Memilih Rumah Sewa? Apa kriterianya.

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Rumah sewa, pelbagai kenangan pahit manis bersama rumah sewa. Bagi mereka yang tak pernah tinggal di rumah sewa sepanjang fasa kehidupannnya sebenarnya kurang satu memori atau kenangan. Betul tak? Ada yang seawal belajar di universiti sudah menyewa rumah. Biasa lah bila dah senior sikit, kadang kadang dah tak dapat asrama. Terpaksa tinggal di rumah sewa dengan rakan yang sama sama tak dapat asrama jugak. Betul kan?
Bersambung lagi menyewa rumah sewaktu di alam pekerjaan. Biasalah kalau kampung di Grik, Perak. Selepas tamat belajar peringkat Ijazah, mesti mencari cari peluang pekerjaan di bandar besar contohnya Kuala Lumpur. Jadi, lagi sekali perlu menyewa rumah.

Tak lupa juga, lepas dah berkahwin dan masih belum berkemampuan nak beli rumah (maklumlah, harga rumah sekarang mencecah 1/2 juta sekarang nih) jadi menyewa rumah dulu. Dari rumah bujang sewa dengan kawan kawan, berubah menyewa rumah kelamin pula.
Suka saya nak beri sedikit panduan atau kriteria yang bagaimana untuk mencari rumah sewa yang sesuai dengan anda :

Harga yang sesuai dengan bajet
Ini yang paling penting. Set kan target atau maksimum bajet untuk bayaran yang mampu dibayar setiap bulan. Bagi yang bujang, mungkin perlu mencari rakan serumah. Jadi bayaran juga perlu dibahagi mengikut penghuni rumah. Manakala yang berkahwin pula, bincang suami isteri berapa jumlah maksima yang sanggup dikeluarkan untuk bayaran rumah setiap bulan.
Pengangkutan awam
Ini bergantung kepada keperluan adakah perlu menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya mempunyai kenderaan sendiri jadi kriteria ini tidak penting. Selalunya, rumah yang dekat dengan pengangkutan awam contohnya LRT, harganya agak tinggi.
Keselamatan kawasan rumah
Kriteria ini selalunya anda boleh lihat sendiri dan nilai sendiri. Tengok samada kawasan tersebut terlalu sunyi dan kedudukan kawasan jauh atau luar dari kawasan tumpuan. Anda juga boleh bertanya kepada penduduk sedia ada tentang keselamatan kawasan tersebut.
Liputan rangkaian telefon bimbit
Penting nih!! Kebanyakkan dari kita kurang ambil peduli tentang ini, tambah tambah bagi mereka yang ingin menyewa kondominium atau apartment. Kalau kita pillih rumah yang melebihi tingkat 10 dan mungkin juga sebelah bangunan di lindungi bangunan lain, ada kemungkinan akan bermasalah untuk dapat liputan rangkaian. Jadi, kali pertama tengok rumah tuh, check dulu handphone masing masing yer. Takut nanti, dah bayar duit deposit, alih alih rumah takde coverage. Menangis tak berlagu laa lepas tuh.
Dekat dengan tempat kerja
Penting juga yang ini, perlu ambil kira kos. Jangan nak sangat save dekat bayaran sewa rumah. Pilih rumah yang terpencil. Alih alih bila dikira kos petrol untuk ulang alik ke tempat kerja, jadi lebih kurang dengan harga rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja. Jadi perlu teliti habis habis bab nih. Sekurang kurangnya badan tak penat kalau ulang alik ke tempat kerja terlalu jauh.
Kawasan yang bersih dan selesa
Jangan pula sebab nak murah pilih kawasan yang bersebelahan dengan loji pembersihan atau tempat pelupusan sampah. Buruk padahnya tuh. Bila musim hujan memang terseksa seluruh ahli rumah. Jadi pandai pandai lah pilih kawasan yang bersesuaian.

Teman serumah
Ini ditujukan khas buat yang masih bujang. Kalau nak memilih rumah atau bilik sewa kenal dahulu dengan rakan serumah. Pilih la yang bersesuaian. Takut nanti membawa masalah di kemudian hari. Pandai pandai lah buat penilaian teman serumah mengikut ciri ciri yang telah anda tetapkan.
Bila dah pilih pilih rumah nih. Masuk jek rumah  mesti nak kena bersih bersih dan kemas kan? Jadi perlulah ‘pembantu’ sementara yang memudah dan menyenangkan kerja kita. Yang penting yang dapat bekerja dengan pantas dengan hasil yang memuaskan. 
Saya amat amat menyarankan supaya anda menggunakan rangkaian produk Get Clean dari Shaklee nih. Dalam set Get Clean ini terdapat sabun basuh baju, softener, sabun basuh pinggan dan pencuci serbaguna iaitu Basic H2
Selamat digunakan untuk seisi keluarga bermula dari bayi sehingga dewasa memandangkan ia tiada bahan kimia yang merbahaya dan dihasilkan dari sumber semulajadi dalam masa yang sama sangat berkesan.
Jom order satu set hari ini dengan CaptVitamin

SMS/WhatsApp “GET CLEAN” ke +6011 252 66 427 HARI INI JUGA!!!

Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge