Cara Mudah Hilangkan Perut Buncit Menggelebeh

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

sparetyre

Siapa ada masalah seperti di atas? Jarang jarang berlaku di zaman remaja kan? Tapi bila dah kahwin macam magik pulak. Dulu perut yang rata dan kempis itu boleh bertukar menjadi babat babat degil. Hahahaha. Mak Kak Kep memang pesan kat adik bujang yang tak kahwin kahwin lagi tuh (sigh!)

“Hang abang, kalau nak cari bini jangan dok cari hat gemok, time kahwin pun dah gemok hang bayangkan lepaih beranak macam mana? Payah la nak cari hat kahwin gemok pahtu jadi kuruih lepaih beranak”

“Tapi gemok la best mak.. Kuruih tak best”

Bertuah punya anak, siap menjawab.. Hahahaha.. Memang minat dia orang ‘comel’ dan putih putih.. Hehehe.

Tapi ada betulnya nasihat mak Kak Kep tuh kan? Sebab kajian kes memang banyak menunjukkan waktu kahwin memang langsing. Lepas dah kahwin.. Fuhhhh.. Tengok balik gambar waktu kahwin dah tak kenal dengan keadaan sebenar.

Nasib baik lah Abg S kata Kak Kep waktu kahwin tak best sangat. Sekarang lepas 8 tahun lagi best. Wakakakakaka. Sila jangan muntah. Bluekkkk!! Terima kasih kepada syarikat hijau kerana menjadikan Kak Kep semakin cun.. Hahahaha..

Siapa yang nak kan perut macam kat atas tuh? Siapa pun taknak.. Tapi nak buat macam mana tiba tiba jek jadi kan? Hahaha.. Dah ‘membawa’ 3,4 orang makhluk, memang tak hairan la jadi macam tuh kan? Huhuhu.. Tapi tapi tapi.. kenapa ada yang macam kat bawah nih? Haaaaa.. 8 bulan saja get back in shape dan tengok perut dia? Menangis! Huwaaaa..

tummyhotmom

Bila kita nampak kawan kawan yang kurus seperti sediakala lepas bersalin. Mesti kita tegur. Eh, kurusnya.. Apa rahsia? Jawapan yang selalu dapat selalunya ialah kurus jek la.. Tapi perut ‘bersepah’.. Hahahaha.. Haaaaa yang di kata perut bersepah tuh macam gambar kat atas tuh laa.

Perut begini terjadi disebabkan oleh lemak terkumpul di bahagian belakang dan sisi yang lebih menonjol di bahagian perut. Kalau disorok dengan pakaian atau girdle pun, ia bukan hilang sepenuhnya tapi cuma menyembunyikannya secara sementara sahaja. Tanggal girdle? Tu dia.. Horror.. Hahahaha..

Tips satu lagi jangan sesekali pakai seluar pinggang rendah. Memang terkeluar lah babat babat itu bersiar siar di luar. Hihihi. Pakai pulak baju yang warna tidak sesuai. Jangan makan hati kalau ada orang tanya “awak dah berapa bulan?” hahahaha..

Tapi semua ini boleh diperbetulkan dengan latihan cardio yang betul. Apa yang Kak Kep tulis ni pun sebenarnya sebagai panduan untuk diri sendiri. Babat sendiri pun perlu dihapuskan dengan bersungguh sungguh nih. Hihihi.

Di sini ada satu pelan mudah untuk menghilangkan babat babat degil yang dibenci oleh seluruh wanita di dunia. Hihihi. Meh kita tengok apa yang kena buat.

Untuk mengurangkan berat dibahagian tersebut pembakaran lemak amat disarankan untuk keseluruhan tubuh. Bukan hanya tertumpu pada bahagian tersebut sahaja.

Amalkan pemakanan seimbang dan sihat : Pertama sekali dalam proses menurunkan berat badan, fokus kepada apa yang kita makan dan kita sepatutnya kena tahu samada apa yang kita makan itu berkhasiat atau tidak. Ambil perhatian kepada berapa jumlah kalori yang di ambil. Untuk mengurangkan berat badan kalori seharian hanya sekitar 1200-1300. Ambil perhatian ya bab nih. Untuk semak jumlah kalori setiapa apa yang di ambil boleh tanya pakcik Google. Hehehe. Kalau boleh kawal tanpa ambil karbohidrat dalam tempoh berdiet, itu adalah sangat baik.

Senaman kardio untuk membakar lemak : Ada beberapa senaman yang dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Hanya 10 minit setiap sessi ia akan membantu untuk mengembalikan bentuk badan yang diidamkan dan mendapatkan berat ideal untuk anda. Contoh senaman kardio yang boleh dilakukan ialah :

Lompat Bintang / Jumping Jacks

jumping-jack

Senaman paling mudah dilakukan. Kak Kep percaya semua orang tahu melakukannya. Betul tak? Sambil sambil tengok televisyen, dari duduk jek kan. Apa kata lompat bintang 15 kali satu set untuk 3 set. Berpeluh peluh ooo.. Hehehe

Power Jumping Jacks

power jumping jackSama juga seperti lompat bintang tadi tapi waktu mendarat bengkokkan (bend) sedikit lutut dan tahan. Ini adalah gabungan lompat bintang dan squat. Lebih power. Fuhh.

Berlari Setempat/High Knees :

running

Berlari setempat di mana lutut di naikkan ke atas sambil tangan dihayunkan depan belakang dengan ritma yang tepat. Nampak senang? Apa kata try. Hehehe

Squats:

slide2-bweight-squat

Berdiri tegak , angkat tangan dan duduk seperti ada kerusi, padahal takde kerusi pun. Sewaktu duduk atas ‘kerusi’ tuh tahan selama 2,3 saat kemudian kembali semula ke kedudukan asal dan ulang lagi rutin yang sama sampai penat. Hihihihi.

Burpees:

burpee

Faham kan seperti yang ditunjukkan dalam gambar? Nak lagi power, untuk no 5 tuh lompat lebih tinggi. Memang akan buat peluh meleleh leleh. Percayalah. Cuba try test tengok. Hihihi.

InshaaAllah, kalau betul caranya, kawal kalori dan amalkan senaman kardio di atas. Sparetyre dan babat degil boleh hilang dengan cepat dan mengembalikan perut zaman universiti dulu. Chewahhh.

Untuk Kak Kep, mestilah ditambah dengan Set Kurus Shaklee untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisme badan. Taknak amik supplemen? Boleh juga, tapi dah test kat diri sendiri. Lambat sikit nak turun. Kalau dengan supplemen, berdesup turun. Hehehe.

Nak tau apa yang Kak Kep ambil? Contact nombor di bawah? Nak tau cara makan? Eksklusif hanya untuk customer Kak Kep saja. Kami juga ada kumpulan rahsia yang guide dan saling memberi sokongan dalam usaha nak kurus nih.. Eksklusif!! Yang dalam tuh semua ahli ahli nya bersemangat dan saling sokong antara satu sama lain. Best ooooo.

OK! Kak Kep nak belanja satu video yang dipanggil TABATA. Kalau ikut yang nih hari hari. Kak Kep jamin memang cepat turun berat. Jom tengok. 4 minit jek. 4 minit. Tak lama pun. Senang kan? huhuhu

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge