Kelas Asas Blog 1 to 1 Bersama Kak Kep : v1.0

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alhamdulillah. Hari Sabtu yang padat dan bermanfaat dari pagi sehingga malam penuh dengan majlis ilmu. Dari pagi hingga jam 5.00 petang Kak Kep menurunkan ilmu yang tak seberapa pinjaman Allah SWT. Sambungan malamnya pula Kak Kep menerima ilmu yang sangat berharga dari otai blog iaitu Tuan Eizil dari Denaihati Network (www.eizil.com)

Fuhhh.. Berpagi pagian lepas selesaikan urusan anak bujang ke kelas Qatar Muslim Saturday Youth Programme (QMySap) Kak Kep pecut ke Old Airport area untuk berjumpa dengan Ita Saari (pemilik blog http://www.annurjune.blogspot.com) untuk memperturunkan ilmu bisnes Shaklee dan ilmu blog.

Ita adalah downline Kak Kep di Qatar. Sekian lama mengamalkan produk Shaklee dan merasai sendiri bagaimana perubahan positif dalam diri dan keluarga, beliau mengambil keputusan untuk menjadi ahli Shaklee. Masih belum ada kekuatan untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang ramai, hanya sekadar dengan keluarga.

Jeles tak dengan kegebuan pipi Ita? Hehehe.. Pengguna ESP tegar. Hasil dia? Mantap!!

Jeles tak dengan kegebuan pipi Ita? Hehehe.. Pengguna ESP tegar. Hasil dia? Mantap!!

Namun, sudah sampai masanya. Ita merasai sendiri perubahan yang berlaku pada dirinya seperti badan lebih kuat dan bertenaga, kulit lebih licin, gebu dan parut semakin pudar juga daya tahan imun anak anak makin kuat, maka Ita ambil keputusan untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan lebih ramai orang di luar sana dengan platform blog.

Kak Kep juga turunkan serba sedikit ilmu asas tentang perniagaan Shaklee yang mana Multi Level Marketing (MLM) dalam Shaklee adalah patuh syariah dan konsep yang mudah “siapa buat, dia dapat”. Tiada istilah aku join dulu aku naik dulu, kau join lambat kau sentiasa kat bawah.

Rupanya, Ita memang dah berkecimpung dalam dunia blogging sejak dari dulu lagi. Bercerita tentang kisah diri, suami dan anak anak sepanjang berada di Qatar. Cuma bila dah terjebak dengan Shaklee, makin membuak rasa hati untuk berkongsi kebaikan dengan semua orang di luar sana.

Kusyuk dengar ilmu yang diperturunkan.

Kusyuk dengar ilmu yang diperturunkan.

Alhamdulillah, Kak Kep cuba beri gambaran serba sedikit bagaimana ingin membina branding melalui blog dan apa niche yang sesuai dengan Ita. Niche perlu spesifik dan yang penting ia untuk buat kita selesa menulis. Bukan terpaksa. Nampaknya, Ita dapat faham dengan mudah apa yang Kak Kep cuba sampaikan.

Lebih kurang sejam lebih kami berdiskusi, masa pun dah time untuk kembali ke tugasan biasa mak mak di Doha nih iaitu ambil anak sekolah. Hihihihi.

Semoga Ita terus bersemangat untuk membangunkan blog dan berkongsi kebaikan Shaklee ke seluruh dunia. Balik rumah dalam sibuk sibuk pun 2 entry dah siap. Siapa cakap tak boleh? Semua orang boleh. Pemisah antara boleh dan tak boleh hanyalah ALASAN. Betul tak? Ita boleh. Anda boleh.

Nak belajar macam Ita dengan Kak Kep? Walau jauh beribu batu Malaysia – Qatar dengan Kak Kep tetap ada caranya. Eksklusif hanya yang berdaftar dengan CaptVitamin. Wuhuuuuu.

Tak lupa delivery sekali produk kegemaran.

Tak lupa delivery sekali produk kegemaran.

PROMO ESP BELI 6 PERCUMA 1 TONG

ATAU

BELI 2 DISKAUN 5 %

SEPANJANG MAC 2015

HANYA TINGGAL LAGI 5 HARI.

TAIP ‘ESP’ HANTAR KE 012 420 7544 ATAU 011 252 66 427

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge