Sijil Halal Shaklee 2014

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alhamdulillah, Shaklee dah keluarkan Sijil Halal untuk produk supplemennya bagi tahun 2014.

Seperti sedia maklum, kecoh baru baru ini berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM oleh salah satu pengeluar syarikat supplemen. Suka di sini untuk saya terangkan bagaimana prosedur halal setiap produk itu di berikan.
Harap harap tiada di sini yang hanya SMS kepada JAKIM untuk status halal Shaklee kerana sudah pasti balasan SMS yang anda terima ialah Shaklee tiada dalam senarai halal JAKIM. Kalau terima balasan SMS sedemikian sudah pasti anda melompat dan buat kesimpulan seterusnya gosip sana sini mengatakan Shaklee tiada sijil Shaklee. Tak baik kan menabur fitnah? Kaji dan tanya kepada yang lebih arif sebelum membuat sebarang gosip.


Untuk pengetahuan semua, Shaklee adalah produk supplemen keluaran Amerika Syarikat, jadi sijil halal Shaklee dikeluarkan oleh badan Islam di Amerika Syarikat yang di kenali sebagai Islamic Service of America (ISA). JAKIM tidak mampu untuk membuat pemantauan ke seluruh dunia untuk memberi sijil halalnya kepada semua produk yang memasuki Malaysia. Jadi JAKIM mengiktiraf badan badan Islam tertentu untuk membuat proses pemantauan tersebut. ISA adalah salah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Tak percaya? Layari laman web JAKIM untuk menyemak sendiri.

Dan wakil Shaklee Malaysia juga tidak ketinggalan untuk membuat lawatan untuk memastikan sendiri hal ini. Jadi anda tak perlu was was dan ragu untuk menggunakan produk Shaklee. 
Sentiasa Berkesan
Sentiasa Semulajadi
Sentiasa Selamat
dan 
Di yakini Halal 100%
InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge