Demam Denggi dan Cara Pencegahannya

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sehingga artikel ini ditulis, laporan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari sehingga 21 Februari 2015 adalah sebanyak 21,310 kes berbanding 13,915 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. Telah berlaku peningkatan sebanyak 53% atau 7,395 kes.

Manakala jumlah kematian dilaporkan adalah 54 kematian berbanding hanya 25 kes dalam tempoh sama bulan lepas iaitu peningkatan sebanyak 116%.

Nyamuk Aedes Punca Denggi

Nyamuk Aedes Punca Denggi

Fuhh.. Angka angka yang sangat menyeramkan bagi Kak Kep. Peningkatan melebihi separuh dan kematian lebih 2 kali ganda. Jaga diri ya family and friends di Malaysia.

Di sini Kak Kep nak bagi sedikit tips untuk mengelakkan terkena serangan demam denggi. Sebelum tuh kita tengok dulu apa saranan dari Pakar Pemakanan Nutrisi Shaklee di bawah :

 

Tanda dan Gejala

Seperti yang kita sedia maklum, demam denggi merebak dari gigitan nyamuk aedes. Antara tanda dan gejala demam denggi adalah seperti di bawah :

  • Biasanya demam akan berlaku pada hari ketiga hingga ke empat belas selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti. Statistik menunjukkan kebiasaanya di antara hari ke 4 hingga ke 7
  • Ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang sangat kuat dan teruk, sakit pada bahagian otot dan sendi dan kadangkala akan timbul ruam di kulit.
  • Demam ini boleh mencapai suhu yang sangat tinggi sehingga 40 – 41 C dan akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Bagi kanak kanak di bawah umur 6 tahun ia boleh menyebabkan serangan sawan dan sakit otot dan sendi yang teruk.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Langkah Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk (Kak Kep tak recommend, boleh sebabkan anak anak asma)
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Kesimpulannya, demam denggi sangat sangat merbahaya kepada kita dan kita perlu peka terhadap simptom simptom yang berlaku sekiranya terkena serangan. Jangan bertangguh untuk berjumpa doktor sekiranya menghadapai gejala yang disebutkan serta jangan kedekut untuk keluarkan sedikit belanja untuk supplemen sebagai pencegahan.

InshaaAllah kita usaha setakat yang termampu. Nak dapatkan supplemen untuk mencegah denggi? Boleh hubungi Kak Kep. Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT. Amin.

** Sumber Statistik dari Ministry of Health dan isi kandungan dari MyHealth.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge