Kem Smart Solat : Aktiviti Cuti Sekolah Yang Ohsem

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Balik bercuti di Malaysia bulan Disember lepas memang banyak aktviti bermanfaat yang Kak Kep join. Sampai di Kuala Lumpur pada pagi Khamis 26 November, 27 November hingga 1 Disember, Kak Kep menghadiri Seminar “Millionaire Marketing Mastery” anjuran Richworks yang dikendalikan oleh Jurulatih Kejayaan dan Kekayaan Dr Azizan Osman. Banyak ilmu yang diterima sepanjang program. Tepu CPU otak Kak Kep nih. Hehe.

Kem SMART SOLAT Anjuran JKKK Gelong Bubu

Balik kampung di Pulau Pinang selepas seminggu di Kuala Lumpur, banyak aktiviti yang dijalankan oleh JKKK Gelong Bubu untuk mengisi masa lapang anak anak kampung. Kak Kep memang bangga dengan kampung Kak Kep. Aktif JKKK nya. Macam macam aktiviti menarik.

Ternampak kain rentang berkaitan Kem Smart Solat tersebut, Tingggggg.. Mentol mentol idea Kak Kep pun berkelip kelip menyala nyala rasa nak menyumbang untuk bagi semangat buat penganjur dan anak anak yang terlibat. Teruja sangat. Kak Kep usulkan pada AJK untuk bagi goodies dan taja minuman untuk anak anak.

Urusan Pendaftaran

Urusan Pendaftaran

Minuman malt campuran Meal Shakes

Minuman malt campuran Meal Shakes

kemsmartsolat1

Sarapan sebelum kem bermula

Dalam goodies Kak Kep letakkan buku nota, pensil, air kotak dan wafer. Tak lupa juga Kak Kep selitkan SAMPEL PERCUMA vitamin untuk kanak kanak iaitu Vitamin C mesra kunyah, dan serbuk minuman untuk beri lebih tenaga. Untuk sarapan Kak Kep sediakan minuman malt dicampur dengan Meal Shakes dan minuman untuk makan tengahari pula Kak Kep sediakan setong air minuman penambah tenaga iaitu Performance Drink.

Modul Kem Smart Solat 2014

Modul Kem Smart Solat 2014

Alhamdulillah. Anak anak suka. Tujuan Kak Kep semoga mereka lebih fokus untuk mengikuti kem sepanjang hari. Dan memang. Bukan sikit sikit. Bertenaga sungguh sampai terjerit jerit penganjur nak kawal suasana. Hihihi.

Pembahagian makan tengahari

Pembahagian makan tengahari

Anak Bujang Teruja

Si Hafiy Mirza juga tak ketinggalan join the crowd. Satu yang bagusnya budak Hafiy nih, dia memang senang nak bercampur dengan orang. Awal awal tuh memang malu malu. Lepas 5 minit memang nampak dah dia beria.

Last time balik kampung, ikut tokwan solat tarawikh kat surau yang sama. Balik bukan story bab solat. Tapi story bab kawan baru. Hihihihi. Nak gi lagi sebab nak jumpa kawan. Ok lah tuh sebab ada faktor yang mendorong. Alhamdulillah.

Imam Muda Hafiy Mirza

Imam Muda Hafiy Mirza

Kem berjalan lancar. Dari rumah Kak Kep terdengar suara ustaz yang memberi penerangan. Memang pandai ustaz ambil hati budak budak. Asyik gelak jek. Hehehe.

Praktis iqamat untuk peserta lelaki

Praktis iqamat untuk peserta lelaki

Semoga usaha murni ini akan diteruskan lagi untuk tahun tahun seterusnya. Chaiyok Kampung Gelong Bubu yang ohsem. Hehehe.

Nak CaptVitamin sponsor acara acara macam nih? Kecil tapak tangan.. Stadium Bukit Jalil Kak Kep tadahkan. #kohado ? Hihihi.. InshaaAllah, kalau mampu Kak Kep usahakan untuk sponsor.

Jumpa lagi.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge