Petua hilangkan dagu berlapis (double chin)

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dagu berlapis nih memang dikaitkan dengan orang gemuk lah kan? Jarang jumpa yang kurus langsing dagu berlapis. Kalau kurus langsing tuh selalunya dagu memang runcing jek. Hehe.

Dah la sekarang musim orang ber selfie selfie nih. 40 snaps gambar selfie habis semua delete. Kekdahnya dagu berlapis tuh obvious sangat kan? Penat posing gitu gini muncung itik bagai, sekali dagu ada 2. Lagi sedih ada 3. Huhu. Makanya tak jadi la nak update kat Instagram. Niat selfie terus terkubur. Haha.

Meh saya bagi petua sikit untuk hilangkan atau at least kurangkan dagu berlapis nih.

 
 1) Kunyah gula gula getah (tanpa gula)

Sebab aktiviti kena buat kerap, jangan ambil yang ada gula. Kang sesia pulak dapat diabetis. Dari nak hilangkan dagu berlapis terus kena diabetes. Hehe. Jadi pilih gula gula yang tiada gula. Kunyah la berjam jam.

2) Senaman muka

Sebut A, E, I, O, U sebanyak yang mungkin. Kalau anda perasan dalam menyebut kelima lima huruf tuh, memek muka anda turut bergerak dan bersenam. Buat depan cermin best jugak nih. Hehe. Gelak dan ketawa banyak banyak pun salah satu senaman muka.



3) Lemak koko (cocoa butter)

Ambil sedikit lemak koko. Dalam beberapa sudu. Masukkan dalam microwave dan panaskan. Urut pada bahagian dagu tersebut perlahan lahan. Boleh buat sebelum tidur dan sebelum mandi pagi selama beberapa minit. Lemak koko terbukti dapat meningkatkan keanjalan kulit.

4) Susu

Susu bagus tau untuk tegangkan kulit sekitar dagu. Jadikan susu sebagai toner dan sapu pada dagu. Atau boleh juga campurkan susu dan madu boleh buat masker pada dagu. Biarkan selama 10 minit lepas tuh bilas dengan air suam. Bukan sahaja dapat kurangkan dagu berlapis, malah kulit pun jadi lembap dan licin.

5) Air kosong

Banyakkan minum air kosong, kerana air kosong dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan. Lagi kurang berat badan kita. Lagi runcing lah dagu kita. Tak gitu? Hehe


6) Bersenam

Kerapkan waktu bersenam anda. Dengan senaman yang kerap maka akan dapat membakar lemak yang tersimpan secara tak langsung dapat menurunkan berat badan.

7) Kawal kalori

Fikir sebelum makan. Kalau semua senaman dan tips dilakukan tapi nasi tetap 4 pinggan sehari memang susah nak hilang dagu berlapis. Silap silap bukan 2 lapis, takut jadi 3,4 lapis. Jadi, perlu kawal pemakanan. Ambil yang perlu. Makan sedikit sedikit secara kerap. Banyakkan ambil buah dan sayur. Jangan lupa amalkan teh hijau yang terbukti dapat meningkatkan metabolisme badan.

8) Vitamin E

Pengambilan Vitamin E secara kerap juga dapat membantu menyingkirkan dagu berlapis. Sebabnya Vitamin E sangat bagus dalam meningkatkan keanjalan dan kesihatan kulit. Secara semulajadi anda boleh dapatkan Vitamin E dalam sumber makanan hijau seperti sayuran, produk tenusu,beras perang dan banyak. Mahukan yang lebih senang dan semulajadi. Ambillah Shaklee Vita E Complex secara harian. Lagi senang. Hehe

Kata orang tua tua, kalau nak hilangkan dagu berlapis tuh kerap keraplah tampar dagu tuh. 

Erk. Bunyi macam kelakar kan? Betul ke tak ekk? Try la mana tau berkesan. Hihi

Eh, jangan lupa order Vitamin E Shaklee tuh. Kang berlapis lapis pulak dagu tuh. Rugi tau zaman sekarang kalau tak ada pics selfie selfie nih. Hihihi. Ambil handphone SEKARANG dan SMS/Whatsapp : RIP DAGU BERLAPIS dan hantar ke +6011 252 66 427. Hehe. Pantas. Faitiiii aaa…


Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge