Petua Pinggang Ramping Dalam Masa Seminggu (Isnin – Sistem Penghadaman)

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebelum teruskan baca ISNIN HARI HADAM, anda kena baca dahulu DETOKS AHAD.

Untuk mulakan sesi diet Isnin kita dengan pastikan anda sudah menyediakan satu jug jus lemon untuk diminum sepanjang hari. Dari mula bangun sehingga nak masuk tidur, jus lemon adalah teman baik anda.

Kenapa Jus Lemon? Kerana ia sangat baik untuk memulakan proses penghadaman, bantu melawaskan dan membuang toksin dalam badan.

Ia juga membantu untuk mengawal nafsu makan.

air-suam-untuk-kesihatan

Sebaik bangun tidur. minum segelas jus lemon panas. Sepanjang hari fokus untuk minum banyak air. Bawa botol air kemana mana sahaja. Ingat!!! 25kg berat badan bersamaan dengan 1 liter air. 75 kg berat badan bersamaan 3 liter air. Cuba minum air sekerap mungkin. Ini membantu anda dari rasa lapar.

MENU HARI ISNIN

Sebaik bangun tidur
Jus lemon dan segelas air panas

Sarapan pagi

  • Salad buah buahan, yogurt dan 2 sudu besar oats
  • 300 ml air soya organik (Kak Kep pilih protein soya semulajadi ESP dari Shaklee)

esp-protein

Kudapan pagi

  • 8 biji almond tanpa garam
  • Segelas air buah segar

Makan Tengahari

  • Homemade sup sayur (resepi DI SINI)
  • Roti perang dengan keju dan mentega

Minum Petang

  • 2 ketul kek oat
  • Beberapa biji tomato ceri dan satu sudu keju cottage

Makan Malam

  • Ikan panggang. ayam atau tauhu dengan lemon serta sos olive (sos olive = 3 sudu besar minyak zaitun, 1 sudu kecil jus lemon dan setengah labu bawang putih cincang)
  • Sayur hijau yang distim bersama 1 sudu kecil minyak bijan
  • Jus lemon dan air panas.

Bersambung untuk HARI SELASA …

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge