Program Amal Kemasyarakatan Shaklee bersama MyKasih Foundation

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

2 hari lepas telah dilancarkan satu program kemasyarakatan antara Shaklee (M) Sdn Bhd iaitu Shaklee Cares for Our Children dengan usahasama MyKasih Foundation untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia dari segi keperluan nutrisi kanak kanak.

mykasih     &     shaklee logo

MyKasih adalah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu golongan kurang berkemampuan di Malaysia dengan cara memberi bantuan secara berterusan kepada mereka untuk keluar dari kemelut kemiskinan secara berterusan.

Antara usaha MyKasih untuk kanak kanak adalah memberi kelas tuisyen percuma kepada anak anak yang kurang berkemampuan dan mengadakan kelas pembelajaran asas komputer untuk memberi pendedahan kepada anak anak yang tidak mampu untuk belajar asas komputer. Usaha murni MyKasih menerima banyak sumbangan dari segi wang ringgit dan tenaga dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Shaklee Malaysia dengan kerjasama MyKasih akan membantu untuk membekalkan bekalan Meal Shakes bagi memenuhi keperluan nutrisi kanak kanak yang kurang bernasib baik ini.  Selain bantuan kewangan dan Meal Shakes, pihak Shaklee juga akan membuat lawatan dari rumah ke rumah bagi mereka yang terlibat untuk mendidik golongan ini dan menunjukkan cara penyediaan makanan seimbang dan sihat untuk anak anak dan bukan hanya sekadar mengambil Meal Shakes.

Program penuh bersejarah bagi Shaklee Malaysia telah dilancarkan dengan penuh meriah dan dirasmikan oleh Tan Sri Datin Paduka Seri Hjh Zaleha Ismail dan Shaklee pula telah di wakili oleh Mr Victor Lim, Pengurus Besar Serantau Shaklee (M) Sdn Bhd.

Replika cek sumbangan Meal Shakes yang bernilai sebanyak RM 1,000,000 telah diserahkan semasa pelancaran tersebut di saksikan oleh Pn Siti Khairon iaitu pemegang amanah MyKasih juga oleh barisan para Masters Shaklee Malaysia.

Di bawah adalah suasana sekitar majlis tersebut.

mykasih

Hadirin memenuhi dewan

 

mykasih3

Majlis pelancaran

 

mykasih4

Bersama wakil MyKasih juga anak anak Shaklee

 

mykasih6

Barisan wakil dan Masters Shaklee

 

mykasih7

Minuman Meal Shakes dihidangkan semasa pelancaran

Anda juga boleh menyumbang dalam program amal ini di mana sebahagian dari pembelian Meal shakes akan disumbangkan kepada MyKasih Foundation ini. Jom kita beramal sambil mencukupkan nutrien anak anak kita dengan memberi supplemen tambahan Meal Shakes kepada mereka.

 

Screen Shot 2014-10-05 at 10.36.40 PM

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

    • Kak Kep says

      Alhamdulillah.. nutrisi yang lengkap penting untuk kanak kanak membesar kan? yang jual yang beli semua dapat ‘saham’ kan? hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge