Contoh senaman ringkas dan mudah boleh dilakukan di rumah.

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kak Kep faham, ramai ibu rumahtangga di luar sana yang nak bersenam secara rutin tapi ada banyak kekangan. Contohnya :

Anak kecil tak ada siapa nak jaga.

Tiada pembantu rumah.

Betul tak? Nak bawak anak anak ke taman beriadah pasti nak kena awasi mereka juga. Jadi si ibu tak dapat nak berjogging sejam dua jam yang betul betul bagi keluar peluh tuh kan? So ibu terpaksa berkorban. Membiarkan diri menjadi semakin membulat dari ke hari. Dan bila membulat tuh macam macam pula penyakit yang nak datang menempel kan?

Jadi Kak Kep nak tunjuk contoh bagaimana boleh melakukan senaman interval berintensiti tinggi, yang bakar lebih banyak kalori dan yang penting tak memerlukan apa apa peralatan. Boleh buat depan TV sambil tengok Wanita Hari Ini saja. Best kan? Hehehe..

Sebab nak mengeluarkan peluh nih bukan senang. Tambah tambah di rumah kan. Kalau berpeluh ketiak masam pun cuma sebab banyak berjalan uruskan rumah dan anak anak. Bagus jugak tuh. Cuma, bacaan kalori yang dibakar mungkin 100kcal tapi kita makan satu hari berjumlah 2000kcal atau lebih. Jadi tak balance kat situ kan? Kalau nak kurus memang kena exercise lebih lagi dan bakar lebih banyak kalori.

So kita cuba cara senaman interval intensiti tinggi nih pulak.. Jom tengok video kat bawah.. hehehe..

Nampak macam senang kan? Hihihihi.. Boleh try buat.. Jantung Kak Kep nih berdegup kencang tak menyempat nyempat.. hahahaha.. orang cakap putus nyawa nak habis 4 minit nih pun..

Senaman interval intensiti tinggi nih di kenali sebagai TABATA. Untuk lebih terperinci boleh tengok gambar di bawah.

TABATA di lakukan selama 4 minit untuk 2 set.

  • 20 saat work out.
  • 10 saat waktu rehat.
  • Ulang sebanyak 2 set.

Jadi jumlahnya 4 minit.

300 movie backround

tabata_hit_training

 

Rutin di atas hanya sebagai contoh. Ibu ibu boleh pelbagaikan rutin workout seperti

  • Jumping jack (lompat bintang)
  • High Knees (berlari setempat tinggikan lutut)
  • Mountain climbers
  • Wall sits

dan pelbagai lagi rutin lain dengan syarat mesti berintensiti tinggi. Kat YouTube memang banyak video Tabata. Boleh google jek untuk tgk pelbagai rutin.

Macam mana nak kira saat saat tuh?? Jangan tengok jam dinding yer ibu ibu. Ibu ibu semua canggih ada smartphone kan? Boleh download aplikasi “TABATA TIMER” di telefon masing masing. Memang mudah.

tabata timer

Kenapa Kak Kep sarankan senaman nih untuk surirumah? Sebab ianya hanya 4 minit sehari. Tapi dengan syarat kena all out. Berpeluh peluh dan menyegarkan. Kak Kep faham surirumah tak punya banyak masa untuk senaman. Sibuk uruskan anak anak dan rumahtangga. Jadi rutin TABATA nih memang sangat sesuai untuk surirumah macam Kak Kep nih yang sibuk memanjang. Hihihi. Tapi, ibu bekerja pun kalau nak buat sangat sangat digalakkan. Lagi bagus kan?

Buat TABATA. Buat kerja rumah lagi. Niat cuma nak sihat tapi ter kurus pulak kan? Sape taknak? Hehehe.

Nak lagi cepat kurus?? Meh roger roger Kak Kep ekk.. Kak Kep ada rahsia terbesar untuk dibongkarkan tapi kena hello hello kat whatsapp atau FB lah yekk.. hehehehe..

+011 252 66 427

+974 3301 4039

(SMS/Call/Whatsapp)

 

Screen Shot 2014-10-05 at 10.36.40 PM

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

+974 3301 4039

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge