Tips Kulit Putih Gebu Persis Gadis Korea

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wanita dengan kulit cantik memang tak dapat dipisahkan. Mesti tamak kalau bab kulit nih. Nak putih, nak cerah, nak berseri, nak licin, tak nak parut langsung walau setitik, nak tegang kenyal sampai umur 67 tahun, tak nak walau sebiji jerawat pun singgah di muka.

Tu dia, memang betul betul tamak tuh kan? Hahaha. Memang begitulah hakikat dan naluri wanita. Lelaki tak berapa peduli sangat bab nih. Especially bab kulit wajah. Sangat sensitif bab nih. Tambah kalau ada orang tegur jerawat ke, eye bag ke, memang boleh bawa meroyan kan? Hahaha.

Kak Kep nak share 3 tips jek kali nih untuk kulit licin, berseri dan semakin cerah. Tak nak banyak banyak. Satu pun belum tentu korang buat kan? Kalau share banyak banyak nanti korang nak try semua, sudahnya satu pun tak konsisten dan tak berhasil. Betul tak?

Tapi yang Kak Kep nih tips senang senang jek, memang boleh buat.

TIMUN

Ambil sebiji timun, buangkan kulitnya dan kisar. Tapiskan hasil blend tersebut dan sapukan pada kulit wajah sehingga leher. Biarkan selama 20 minit biar dia meresap jauh ke dalam kulit dan kemudian bilas. Lebih afdhol di buat sebelum tidur.

AIR NASI

Jangan konfius okay.. Antara air nasi dengan air basuhan beras. Waktu masa nasi tuh waktu nasi dah mendidih dan air nya belum kering habis, ambil 2 sudu air nasi dan biarkan sehingga suam. Waktu masih suam tuh, lumurkan pada kulit muka. Tunggu sehingga kering dan bilas.

SENAMAN MUKA

Ok, nak pecah rahsia kulit cantik orang Korea pulak. Yang tak berkaitan dengan tepek tepek. Tapi senaman muka. Walaupun bunyi macam kelakar tapi ketahui lah yang selebriti di Korea mengamalkan senaman muka dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali setiap hari untuk menguatkan otot muka dan bibir. Jadi tak de lah berkedut di usia muda. Sila lah tiru. Hehehe.

Tapi bagi Kak Kep yang paling untuk kulit yang cantik nih mestilah pengambilan air kosong yang banyak. Paling kurang 3 liter setiap hari. Air kosong yang banyak akan memberi kelembapan berterusan untuk kulit kita. Jadi jangan culas minum air kosong ok?

Tapi rejim kecantikan kulit untuk Kak Kep, memang bukan jenis tepek tepek nih. Tapi lebih kepada repair dari dalam. Kak Kep pastikan pengambilan protein yang semulajadi untuk mendapatkan kulit yang cerah, gebu dan berseri. Kak Kep amalkan protein SEMULAJADI YANG INI —>> KLIK SINI

Hasil setelah konsisten?? Tadaaaaa..

kulitcerahputih

Kak Kep yang dulu BUKAN LAH yang sekarang!! Hahaha

Sesuai sangatlah dengan minah malas tepek tepek macam Kak Kep nih. Bangun pagi telan protein shake nih dulu untuk kulit gebu gebas. Weaaaaa…

Nak try? Roger naaaa..

-Kak Kep-

+974 3301 4039 (Whatsapp)

FB : CaptVitamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge