Doa Memudahkan Urusan – Rabbi Yassir Wala Tu’assir

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

doa mudah urusan

Semalam anak anak ajak Kak Kep pegi Landmark. Salah satu mall kat Doha nih. Since abah diorang gi keje dengan kawan so abah tinggalkan kereta dan boleh lah kami merayap anak beranak. Tapi jujurnya Kak Kep memang tak suka memandu di Doha nih. Sebab Kak Kep pening dengan kerenah driver driver kat sini yang tak sabar. Suka mencelah, hon sana sini, brek mengejut.

Bayangkan di Doha nih ada signboard yang di buat oleh Transport Department yang berbunyi macam nih “Beware of road surprises”. Haaa boleh bayang tak kalau kat Doha nih kita drive memang macam macam surprise boleh muncul. So, memang sangat sangat fokus kat Doha, tak boleh nak selamba selamba sangat. And jujurnya pun Kak Kep jarang drive. So nak pegi ke Landmark yang dekat tuh pun Kak Kep saspen. Keluar jam 1 tengahari dengan harapan parking lot dah clear sebab mostly time nih orang dah beransur gi ambil anak balik sekolah.

Tekaan Kak Kep silap belaka. Sampai area Landmark. Subhanallah. Ramainya umat manusia. Sampai accident accident kat parking lot. Jem kemain teruk. Di mulut Kak Kep memang terkumat kamit baca doa permudah urusan di atas. Anak anak tanya apa pun, dah tak jawab. Dok baca doa tuh. Tapi dah warning anak anak siap siap. Kalau takde parking nih, kita balik tau. Orang ramai sangat. Diorang dah frust. Alaaaaa takmau la mama, takmau la balik.. Mintak mintak ada parking si abang pun turut doa.

Nak di jadikan cerita. Dalam dok slow slow tunggu orang keluar parking. Tiba tiba ada satu parking nih betul betul depan pintu masuk mall kosong dan kebetulan ada seorang pekerja tengah tunggu kat situ dan panggil Kak Kep untuk perking kat situ. Allah Maha Besar. Dia dengar permintaan Kak Kep dan Dia dengar permintaan anak anak. Dalam banyak banyak parking nak dijadikan cerita yang kosong dekat pintu masuk dan siap ada orang jaga. Alhamdulillah. Syukur tak terkata.

Allah

Nak balik lagi sekali Kak Kep cemas. Bukan apa. Kat sini kereta besar besar gabak. Driver jenis yang hon hon dan kalau nak keluar parking pun diorang tak ada tolak ansur. Lagi sekali dari dalam mall time nak balik tuh Kak Kep dok baca lagi doa mudah urusan. Kak Kep memang penakut bab bab kereta nih. Tak suka kalau jadi apa apa Kak Kep tak tau nak react macam mana. Tambah tambah nih bukan tempat kita. Nih tempat orang.

Waktu balik tuh, Alhamdulillah. pekerja tuh ada lagi di situ. Kak Kep lega sangat. Kak Kep masuk jek kereta. Di belakang kereta berderet deret. Kalau takde orang jaga memang Kak Kep tak dapat keluar. Jenuh tunggu berjam. Tapi pekerja tadi, dia stop kan semua kereta dan bagi Kak Kep keluar dulu siap tolong jaga tengok muat tak muat semua. Alhamdulillah. Lagi sekali Allah bantu. Allah bantu dengan parking yang depan pintu mall. Allah bantu dengan seorang pekerja yang dia ada dari datang sampai balik.

Jangan remehkan dan perkecilkan kuasa doa yer adik adik Kak Kep semua. Doa pada Allah dan yakin Dia akan bantu. Jujurnya, doa permudah urusan nih memang amalan Kak Kep kalau ke mana mana jua especially bila bab nak parking parking nih. Alhamdulillah sentiasa dipermudahkan. Walaupun kadang kadang hari yang kita rasa sangat mustahil nak dapat parking. Alih alih dapat depan pintu tempat yang kita nak tuju.

Semoga RABBI YASSIR WALLA TUA’SSIR menjadi amalan semua yang Kak Kep sayang. Dalam semua urusan. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat. InsyaaALLAH.

let

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge