual, ada juga yang dia tak berkenan di hati dan minta tukar last minute. Mak nya surirumah sepenuh masa yang menjana pendapatan dari rumah kan? Maka layan. tak boleh complaint complaint tau. Be flattered. Gituewww.

Thank You!

Thank You!

Ajar Diri Sentiasa Bersyukur

Kita manusia nih kadang kadang terlampau banyak mengeluh dan complaint sampai lupa perkara perkara yang sepatutnya kita syukuri. Bangun pagi masih bernafas. Itu antara benda benda yang kita lupa nak bersyukur. Padahal masih diberi peluang untuk teruskan hidup dengan oksigen percuma adalah perkara terbesar yang patut kita syukuri.

Bila asyik merungut dan mengeluh secara tak sedar kita menarik benda benda yang kita rungut dan keluhkan tuh datang kepada kita yang mana sepatutnya kita patut tarik perkara perkara positif sahaja. Seba tuh la kalau perasan, kalau kita tengok kat FB atau media, bila kisah accident bas jatuh gaung, maka 2,3 bulan memang asyik bas jatuh gaung. Kenapa? Jangan hairan sangat. Sebab semua orang seluruh Malaysia asyik dok bercakap hal itu. Maka akan menarik untuk makin jadinya kemalangan jatuh gaung tuh. Betul tak?

Perkara perkara negatif yang pastinya akan mengundang stress dalam hidup. Stress ada yang bagus. Stress yang berpada pada dapat keluarkan kita dari zon selesa. Tapi kalau stress terlampau boleh masukkan kita ke zon Tanjung Rambutan. Hahaha. Jadi kena pandai kawal stress supaya tak terbabas.

kids0034-b-efc9a4

Jadi Manusia Yang Positif

Kak Kep bukan pakar motivasi dan bukan pandai sangat. Cuma ini sekadar apa yang Kak Kep rasakan dan logik akal untuk kita semua fikir kan? Jadi, jangan lah kita banyak sebut perkara negatif dan yang kita taknak terjadi. Sebaliknya banyakkan sebut perkara positif. Sentiasa gembira dengan perkara perkara yang terjadi sekeliling kita. Syukuri sekecil kecil nikmat. InshaaAllah di gandakan dengan sebesar besar nikmat.

Dah ada jurnal kesyukuran? Dengar apa life coach kat bawah cakap berkaitan jurnal kesyukuran. Buat lah satu. Modal cuma sebuah buku nota dan pen. You’ll be amazed dengan magic magic yang akan berlaku. InshaaAllah.

Jurnal Kesyukuran Kak Kep hari/pagi ini :

1) Bernafas dengan oksigen PERCUMA. Alhamdulillah.

2) Paksa diri joging keliling compound 2 km. Ke arah hidup lebih sihat. InshaaAllah.

3) Sarapan Nasi Lemak Dapor Nora. Sedap!

Kaki masih boleh berlari. Kena syukur kan?

Kaki masih boleh berlari. Kena syukur kan?

And the list go on…….

Nak join orang POSITIF SOKMO? Jom masuk group nih http://facebook.com/groups/log.kesyukuran/

Hanya untuk yang POSITIF SAHAJA. Hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge