Petua Pinggang Ramping Dalam Masa Seminggu (Ahad – Hari Detoks)

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Diet Lemon : Saiz Seluar Berkurang dalam Masa Seminggu

Baru baru nih Festival Cannes, fuhhhh.. makan hati tengok Heidi Klum, Jennifer Aniston ramping dan kurus. Heidi Klum tu tak macam anak ramai kan? Makan hati.

Tau tak artis artis nih mengaku mengamalkan Diet Lemon untuk kekalkan bentuk badan sebegitu rupa. Mereka juga mengaku yang diet lemon efektif untuk kekal kurus dan ramping.

Buah lemon nih memberi impak untuk menurunkan berat, meningkatkan kesihatan keseluruhan badan, buang toksin dalam badan, singkirkan inci yang tidak diingini dan menjadikan diri kita lebih berseri. Best kan? Macam macam khasiat nih.

Suka Kak Kep nak kongsi di sini tentang Plan 7 Hari oleh pakar nutrisi Dr Andre untuk diet menu lengkap sepanjang 7 hari. Resipi dan target harian juga diberi untuk senang nak fokus apa perlu kita singkirkan sepanjang 7 hari tersebut. Teruja kan?

7 Hari – Lemon is your new bestfriend

lemon

7 hari sahaja dengan diet lemon untuk ‘bersih’kan tubuh kita, caj semula ‘bateri’ dalam badan dan kurang saiz pinggang seluar kita.

Kak Kep akan buat diet seminggu dengan lemon nih hari ke hari. Kiranya dari Ahad minggu ini hingga ke Ahad depan. Jadi harap semua bersabar. Kak Kep habis pecah rahsia kurus dengan lemon nih selama seminggu, then korang boleh tiru sebijik.

Tapi Kak Kep nak warning siap siap, kebanyakan menu lebih kepada makanan barat. Ikan, ayam, daging lebih kepada grill atau bakar. Dan sayur sayuran lebih kepada kukus. Jadi kena bersedia mental dan fizikal. Mana mana menu yang boleh di ‘melayu’kan, Kak Kep akan cuba melayukan ia. Hehehe.

Detoks Tubuh

Tapi first thing yang kena buat, of course kena detoks dulu badan. Bersihkan usus dulu. Baru ia dapat serap semua nutrisi makanan dengan baik.

Selain lemon, Kak Kep akan ambil juga supplemen semulajadi Shaklee iaitu HerbLax untuk sama sama bekerja membersihkan usus dan segala toksin dalam badan. Jangan risau, ia bertindak lembut pada perut dan tak mengganggu. Dengan HerbLax dan jus lemon, pasti misi detoks lebih berkesan. Lagipun HerbLax tuh akan bagi kesan perut kempis. Best kan? Huhuhu..

herb-lax

Detoks nih bukan bermakna kena puasa tak boleh makan apa apa okay. Jangan salah anggap. Actually detoks nih kita makan benda semulajadi sepanjang hari. Pengambilan air juga kena banyak untuk flush out semua benda asing dan toksin dalam badan.

Sepanjang hari ambil segelas jus lemon pada suhu bilik.

Dan PALING PENTING!!

NO TEA, NO COFFEE and NO ALCOHOL!!

Resepi Jus Lemon untuk Diet

  • 1 – 1.5 biji lemon – perah dan dapatkan 2 sudu besar jus lemon
  • 300ml air kosong
  • 2 sudu teh sirap Mapel (lebih baik dari madu, kalori lebih rendah)

Campur semua bahan bahan dan boleh minum sepanjang hari. Senang jek.

Lagi satu, untuk hari detoks nih boleh buat sup sayur. Sedap nih. Yummeh.

Homemade Sup Sayur Detoks

  • 1 biji lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 batang saleri (dipotong)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 biji lobak putih (dipotong)
  • Segenggam kacang peas segar (sugarsnap peas)
  • 1/2 biji fenel dicincang

Cincang semua bahan. Masukkan lobak merah, seleri dan bawang dalam periuk air yang mendidih. Selepas 5 minit, tambahkan lobak putih, kacang peas dan fenel.

Kecilkan api dan masak dalam 10-15 minit. Hidangkan.

The-Detox-Soup

Kalau amalkan resepi ini, end of the day kita akan rasa badan ringan dan lebih bertenaga. Berkemungkinan akan kehilangan 500gram – 1 kg berat badan bergantung kepada berat dan bentuk badan.

Nak minum jus lemon dan sup sayur semata mata? Hehehe. Cemas pulak kan? Rilek rilek. Kat bawah Kak Kep bagi senarai menu sepanjang hari Ahad (hari detoks). Hehehe.

MENU HARI AHAD UNTUK DETOKS

Minuman bangun pagi (6:00 pagi)

  • Segelas jus lemon

Sarapan pagi (7.00 pagi)

  • Salad sayuran (pelbagai jenis buah beri seperti strawberi, rasberi, blackberi dan ceri)
  • Sebiji epal atau pear. Secawan yogurt dan segenggam kekacang almond.

Kudapan pagi (10.00 pagi)

  • Segelas jus lemon.
  • Sebiji pisang.
  • Segenggam kuaci.

Makan Tenghari (1.00 tengahari)

  • Salad lentil dengan lemon, cuka dan extra virgin olive oil sebagai dressing.

Kudapan Petang (3.30 petang)

  • Segelas jus lemon
  • Sebiji timun

Makan Malam (7.30 petang)

  • Ikan panggang dengan jus lemon.
  • Sayur kukus.

1 jam sebelum tidur

  • Segelas air kosong atau segelas jus lemon suam.

Yeahhhh.. Selesai detoks hari pertama. Tunggu sambungan hari ke 2 dengan menu yang lebih mantap. Ho yeahhhh..

Bersambung ISNIN HARI HADAM…. Hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge