Kelas Asas Blog 1 to 1 Bersama Kak Kep : v2.0

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selesai slot bersama Ita, Kak Kep berjanji pula untuk sesi asas blog bersama Ikin. Kebetulan anak kami mengikuti Program Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) anjuran ustaz ustazah berkaliber dari Malaysia. Usaha murni insiatif warga Malaysian di Qatar.

Berjanji akan melepak di surau sambil makan makan dengan belian makanan dari kantin Kak Ida. Makan memang agenda penting. Nak balik ke rumah alang kepalang. Jam 4.30 petang perlu datang ambil anak semula. Nak lepak kosong pun tak membawa faedah. Apa kata kita isikan dengan perkara bermanfaat iaitu Kelas Blog v2.0.

kelasasasblog3

Jadi Cikgu Semula

Sesi kali nih lebih kepada sesi kena ‘basuh’ ‘sental’ sampai berkilat dengan Kak Kep. Ai is very the garang. Anak kecil? Kak Kep ada dua anak kecil. Kak Kep boleh update 2 blog setiap hari. Tak ada pembantu rumah? Kak Kep juga tiada pembantu rumah. Tak tau macam mana nak buat blog? Kak Kep juga taktau. Bermula dengan belajar sendiri sendiri. Bukan terus masuk kelas. Its a learning process. Sampai sekarang masih lagi try and error.

Apa lagi alasan nak bagi? Semua Kak Kep boleh cantas. Hihihihi. Kecut anak murid yang seorang nih. Kalau dah nama cikgu tuh kan? Mesti nak ‘merotan’ juga. Hahahaha.

Hasil 2 jam setengah lepak ilmiah di surau, maka terhasil satu blog baru dan berjaya mengorek satu blog yang dah lama bersawang milik Puan Cha Aesah Salleh kita. Buat blog sampai lupa nama blog. Bayangkan berapa lama tuh bersawang? Hihihihi

kelasasasblog4

Walaupun hanya santai santai, tapi banyak juga ilmu blogging yang Kak Kep sogokkan untuk Ikin dan Kak Cha. Banyak juga yang digodek supaya diorang takde alasan untuk tak buat di masa hadapan.

Semoga Istiqomah

Kak Kep yakin. Dua dua ada potensi yang besar untuk membina branding mereka sendiri melalui platform blog. Hanya dengan platform blog sahaja kita boleh pergi lebih jauh. Kita boleh capai pasaran yang tak tercapai dek akal kita.

Tambah tambah untuk ibu ibu merantau di negara orang. There’s so much to share and to blog about. Macam macam boleh cerita. Pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Nanti nanti dah tua boleh baca diari digital ini. Anak anak pun dapat baca dapat tengok apa bekal yang diorang bawa ke sekolah waktu Hari Ahad 23 Mac 2015. Bukan kah itu sangat sweet?

Untuk Ikin dan Kak Cha. Chaiyok chaiyok. I know you can do it. I believe in you. Update tiap tiap hari okay? Kalau tak cikgu bawak keluar rotan lagi besaq. Tu dia… Hihihihi..

Kalau betul dan kena caranya, dalam masa yang singkat blog akan dapat membawa pulangan yang lumayan. Dengan syarat mesti kena rajin dan bersungguh sungguh baru nampak hasil. Fast action fast result. Macam si Ikin nih la.. Setelah sekian lama, nak buat nak buat tapi tak terbuat. Bila dah buat terus syok. Excited! Marathon update blog terus.

kelasasasblog2

http://www.shikinhamzah.blogspot.com

Jemput jenguk blog Cik Puan SHIKIN HAMZAH yerrr.. Hehehehe

Barang dagangan sesi tengahari di QMySap

Barang dagangan sesi tengahari di QMySap

 

Barang dagangan sesi petang di KAFA

Barang dagangan sesi petang di KAFA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge