Petua ringankan sembelit semasa hamil

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Wanita hamil memang besar pahalanya. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang sebesar besarnya bagi wanita yang hamil 9 bulan. Pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi sepanjang menempuhi alam 40 minggu semasa mengandungkan permata hati.
Perubahan hormon menyebabkan kebanyakan wanita hamil mengalami masalah seperti loya dan mual, muntah, sakit kepala, pening, kebas kebas, kekejangan, sakit pinggang, sakit belakang dan bermacam lagi. Selalunya masalah loya, mual, muntah, sakit kepala dan pening berlaku pada trimester pertama iaitu 3 bulan pertama dan akan beransur hilang.

 

Namun masalah seperti sembelit mungkin akan berlanjutan hingga saat melahirkan. Di sini saya senaraikan beberapa tips dan petua untuk meringankan masalah sembelit di kalangan ibu mengandung.

MINUM AIR BANYAK

Pastikan mommy mengambil air kosong yang banyak. Sekiranya tidak hamil kita disarankan untuk mengambil 1 liter air untuk setiap 25 kg berat badan. Jadi sekiranya hamil, perlu tambahkan sedikit jumlah pengambilan air harian.

DIET HARIAN YANG SEIMBANG

Kaji pengambilan makanan mommy setiap hari. Seboleh bolehnya kurangkan pengambilan karbohidrat dan gantikan dengan melebihkan serat seperti sayur sayuran, buah buah dan bijirin. Buah buahan yang banyak air dapat membantu memperbaiki sembelit.

SENAMAN RINGAN

Lakukan senaman ringan yang selamat dan sesuai untuk ibu mengandung. Jangan terlampau tidak bergerak. Kerja rumah yang ringan boleh dilakukan. Rujuk pakar sakit puan mommy untuk jenis atau bentuk senaman yang sesuai.

BUAH PRUN

Buah prun dapat membantu meringankan masalah sembelit. Kalau tak suka mengunyah prun, boleh gantikan dengan meminum jus prun. Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g. Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.
JANGAN BERTANGGUH
Sekiranya anda terasa untuk membuang air besar jangan sesekali bertangguh. Sikap bertangguh ini akan menyebabkan najis menjadi keras dan menyebabkan sembelit. Jadi pastikan jangan bertangguh tangguh. 

Kalau dah cuba semua tips di atas namun masih ada masalah sembelit, apa kata cuba supplemen OsteMatrix dari Shaklee nih. Ramai ibu mengandung yang beri maklumbalas positif dengan mengambil OsteMatrix masalah sembelit mereka selesai. Tak percaya? Baca testimonial di bawah :

 
SEPANJANG APRIL 2014 ADA PROMOSI OSTEMATRIX BELI 6 PERCUMA 1
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK STOCK UP OSTEMATRIX ANDA!!

 

Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge