Panduan Hamil Semula Selepas Keguguran

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

pregnant-woman-in-green

Cubaan untuk hamil semula selepas keguguran bukan mudah. Tambahan pula, sekiranya keguguran telah berlaku 2 atau 3 kali. Namun keguguran bukanlah perkara yang asing. Hampir 40% dari kehamilan berakhir dengan keguguran dan kebanyakannya para wanita belum menyedari bahawa mereka telah hamil namun telah keguguran.

Tidak dinafikan, keguguran berulang boleh membuatkan emosi seseorang wanita terganggu dan memerlukan sokongan dari suami dan kaum keluarga. Alhamdulillah, Kak Kep adalah wanita yang sangat bertuah kerana tidak diberi ujian sebegini sepanjang kehamilan sehingga dah nak masuk anak ke 4 ni.

Ada wanita yang serik untuk hamil lagi kerana bimbang perkara yang sama berulang lagi. Namun, sebaik sebaiknya jangan berputus asa. Sekurang kurangnya, anda boleh hamil. Cuma pelbagai langkah berjaga jaga perlu diambil kira untuk memastikan keguguran tidak berulang.

Sekiranya berhasrat untuk hamil semula, berikut beberapa tips yang boleh diikuti mengikut kesesuaian :

Membuat Pemeriksaan – sekiranya anda telah mengalami keguguran lebih dari 3 kali atau keguguran selepas kehamilan berusia lebih 20 minggu, boleh lah berbincang dengan pakar sakit puan anda untuk kehamilan seterusnya. Mungkin masalah keguguran sebelum ini berkaitan dengan masalah genetik atau struktur tisu dalam badan serta buat pemeriksaan terhadap uterus dan sebagainya. Namun, sekiranya cuma mengalami sekali keguguran, mungkin boleh abaikan pemeriksaan ini dan anggap mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk anda 🙂

Kenali Risiko Yang Bakal Di Alami – Sekiranya anda berumur lebih dari 35 tahun, mempunyai masalah kesihatan kronik juga seorang perokok. Anda mungkin menambah risiko keguguran dan ketidaksuburan. Seboleh bolehnya, berhenti merokok, dapatkan berat badan ideal, dan amalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan peratus kehamilan anda.

Dapatkan Sokongan Moral – dapatkan sokongan moral dari kaum keluarga terdekat terutamanya dari suami. Kawan kawan juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan secara mental dan fizikal.

Jangan Berhenti Berharap – Yang paling penting, jangan putus harapan. Dalam masa sama banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat yang sihat dan soleh. Jaga pemakanan, amalkan hidup sihat dan jangan lupa amalkan vitamin yang bersesuaian untuk tingkatkan kesuburan. Berikut adalah VITAMIN KESUBURAN SHAKLEE yang boleh diamalkan oleh suami isteri untuk tingkatkan peluang hamil. Bukan isteri sorang saja tau, suami pun kena sama sama makan juga. Baru peratus peluang lebih tinggi. Hehehe

Sekiranya berminat, boleh lah hubungi Kak Kep di nombor telefon di bawah :

012.564.3627

atau email di

hasliana.mdsaad@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge