Resepi Ikan Sambal Belado Sedap Siap Sedia dalam 10 Minit

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kak Kep tengah marathon ganti puasa. Hehehe. Subuh jam 3.10 pagi dan Maghrib jam 6.15 petang. 15 jam u olls. Bertabahlah. Hehe. Time winter dulu patut ganti sebab siang pendek takde nak ganti pulak kan? Sekarang dah summer, rasainnnnn. Hahahaha.

Semalam tiba tiba ter rajin. Selalu juadah ala kadar jek. Asal boleh. Tapi semalam terasa tekak nih nak yang pedas pedas. Kebetulan malam sebelum tuh ke Carrefour jumpa cili merah murah sekilo QR25 jek. Jarang nak jumpa yang murah nih. Selalu jumpa yang QR60 sekilo jek. Begitulah nasib kami di sini. Sambal belacan home made tuh jarang jarang sangat buat sebab harga cili yang sebegitu rupa. Hihihi.

Dalam otak nih memikir nak masak apa. Eh, dalam freezer ada ikan tenggiri. Hmmm. Tenggiri masak belado pun sodap eyyy. Lately macam suka belado lagi dari sambal tumis. Hehehe.

Abam S balik opis kul 4 petang. Dia makan beriyua sungguh. Tak habis habis dok cakap. Awak masak nih tiap hari boleh tak. Pecah liur betul sambal belado nih. Kak Kep pun iya kan ajerr. Bukan ape, still dok pelik, ape yang sedap sangat. Sekali bila diri sendiri dah buka puasa. Eh, Sedapnya aku masak nih.. Walaupun campak campak suka ati. Hahahaha. Sendiri terkagum dengan diri sendiri sebab sedap sangat macam nak pengsan (ok! over) Hahahaha.

Sebab sedap sangat, maka jatuh wajib untuk share dengan korang semua. Tak gitu? Hahahaa.

Sambal belado nih kalau korang buat sambal tuh, boleh letak jek ape ape lauk. Ayam goreng ke, ikan goreng ke, telur rebus ke.. Terung goreng.. Semua boleh belasah. Janji sambal sodap. Hahahaha.

tenggiri sambal belado

BAHAN BAHAN

  • 5 ketul ikan tenggiri sederhana yang sudah digoreng
  • 1 biji limau nipis
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sebiji bawang besar (potong mayang)

BAHAN UNTUK DIKISAR (KASAR)

  • 4 biji cili merah (besar besar)
  • 8 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing masing)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan bahan yang dikisar. Bahan kisar jangan kisar halus sangat. Kisar kasar kasar sikit. Agak agak lah yer. Kacau bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan belacan. Kacau lagi sehingga naik bau dan kering.

Perahkan air limau nipis serta masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Biarkan sehingga kering dan masukkan bawang besar yang dimayang. Sementara tunggu nak kering kena kerap kacau. Kalau tak kacau dia hangus. Bau hangus nanti dah tak best.

Tadaaaa.. Dah siap Sambal Belado Ikan Tenggiri.

Sebab ada orang tuh berzikir zikir nak makan sambal belado tiap hari kan? Makanya, hari nih Sambal Belado telor rebus pulak. Haaa tu dia.. Nanti dah jemu, kita tukar menu lain pulak eyy..

telor rebus sambal belado

Nak buka pose. Tak nyempat dah tunggu kering. Hihihi.

Makan dengan nasi panas panas. Mak mentua lalu belakang pun tak perasan tau. Ampun mak!! Hehehe.

Sebelum makan, telan Phytocol 2 biji untuk nyah kolesterol, 3 biji Lecithin untuk pecahkan lemak siap siap. Jadi boleh makan tanpa was was. Hehehe.

Selamat Mencuba u olls.

PHYTOCOL – ST

—>> PROMOSI Sepanjang Mei 2015

—>> Whatsapp “KOLESTEROL” ke +974 3301 4039 SEGERA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge