Set Pantang Shaklee : Bertenaga seawal hari ke 3 selepas melahirkan

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alhamdulillah, dah 3 bulan lebih lil Hajna Mezayra menjenguk dunia.. Bayi Shaklee yang sihat aktif dan sangat baik budinya. Maklumlah dari dalam perut mama lagi dah mendapat khasiat vitamin Shaklee. Dan bersambung pula dengan Set Pantang Shaklee yang diterima melalui susu ibu.

Set Pantang Shaklee selamat atau tidak untuk ibu menyusu? Oh.. bukan hanya selamat.. Malah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu.. Benda yang sentiasa dalam ingatan semasa mengemas beg hospital pastilah vitamin dari Shaklee. Seawal lepas melahirkan dan dihidangkan makanan selepas melahirkan saya terus mengambil vitamin untuk meningkatkan tahap kekuatan badan. Maklumlah proses bersalin memang letih dan memenatkan. Set Pantang Shaklee terdiri dari Vitalea Iron Formula, B Complex, Chew Vita C 100mg dan Zinc. Kesemua vitamin ini mempunyai khasiat yang tersendiri :

 
Vitalea Iron Formula :

Ia sebagai pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Ia juga menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru dan membantu proses pembesaran. 

B Complex
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lebih berkesan apabila bertindak bersama dalam meggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular. Juga dikenali sebagai vitamin anti stress / vitamin ‘gembira’. Mengelakkan ibu berpantang dari di serang meroyan.

Chew Vit C 100 mg :
Menguatkan sistem imunisasi badan. Mengelakkan si ibu dari mudah terkena demam atau selsema semasa berpantang. Seperti yang diketahui semua adalah sangat tidak elok bagi ibu berpantang sakit semasa dalam pantang.

Zinc Complex :
Mempercepatkan proses penyembuhan luka luar (jahitan) dan dalam (luka rahim).

Syukur.. dengan pengambilan Set Pantang Shaklee ini, saya kuat dan sihat seawal keluar dari hospital. Badan tidak rasa lemah atau tak bermaya walhal dengan adanya bayi serta kakaknya yang berusia setahun 6 bulan ketika itu yang keduanya memerlukan perhatian saya. Rakan rakan yang datang melawat juga dan menegur mengatakan saya tidak seperti orang yang lepas seminggu bersalin. Luka cepat baik menyebabkan mudah untuk saya bergerak dan bertenaga. Tidak lesu dan sentiasa bertenaga. 

Set Pantang Shaklee juga membantu saya lebih cepat cergas sehingga membolehkan saya terbang dari Doha ke Kuala Lumpur seawal 20 hari berpantang. Pramugari pun terkejut apabila diberitahu yang bayi saya berusia 20 hari sudah dibawa menaiki kapal terbang selama 11 jam. Alhamdulillah, semuanya di permudahkan oleh Allah SWT. Saya suka untuk berkongsi manfaat dan kebaikan Set Pantang Shaklee ini dengan semua wanita yang bakal melahirkan. Harga yang berpatutan untuk tempoh penggunaan sehingga selepas berpantang dan juga berkesan serta semulajadi. Juga selamat untuk diambil ibu berpantang walaupun bayi di jangkiti jaundis. Jangan malu jangan segan nak mencuba benda baik. 


Hubungi kami segera

Call / SMS (Doha) +97433014039
WhatsApp/WeChat (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge