Tips jaga perut suami

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ewahh ewahhh tajuk bukan main lagi sensasi kan? Jaga perut suami nih ada 2 kategori :

1) “Memajukan” lagi ke depan 
ATAU
2) Memastikan sentiasa kenyang
Betul tak? Hihihi.
Kalau nak jaga perut suami supaya maintain six packs tuh, itu kena hasil usaha dia sendiri. Bab tuh isteri tak berapa boleh bantu. Hihihi.
Ok, sebenarnya ini tips untuk isteri isteri yang rajin memasak dan nak memperbaiki persembahan masakan. Wah. Kemain lagi ayat. Persembahan bagai. Ok lah, straight to the point.
Ada tak isteri isteri bijak dan cantik yang taktau maksud pecah minyak. Mak mak selalu sebut kan? 
“Kari ikan tuh kena pecah minyak baru cantik rupa dia”
“Sambal tumis tuh kalau pecah minyak bukan saja cantik tapi rasa pun lagi best”
Credit pic : hanieliza

Pesamah daging

Sambal pecah minyak
Kita orang muda nih selalu tak ambil kisah bab nih. Asal masak makan kenyang masuk perut sudah kan? 
Dulu dulu saya pun macam tuh, tapi bila dah selalu dan kerap masak nih, bila tak pecah minyak macam tak best pulak, memang betul mak cakap, tak cantik. Hihihi.
Tapi INGAT, tak semua lauk perlu pecah minyak, ada yang kalau pecah minyak tak cantik pulak contohnya macam masak lemak cili padi. Kena jaga api betul betul tak boleh bagi pecah minyak.
Ok, kat bawah nih saya bagi beberapa tips yang mak saya ajar untuk pastikan lauk yang kita masak tuh pecah minyak dan cantik. Ini saya bagi contoh untuk masak kari ikan.
1) Minyak untuk menumis mesti lebihkan sikit. Kalau minyak terlampau sikit pun tak boleh jugak.
2) Lepas dah garing semua bahan tumis, masukkan rempah kari yang dicampur dengan air. Kacau sekejap lepas tuh tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan rempah masak lama sikit untuk hilang bau dan kacau setiap 5 minit untuk elak rempah hangus. Nanti kari bau hangus. Potong 50 markah. Hikhikhik.
Rempah yang pecah minyak (credit pic : Dapur Che Nad)
3) Kita boleh tahu rempah dah masak bila tekstur dia minyak kat atas, rempah kat bawah. So boleh nampak dah kat situ rempah yang pecah minyak tuh.
4) Bila rempah dah pecah minyak, waktu kita nak masukkan santan tuh, pastikan api betul betul slow. Kalau periuk kecil dan dapur kita tuh, apa ekk nak sebut.. penunu kot.. penunu tuh besar, lebih baik terus tutup api dan tuangkan santan. Bila dah tuang santan baru pasang api semula. INI PENTING!!! Kalau langgar petua nih memang payah nak dapat kari cantik yang pecah minyak (pengalaman sendiri). So better ikut jek lah apa yang saya suggest nih.
5) Bila dah masuk santan, masukkan ikan, tomato, kacang bendi semua memang dah nampak cantik dah. Cuma kuatkan api sikit dan masak hingga mendidih jek.
Tu dia tips. Mungkin untuk sesetengah orang tak kisah bab pecah pecah minyak nih. Tapi saya kisah. Hehe. Lagipun bukan saja cantik, rasa dia pun lagi mantap tau. Boleh cuba.
Untuk sambal pula, tips dia cuma pastikan anda masak cili kisar tuh lama dengan api kecil. Memang lama dia tuh sangat lama. Makan masa sejam lebih. Tapi memang ummphhhh.
Boleh imagine tak macam mana lajunya encik suami makan kari ikan dengan sambal tumis pecah minyak  yang mantap nih. InsyaaAllah tak cari lain. Sebab isteri bijak dah mandrem dengan zikir Ya Latiff waktu masak tadi kan? Hehe
Dah beria ria masak kari ikan, sambal tumis ikan bilis dengan minyak yang berlinangan tuh, maka WAJIB lah 3 biji Omegaguard atau Lecithin Shaklee kan? Kita nyahkan lemak lemak tuh terus. Jangan simpan simpan dalam badan takut inci bertambah, bacaan kolesterol pun meninggi. Hehehe.
Eh, ada simpan tak stok Omegaguard dan Lecithin kat rumah? Jangan jangan dah nak habis. Baik check cepat. Kalau nak tambah stok tuh meh order kat CaptVitamin  meh

SMS Whatsapp “NYAH LEMAK” ke 011 252 66 427

Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge