Nak Kurus? Elakkan makanan ini sewaktu sarapan

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sesekali nak pekena teh tarik dan roti canai tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah kalau jenis yang tak boleh tinggalkan teh tarik dan roti canai setiap kali bersarapan. Walaupun badan tuh kurus, tapi tidak semestinya boleh untuk mengambil sebarang makanan tanpa kawalan. Anda masih perlu makan mengikut RDA iaitu keperluan harian yang disyorkan mengikut jantina, usia dan tenaga yang digunakan. Jangan ingat badan kurus dan rajin bersenam kolesterol ditahap yang baik. Ada juga penghidap kolesterol tinggi badannya kurus dan menjalankan gaya hidup aktif.


Roti Canai
Seperti yang sedia maklum sebiji roti canai yang anda makan iaitu bersamaan dengan 300kalori, anda perlu jogging selama 45 minit  untuk membakar kalori hasil roti canai tadi. Berbaloi atau tidak? Sesekali tidak mengapa, tapi kalau setiap hari? Buruk padahnya. Itupun belum tentu anda sanggup untuk berlari 45minit setiap kali selepas mengambil sebiji roti canai. Apa kata gantikan roti canai dengan tosai atau capati? Lebih menyihatkan dan kurang berminyak.

Nasi Lemak
Macam mustahil untuk elakkan nasi lemak kan? Tahukah anda yang nasi lemak tanpa lauk sahaja sudah berkalori sebanyak 390kcal. Takkan nak makan nasi kosong kan? Pasti tidak akan berlaku, tambahan pula tapau nasi lemak di warung kegemaran, tambah kerang sambal, telor sebiji ikan bilis kacang goreng, dan 2 keping timun kecil sebagai penyedap hati konon-kononnya seimbang dengan sayuran. Campur dengan nasi dan lauk pauk sah sah untuk membakar kalori tersebut anda perlu jogging atau berlari selama 2 jam. ohh mustahil lagi. Apa kata sebagai ganti, masak nasi lemak sendiri tanpa santan dan banyakkan sayur sayuran sebagai ulam. Menarik dan menyihatkan bukan?

Kuih Muih
Mesti bijak memilih kuih yer. Sebiji kuih samada manis atau tidak selalunya saiz hidangan seketul sebanyak 99gm lebih kurang 145 kalori. Tidak cukup sebiji, pasti ambil 2,3 biji. Cuba kira berapa kalorinya. Tidak ambil kira donut yang bertoping coklat. Kalorinya pasti lebih lagi. Seboleh boleh elakkan. Sekiranya anda bersarapan roti pula, cuba gantikan roti putih dengan wholemeal. Lebih menyihatkan.

Mi Bersantan
Contohnya mee kari, laksa johor & laksam. Sedap? Memang tidak dinafikan. Tapi anda perlu tahu semangkuk mi bersantan bersamaan dengan lebih kurang 500 kalori. Jika teringin untuk mengambil sarapan berkuah cuba gantikan dengan mee sup yang berkalori rendah sedikit iaitu 380 kcal.

Teh tarik 
Kalau tak kaw memang tak rasa kenikmatan ber’teh tarik’ kan? Susu pekat adalah penyumbang utama teh tarik menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda. Satu sudu pekat manis mengandungi 60 kalori. Tapi untuk menjadikan teh tarik kaw tidak cukup dengan satu sudu. Apa kata gantikan dengan susu rendah lemak. Memang tak berapa kaw tapi baik untuk tubuh kita.

Kesimpulannya, bergantung kepada anda untuk memilih yang terbaik untuk setiap yang masuk dalam diri anda. Untuk memudahkan proses menurunkan berat badan anda perlu mengira jumlah kalori yang di ambil setiap hari adakah berkadaran dengan tenaga yang dikeluarkan. Anda perlu bijak untuk memastikan hanya yang terbaik dan menyihatkan untuk diri anda. Tapi sekiranya anda telah mengawal kalori makanan, melakukan senaman, berat anda masih tidak turun. Mungkin set kawal berat badan ini boleh membantu.

Hubungi kami segera untuk pesanan anda sekarang!

Call/SMS/WhatsApp (Qatar) +974 33014039
WhatsApp/WeChat (Malaysia & Qatar) +60 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge