#KoHado Ke Mak Sediakan Sarapan Setiap Pagi Sebelum Gi Sekolah?

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum mak mak, ibu ibu, mama mama, mami mami. umi umi, mom mom (dan mungkin kaum bapa juga.. hehehe)

Kak Kep sekarang nih tengah teruja untuk buat sarapan anak. Kiranya sebelum dia ke sekolah, siap siap dia makan kat rumah. Maka gi sekolah dengan perut penuh. Sebelum nih secara jujurnya, Kak Kep tak berapa peduli sangat bab sarapan sebab anak asyik bagi alasan tak nak makan.

Dah dia tak nak, Kak Kep pun terus buat tak peduli. Tak usaha pun nak reka apa apa sarapan untuk dia makan. Bertuah punya mak. Cuma dia wajib bawak dua bekal ke sekolah. Sebab kat sini, ada dua kali break. Satu untuk morning break (breakfast) dan afternoon break (lunch) dan di sini tiada kantin.

Mak Pemalas? Sangat #NanHado

Mak yang bangun awal awal jam 4 pagi gosok bijik mata goreng nasi untuk anak. Hehehe. Kalau nanti besar komplen ‘mak tak pernah amik peduli dengan makan minum saya sewaktu kecil’ kalau wartawan tanya soalan. Memang kena pelangkung dengan Kak Kep. Hahahaha. Mak mithali tau nih. Cuma part sarapan tuh jek tak ambil peduli sangat. Part breakfast and lunch boxes memang tiptop. Hihihi.

Sehinggalah FaceBook newsfeed Kak Kep dilintasi dengan update dari Pakar Motivasi terkemuka iaitu Dr Shukri Abdullah yang menceritakan isteri beliau melompat gembira lepas anak bongsu habis last paper SPM. Dr  Shukri tanya kenapa happy sangat? Isteri dia jawab, 30 tahun dia masak awal pagi untuk sarapan anak sebelum ke sekolah. Maka hari itu adalah hari dia “merdeka”. Hehehe.

sarapan pagi

Sentap Kak Kep tau. Hahaha. Terasa seperti panahan tertusuk di jantung Kak Kep. Alamak. Teruknya aku, buat sarapan anak pun malas. Hahahaha.

Maka selepas lintasan update tersebut. Kak Kep laju laju share post tuh untuk manfaat mak mak lain juga.

Beberapa minit lepas tuh, titt totttt bunyi notification Whatsapp masuk. Abg Sepet rupanya Whatsapp yang berbunyi

“Walk the talk yerrrr.. Jangan pandai share jek.. tapi sendiri tak buat” Dushhhhhh kena lagi sebijik kat batang hidung Kak Kep.

Mak Yang #Hado Pantang Di Cabar

Tak boleh jadi nih. Kak Kep is pantang dicabar kekdahnya. Maka bersiap siagalah Kak Kep keesokan harinya menyediakan nasi goreng untuk menu sarapan pertama anak bujang. Kihkihkihkih.

Sebenarnya saspen jugak sebab takut anak bujang tak mau makan pagi pagi. Penat mak kau masak anak oiii.. Awal pulak tuh bangun ketung ketang. Hahaha. Nasib baik menu pertama Nasi Goreng Kicap dengan Air Koko Tok Abah anak bujang makan dengan bersungguhnya.

Semangat esoknya mak dia ketung ketang balik. Hahaha. So ini senarai sarapan selama seminggu untuk anak bujang. Siap ada jadual hah. Hahahaha. Kisahnya sebab mak dia pemalas nak fikir. So follow saja ikut jadual. Hihihi.

List untuk seminggu. Every week ulang. Hihihi

List untuk seminggu. Every week ulang. Hihihi

Tu dia.. Siap jadual untuk seminggu. Kita ulang jek la ekk setiap minggu. Lagipun anak bujang nih dia memang tak kisah ulang ulang pun. Lagi dia suka. Kita pulak yang bosan. Jangan lupa tambah supplemen apa yang patut untuk anak anak. Hehehe

Bihun goreng dan minuman malt campur 'serbuk ajaib'

Bihun goreng dan minuman malt campur ‘serbuk ajaib’

Nasi Goreng Kicap + Minuman Koko Tok Abah plus 'serbuk ajaib'

Nasi Goreng Kicap + Minuman Koko Tok Abah plus ‘serbuk ajaib’

Bila Dr Shukri Abdullah highlight kan bab berbelas jam perut anak kosong dari waktu last dia makan malam dan tidur memang Kak Kep setuju sangat. Tak terfikir pulak bab tuh sebelum nih. Berbelas jam perut anak kosong, macam mana nak fokus kat kelas kalau lapar kan? Jam 10 pagi baru waktu rehat. Tuh yang jadi kes time perhimpunan pengsan.

Kesian anak anak. Jom lah mak mak, kita jadi mak yang prihatin. Jangan ambil remeh benda benda macam nih. Walaupun nampak kecil tapi impak dia memang besar untuk anak. Nak tambahkan lagi fokus anak kat kelas tambah vitamin vitamin yang sesuai untuk anak anak. Fokus serta bertambah bijak.

Mak ayah mana yang tak happy kan kalau anak bijak. Hehehe.

Jom mak mak.. Kita jadi mak yang paling #hado untuk anak anak. Tak buat sarapan kat anak memang #nanhado .. Hahaha..

Mak hebat, Anak bijok!!!

Comments

  1. says

    sungguh mak jemah terpana dengan perubahan sikap drastik ini persembahan dari kak kep.
    rasa nak menangis baca.
    sesungguhnya bab masak nasik awal pagi mak jemah akui ada buat ni masa anak awal masuk darjah 1.
    lepas tu oleh kerana bekalan makanannya sentiasa tak berusik, alasan “alamak terlupa tertinggal kat kelas” sbb tu dia beli makanan kantin maka mak jemah lama kelamaan menjadi malas.

    mudah mudahan dengan entry ni keinsafan mak jemah setara dengan kegagahan kak kep menyediakan list resepi,
    ko memang hado!
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…The Foodies Cafe Putra HeightsMy Profile

    • Kak Kep says

      chaiyok mak jemah.. alkisah anak kak kep nan hado kantin.. apa pun mak dia bagi dia belasah licin.. kahkahkah
      sarapan juga kak kep suap mak jemah oiiii.. sambil dia pejam mata.. kesabaran sangat..
      esok esok kalau kawin lupa kat kak kep.. memang kak kep pi meroyan kat bini dia.. kahkahkahkahkah

      semoga keinsafan mak jemah istiqomah sehingga anak anak mak jemah habis paper last SPM macam bini DR Shukri Abdullah..
      sama sama lah kita.. kihkihkih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge