Resepi Rendang Cili Padi Paling Sedap di Dunia.

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
rendang daging cili padi

Gambar Ihsan Google

Jujurnya Kak Kep bukan minat sangat dengan rendang bila tiba raya. Kalau makan ketupat palas, Kak Kep tak cari rendang tapi cari susu manis. Hihihi. Memang macam tuh dah dari kecil. Korang macam mana? Ada tak benda pelik pelik yang korang buat waktu Hari Raya? Hihihi..

Orang Utara selalunya ketupat palas makan dengan serunding. Suami Kak Kep tahun pertama kahwin dia tak puas hati sungguh bab nih. Setiap rumah yang kami beraya, mesti hidang ketupat dengan serunding. Dia memang peminat nombor 1 ketupat palas tapi mesti dengan rendang. Hihihi. Tahun kedua ketiga dan lepas lepas tuh mak Kak Kep mesti buat rendang untuk menantu kesayangan dia tuh. Hahahaha.

Haaa.. kan dah melalut.. Sebenarnya Kak Kep nak pecah rahsia lagi hari nih. Tiap tiap hari pecah rahsia. Suka laa korang ekk.. Kali nih nak pecah rahsia Resepi Rendang Pedas Cili Padi Paling Sedap abad ini. Tu dia nama dia. Overclaim sangat kan? Hahahaha.. Peminat cili padi memang suka sangat lah resepi nih. Tapi yang bukan peminat macam Kak Kep pun suka jugak. Kira memang secukup rasa. Boleh tahan pedasnya tuh. Cuma budak budak tak boleh la.

Yang ini sebenarnya resepi kakak ipar Kak Kep. Kak Ngah orang Negeri Sembilan. So cili padi nih macam makanan ruji diorang lah kan? Mmg kaww dan terangkat!!

Ok lah, banyak pulak bebel bebel kan? Resepinya tak kasik kasik lagi. Hihihihi..

Ok, meh kita tengok resepi Rendang Daging Cili Padi Paling Sedap di Dunia. Hoverr tau.. Hihihi..

BAHAN BAHANNYA :

1 kg daging lembu (potong kiub, jgn potong nipis sangat, tak sedap)
10-15 biji cili padi (ikut suka tahap kepedasan) *dikisar
1 inci lengkuas *dikisar
2 inci halia *dikisar
10 biji bawang merah *dikisar
5 ulas bawang putih *dikisar
3 batang serai *dikisar
Sehelai daun kunyit
2 keping asam jawa
2 sudu gula merah yang dimasak
3 sudu kerisik
Sekotak santan Kara
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

1. Campurkan bahan bahan yang perlu dikisar dan kisar sehingga halus.

2. Panaskan 5 sudu minyak masak. Minyak kena lebih sikit. Sebab kalau minyak kurang nanti tak pecah minyak. Rendang tak cantik. Hihi.

3. Lepas minyak dah panas, tumiskan bahan kisar tadi sampai naik bau dan garing. Masukkan daging. Kalau plan nak rendang kering, jangan masukkan air banyak, sebab nanti air daging tuh keluar banyak, lambat nak tunggu kering. Tapi ikut bahagian daging yang digunakan. Kalau daging tuh jenis keras memang air kena banyak untuk lembutkan. Kalau batang pinang, takyah banyak air. Waktu renehkan tuh guna api sederhana dan tutup. Cepat empuk. Bila nak keringkan baru bukak penutup kuali. Baru cepat kering. Kalau sentiasa tutup, nanti tak kering kering airnya.

4. Bila dah reneh sampai kering, masukkan air gula merah, garam, asam keping, kerisik dan santan. Tips untuk bagi rendang cantik dan menarik. Maka wajib kena pecah minyak. Teknik nak dapat rendang pecah minyak, waktu masukkan santan tuh api yang paling kecil atau terus tutup api. Bila dah tuang santan baru pasang api semua. Tu diaaa pecah rahsia lagi. Hihi..

5. Reneh lagi lebih kurang 15minit, kacau kacau. Masukkan daun kunyit yang telah dipotong. Kacau sikit lagi. Agak agak santan dah masak, minyak pun dah mengalir (pecah minyak) kat atas terus tutup api.

Wallahh, dah siap! Part masin manis pedas tuh ikut selera masing masing ok. Pandai pandai adjust.

Sedapkan rendang daging cicah ketupat palas. Malam raya sup gearbox pulak, BBQ, sate lagi.

Kolesterol? Alamak mcm mana nih? Jangan risau!! Kak Kep ada perisai. Phytocol ST & OmegaGuard Shaklee. Dia akan halang kolesterol jahat nih bermaharajalela masuk dalam pembuluh darah. Menyingkirkan kolesterol sedia ada dan bantu melancarkan pembuangan air besar jugak.

phytocol-st-cholesterol omega-guard

JK Niaga Beli Sekarang

Memang bagus. Boleh KLIK SINI juga untuk order. Laju laju Kak Kep pos kat hampa. Semua rumah orang Malaysia kena ada sebotol Phytocol ST dan OmegaGuard nih. Baguih sungguh.

Roger roger Kak Kep naaa

Screen Shot 2014-10-05 at 10.36.40 PM

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge