Kenali 4 Kehamilan Berisiko Tinggi

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mengetahui yang puan telah hamil adalah perkara yang paling mengembirakan dan mengujakan. Bukan sahaja bagi puan dan suami malah yang lebih teruja tentulah anak anak yang lain.

Namun perlu diketahui, adakah kehamilan puan adalah kehamilan berisiko atau tidak. Apakah faktor yang menyebabkan kandungan puan tergolong dalam golongan berisiko atau tidak? Jom kita tambah ilmu bersama sama.

UMUR

Sekiranya umur ibu hamil kurang dari 18 tahun, kehamilan ini adalah tergolong dalam kehamilan berisiko kerana organ reproduktif masih kurang matang. Bagi yang berumur lebih 35 tahun juga tergolong dalam golongan berisiko kerana terdedah kepada penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi sepanjang kehamilan.

KANDUNGAN ANAK KE 6 ATAU LEBIH

Kandungan anak ke 6 atau lebih menyebabkan ibu mudah terdedah kepada masalah kurang darah, diserang sawan, komplikasi darah tinggi dan kencing manis serta mengalami masalah tumpah darah semasa melahirkan.

Pastikan ibu hamil anak ke 6 atau lebih mendapat rawatan atau di monitor secara rapi oleh doktor.

HAMIL KEMBAR

Apabila disahkan hamil kembar, ibu akan dipantau secara rapi oleh doktor kerana kehamilan kembar boleh menyebabkan masalah lahir tidak cukup bulan dan boleh berlaku pendarahan ketika melahirkan.

Selalunya, doktor akan menyarankan kelahiran secara c-sect mengikut tahap kesihatan dan keupayaan ibu tersebut.

MENGHIDAP PENYAKIT BERISIKO

Kencing Manis

Saiz bayi dalam kandungan boleh menjangkau sehingga 4kg dan ibu juga terdedah kepada komplikasi pada buah pinggang. Bayi yang bersaiz besar ini juga terdedah kepada masalah jantung. Pemeriksaan rapi perlu dijalankan ke atas selepas dilahirkan.

Darah Tinggi

Ibu terdedah kepada penyakit sawan dan mungkin akan berlaku komplikasi pada rahim semasa melahirkan. Juga terdapat risiko bayi meninggal dalam rahim.

Anemia / Kurang Darah Merah

Ibu akan mengalami pendarahan yang teruk dan banyak semasa melahirkan dan boleh membawa maut. Bayi juga berisiko mati dalam kandungan dan tidak membesar dengan normal.

Penyakit Jantung

Ibu dan bayi kedua duanya terdedah kepada kematian mengejut dan tumbesaran bayi di dalam kandungan juga terbantut.

Di harapkan ibu yang hamil dapat semak ciri ciri serta faktor di atas samada anda terdedah kepada kehamilan berisiko ataupun tidak. Sekiranya mempunyai ciri ciri tersebut, bincang dengan doktor dan sentiasa menjaga kesihatan dan pemakanan sihat semasa hamil.

Bincang dengan doktor anda. Selalunya hospital swasta tidak menerima ibu hamil berisiko tinggi untuk bersalin di hospital mereka. Mereka akan dirujuk ke hospital kerajaan kerana takut akan berlaku sebarang komplikasi.

Bagi ibu yang merancang untuk menambah ahli baru, jangan tunggu lama lama ya. Lebih lama ditunggu, umur makin meningkat, makin berisiko kehamilan anda.

Pengambilan Makanan Tambahan Semulajadi Semasa Hamil? KLIK DI SINI

Whatsapp/Call/SMS

+974 3301 4039

+6012 420 7544

Comments

    • Kak Kep says

      betul tuh.. tak salah hamil di usia melebihi 35 tahun.. cuma kena pastikan badan fit dan mendapat pantauan dari doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge