Rawatan Asma dan Lelah untuk Kanak Kanak

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ChildAsthma_H

Asma atau lelah seperti tidak asing lagi bagi kanak kanak sekarang ini. Menurut kajian, 10-20% kanak kanak diserang penyakit asma. Asma adalah antara penyakit yang tiada rawatan. Ubat hanya diberikan untuk mengurangkan atau memudahkan bernafas tetapi bukan untuk menghilangkan terus. Penyakit asma ini akan hilang mengikut peringkat umur. Mungkin antara 12-13 tahun atau berlarutan sehingga 25-30 tahun bergantung kepada setiap individu.

Gejala utama serangan asma adalah pernafasan bersiul (wheezing) menunjukkan saluran udara pernafasan tersekat. Kadangkala disertai dengan batuk berlendir jernih. Gejala sukar bernafas akan lebih teruk menjelang malam kerana suhu yang makin sejuk.

asma-01

Pencetus biasa serangan asma adalah :

  • Alahan yang dihidu seperti habuk, debunga, spora, kulapuk atau bulu binatang peilharaan
  • Udara sejuk
  • Senaman atau gaya hidup aktif
  • Jangkitan sistem pernafasan
  • Tekanan emosi
  • Aspirin atau ubat seumpamanya

Ibu bapa perlu peka terhadap faktor pencetus asma si anak. Sekiranya anak anak diserang asma, kebanyakan ibu bapa akan ke klinik dan rawatan normal yang diberikan ialah sedutan ventolin nebulizer. Kekerapan anak perlu menyedut nebulizer adalah bergantung kepada tahap asma yang menyerang dan doktor akan memberi jadual kekerapan sedutan nebulizer buat pesakit.

Namun ada pelbagai rawatan alternatif atau pencegahan yang boleh dilakukan di rumah seperti :

  • Banyakkan minum air suam untuk mencairkan kahak yang terkumpul.
  • Wap kan air panas dengan Vicks dan hidu.
  • Cuba dapatkan udara yang bersih. Elakkan bergaul dengan orang ramai terutamanya perokok.
  • Mandi secara ala kadar dan jangan menggunakan air yang terlalu sejuk.
  • Galakkan anak anak untuk bersukan tetapi secara terkawal. Berenang adalah baik untuk pesakit asma untuk namun perlu di bawah seliaan mereka yang berpengalaman.

Sekiranya ibu bapa kurang pengetahuan dan info berkaitan serangan asma atau lelah ini, maka ibu bapa akan cenderung untuk panik. Jadi untuk mengelakkan perkara ini ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap asma perlu banyak membaca berkaitan serangan penyakit ini. Diet pesakit asma juga mungkin perlu diubah untuk memastikan serangan asma terhadapnya tidak terlalu kerap. Di katakan asid lemak omega 3 boleh membantu menurunkan keradangan dengan membuka saluran pernafasan seterusnya memperbaiki pernafasan. Elakkan dari minum air sejuk berais kerana ini akan menyempitkan saluran pernafasan dan membuatkan keadaan menjadi semakin teruk. Untuk mengurangkan penderitaan anak anak mungkin para ibu bapa boleh mencuba supplemen dari Shaklee ini. KLIK untuk ketahui supplemen untuk asma dan lelah dari SHAKLEE.

butang-beli-02

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge