Tips Elak Rambut Gugur Tanpa Perlu Bayar RM12,500 Pada Yun Num Hair Care

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Masalah rambut gugur nih memang berlaku pada semua wanita rasanya kot ekk.. Kak Kep dulu kronik sangat. Waktu mandi tuh tengok kat tempat lubang air rambut gugur sampai hitam lubang tuh. Dalam hati terdetik, Ya Allah dah kena kanser ke aku nih? Hihihihi.. Sampai macam tuh sekali fikir, punya saspen. Macam macam tips elak rambut gugur yang dah cuba. Ada yang berkesan ada yang tak berkesan. Bila mengandung lagi teruk gugur. Selepas bersalin dan waktu anak tengah menyembur air liur tuh, jangan cakap lah kan? Rambut gugur sampai botak sana sini. Hihihi.

stk64534cor

Kaum wanita memang berisiko tinggi untuk masalah keguguran rambut nih. Tambah tambah yang bertudung. Kalau tak sesuai syampu, tak tau cara penjagaan yang betul memang makin teruk masalah nih melanda.

Banyak tips orang tua tua yang sampai sekarang masih lagi digunapakai sehingga kini oleh mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Ya, memang ada sesetengahnya yang berkesan. Namun, penyediaan bahan bahan dan cara menggunakannya agak leceh dan agak comot. Zaman sekarang nih kalau boleh nak semudah yang mungkin. Betul tak? Nak kurus cuma sembur sembur jek, takyah senaman takyah kawal makan. Logik ke tak macam tuh? Hihihi… Oopsss no komen.. Hehe

Berbalik pada masalah keguguran rambut pun macam tuh juga, kalau ikut petua orang lama ada tips untuk elak rambut gugur gunakan kayu manis, madu dan minyak zaitun, campurkan kesemuanya dengan kepekatan yang agak likat lepas tuh lumur pada rambut sehingga ke akar. Biar 15-20 minit lepas tuh bilas.

Kalau korang, korang mampu ke buat macam nih 3 kali seminggu? Kalau duduk sorang sorang takde anak kecil yang nak kacau, maybe boleh. Tapi kalau macam Kak Kep yang ‘askar’ berderet tuh, hihihihi.. Boleh imagine tak macam mana disasternya suasana semasa aktiviti melumur itu sedang di jalankan? Hahahaha.. Membayangkan pun Kak Kep dah penat.

ikon_petua[1]

Lagipun Kak Kep percaya penjagaan dalaman dan luaran sama penting. Kalau jaga di bahagian luar saja, tapi akar umbi masih tidak sihat tak boleh jugak. So, dua dua kena seimbang. Kita juga kena tau punca masalah keguguran rambut nih yang sebenar. Bila kita tau punca baru kita dapat elakkan masalah tersebut dari awal. Antara punca keguguran rambut adalah :

1. Perubahan hormon
Perubahan atau ketidakseimbangan hormon juga antara penyebab rambut gugur. Ini mungkin disebabkan mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil perancangan atau permulaan menapos.

2. Keturunan
Ya, kita lebih berisiko mengalami keguguran rambut yang teruk sekiranya ibu bapa ada masalah yang sama

3. Tekanan atau Penyakit
Stress juga antara penyebab keguguran rambut. Sekiranya mempunyai masalah kulit kepala tidak sihat ia juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

4. Pemakanan yang tidak sihat
Ini adalah masalah kita zaman sekarang di mana terlampau banyak terdedah dengan makanan yang tidak sihat dan tinggi MSG.

5. Kekurangan Zat protein
Kekurangan sumber protein semulajadi serta beberapa vitamin seperti A,B,C, E dan Zinc juga adalah punca keguguran rambut.

Sedar dengan masalah ini, Shaklee telah menyediakan produk yang sesuai untuk Set Keguguran Rambut yang terdiri daripada :

ESP

Serbuk protein semulajadi dari Shaklee untuk pertumbuhan rambut yang sihat, bina sel dan baiki kesihatan kulit kepala

esp-soy-protein

Zinc Complex

Mengekalkan kelenjar serta merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut

zinc-complex

B Complex

  • Vitamin B3 (Niasin) berguna untuk memperbaiki aliran darah pada kulit kepala
  • Vitamin B6 (Piridoksin) untuk mengelak rambut gugur dan menghasilkan melanin untuk mengelakkan rambut beruban
  • Vitamin B12 mengatasi masalah rambut gugur
  • Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut

b-complex

Rangkaian penjagaan rambut Prosante (Syampu dan Perapi)

Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.

replenishing-conditioner purifying-shampoo

Sebelum masalah keguguran rambut melarat lebih baik kita pelihara rambut supaya sihat dan kuat. Jangan sebelum usia dah botak sana botak sini. Wanita bertudung pun perlu jaga tau, bukan untuk orang lain. Untuk suami sendiri jugak. Nanti kang suami pun tak selera tengok isteri botak. Eeeeeee malunyerr.. hihihi..

Dan tau tak kos untuk tanam rambut baru adalah RM8/helai.. Mesti ramai yang taktau kan? Kalau 1500 helai dah RM12,000 tau kos dia.. Itu sikit tuh 1500 helai.. Kalau penuh satu kepala boleh agak dalam berapa ribu helai agaknya. Kos keseluruhan nak tanam rambut baru mau cecah ratus ratus ribu.. Tu diaa.. Jenuh bergolok gadai pulak nak tanam rambut kan?

Baiklah amalkan supplemen Shaklee yang harga tak mahal dan tahan lama nih kan? Dapat lagi bonus kulit cantik, badan bertenaga, tak stress dan meningkatkan kesuburan. Tak ke best tuh kan? Cuma dengan satu klik sahaja Set Keguguran Rambut akan sampai di pejabat atau di rumah selepas 3 – 5 hari bekerja.. Laju laju klik ok.. Hehehe

JK Niaga Beli Sekarang

011 2526 6427 (Kak Kep) / 012 420 7544 (Puan Linda)

Whatsapp/Telegram/SMS/Call

+974 3301 4039

Whatsapp/Telegram

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

Telegram / Whatsapp

+974 3301 4039

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge