Shaklee Vivix : Kesan Masalah Jantung Ayah

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kaki ayah memang selalu bengkak. Bila bengkak, nampak berkilat macam penuh dengan air. Kesimpulan yang ayah dan kami anak anak buat ialah sakit gout. Setiap kali kaki ayah bengkak, ayah akan ambil ubat gout dan rasa lega. Kami anak-anak memang tak suspek apa-apa memandangkan gout adalah perkara biasa yang dihidapi oleh orang tua memandangkan ayah juga peminat tegar udang dan sotong.


Memandangkan kerap sangat ayah kena gout, saya yang waktu itu baru lagi menjadi Shaklee Independent Distributor menyarankan ayah mengambil Vivix. Orang tua (tambah tambah ayah, kalau mak saya memang senang, si ratu vitamin) memang agak susah nak makan vitamin. Saya cuba pujuk. Cakap kat ayah, Vivix ni senang sangat, jenis cecair dan satu sudu teh sebelum tidur. Tak payah fikir nak makan berapa biji dan bila. Ayah pun setuju ambil Vivix. Alhamdulillah.

Nampak ayah istiqomah ambil Vivix (dengan paksaan dan leteran dari mak jugak).. hehehe..  Tak silap saya, lepas ambil setengah botol, kaki ayah bengkak teruk dan melarat bengkak sehingga ke perut, dan muka juga nampak bengkak. Dalam masa yang sama, kami ke KL utk attend majlis kahwin cucu saudara ayah yang mana anak saudara ayah kedua suami isteri adalah doktor. Ayah nampak memang bermasalah, memang pelik. 

Kak Akma (dulu pernah berkhidmat di Pusat Dada Negara) sekali pandang ayah, terus inform saya.. 
Go for further check up, its related to jantung. Ayah nampak teruk!! Haaaaaa.. memang semua terkejut. Sepupu saya tulis refer letter ke Klinik Kardiologi di GH Penang. Saya dan kakak bawa ayah untuk rawatan lanjut. SAH!!! Ayah ada tiga masalah jantung. Jantung berlubang (since dilahirkan), injap dah rosak teruk, dan saluran tersumbat. 3 serangkai. 

Kes ayah memang rumit. Tiga kes sekaligus. Dan semua serius. Beberapa kali rawatan susulan, ayah pun setuju dengan major operation untuk tutupkan lubang jantung, menukar injap dan menukar saluran tersumbat di jantung. Memang suspen. Siapa tak suspen kan? Kami sekeluarga hanya mampu berdoa semoga semua selamat.

Alhamdulillah.. dengan izin Allah ayah selamat menjalani pembedahan. Proses baikpulih juga cepat walaupun ayah dah berumur. Berkat tidak pernah mencuba untuk merokok walau sebatang pun (doktor pun hairan, sebatang rokok pun ayah tak pernah hisap seumur hidupnya). Kepada sesiapa yang merokok, tolong lah berhenti merokok. Banyak masalah yang akan timbul kemudian hari. Sekarang ayah dah sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa. Syukur sangat.

Katakan lah … 

Ayah tidak ambil Vivix, mungkin sehingga sekarang kami masih menganggap bengkak kaki ayah disebabkan gout tanpa berbuat apa-apa dengan hanya mengambil ubat doktor.

Katakan lah …

Penyakit jantung ayah tidak dapat dikesan awal, ayah terus collapse? Strok? Nauzubillah, mintak dijauhkan.

Katakan lah …

Saya tidak kenal Shaklee.. mungkin ayah juga tidak kenal Vivix.

Syukur sangat, dengan izin Allah saya kenal Shaklee dan perkenalkan Vivix kepada ayah. Saya percaya, Vivix did works on its own way. If Vivix tak dapat sembuhkan penyakit itu.. at least dia bagi petunjuk dekat kita untuk go for further detailed check up. 

Kalau anda sayangkan mak, ayah, suami, isteri.. Mungkin yang ada penyakit darah tinggi, kencing manis.. Saya amat menyarankan pengambilan Vivix untuk vitamin harian mereka. Harga mahal? Apa lah sangat harga yang dibayar nak dibandingkan dengan kesihatan orang yang paling kita sayang kan? Tepuk dada tanya hati..

Bulan Mei ini adalah bulan promosi Vivix Beli 6 Percuma 1.. boleh kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan.

Dan pembelian 2 botol Vivix juga melayakkan anda memperolehi keahlian percuma Shaklee seumur hidup.


Hubungi kami segera untuk pembelian

SMS/Call/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 01125266427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge