Set Menyusu Shaklee:Bantu jayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Menjayakan penyusuan susu ibu untuk tempoh 2 tahun bukannya mudah. Pelbagai rintangan dan dugaan yang dilalui oleh ibu. Sehingga kadang kadang ramai yang tewas di tengah jalan sebab tak cukup kuat dan cukup motivasi diri.
Alhamdulillah, anak anak saya masih diberi peluang menikmati susu ibu (untuk yang kakak nak ikutkan dan terlebih had umur. hehe) sehingga sekarang. Kakak berusia 2 tahun 6 bulan dan adik bakal menginjak umur setahun Mei ini. Penat? Memang penat. Tapi saya gagahi jua. 

Alhamdulillah dengan bantuan Set Menyusu Shaklee dan dengan izin Allah SWT, masih ada lagi rezeki untuk anak-anak.

Saya mengambil semua produk dibawah untuk memastikan susu yang dihasilkan berkhasiat dan badan saya juga tidak stress dan penat. Walaupun hanya bekerja dari rumah namun saya akui tidak dapat menjaga pemakanan seimbang dan terpaksa dibantu dengan supplemen.
Antara produk Set Menyusu Shaklee ialah :
VITALEA 
Multivitamin yang penting kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan. Di formulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

Sebagai satu anti oksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

B COMPLEX

Dikenali juga sebagai vitamin anti stress. Ibu berpantang dan menyusukan mudah stress disebabkan badan yang letih kerana tidak cukup tidur akibat menjaga bayi kecil dan tidur malam terganggu. Vitamin ini membantu ibu untuk mengawal emosi supaya lebih tenang dan rileks.

ESP

Protein soya semulajadi yang rendah glisemik dan rendah kalori. Membantu memekatkan susu ibu, jadi dengan hanya minum sedikit bayi sudah cukup kenyang. Membantu memperbanyakkan susu ibu untuk persediaan ibu yang bakal bekerja semula dalam usaha menyimpan stok EBM. Bonus lain yang ibu akan terima ialah kulit yang lebih cantik dan gebu serta payudara yang lebih anjal.

ALFALFA COMPLEX

Telah digunakan sekian lama untuk mempercepatkan penghasilan susu. Perlu di ikuti dengan cara makan mengikut aturan yang betul untuk merangsang penghasilan susu yang berkualiti.

OSTEMATRIX

Sumber kalsium yang sangat penting untuk ibu dan bayi dalam memelihara kesihatan tulang yang kuat dan sihat. Memudahkan proses pelawasan seterusnya memberi ibu tidur lebih lena dan bangun lebih segar setiap pagi. Kalsium yang mencukupi menghalang ibu dari masalah osteoporosis dan tulang rapuh.

Namun, kesemua vitamin di atas haruslah di ikuti dengan perkara perkara berikut :

  • Pengambilan air kosong sekurang kurangnya 3 liter sehari.
  • Kerapkan memberi susu secara direct atau pam. Sekurang kurangnya setiap 3 jam. Anda perlu faham konsep demand and supply. Sekiranya tiada permintaan susu tidak akan terhasil, maka ambillah supplemen dari langit pun, ianya tidak dapat membantu ibu.
  • Bangun malam untuk direct feed atau mengepam. Waktu tengah malam hingga subuh adalah waktu paling banyak hormon prolaktin terhasil jadi susu akan terhasil dengan banyaknya. 
  • Buat jadual pengepaman dan jangan sesekali ponteng. Disiplinkan diri anda.
Sekiranya ibu mengikut tips tips di atas dan mengambil Set Menyusu Shaklee dengan cara yang betul. InsyaaAllah, mungkin ibu terpaksa minta suami untuk membeli freezer extra. 

Pesan Set Menyusu Shaklee ibu sekarang dengan CaptVitamin

SMS/WhatsApp “SET MENYUSU” ke 011 252 66 427 SECEPAT MUNGKIN!!!


Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge