Tips Memilih Hadiah Hari Lahir : 4 Kesilapan Yang Sering Suami Lakukan

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
podarki

Pening pening fikir hadiah nak bagi

Bab memilih hadiah hari lahir untuk isteri memang pening. Bunga dah, coklat dah, perfume pun dah.. Adoii.. dah tahun ke 16 kahwin nih, dah kering idea nak fikir nak bagi hadiah ape sampai terpaksa google. Hahahaha. Google punya google jumpa pula blog tah sape sape nih bagi tips memilih hadiah. Cantek jugak tuh.

“Wife aku nih nampak macam minat gadget. Ok, beli Iphone 6+ sudaa ke GoPro4? Hmmm mana satu lagi best.”

“Bini aku nih nampak macam teruja jek kalau bawak pi bercuti mana mana.. boleh lah feeling feeling macam baru lepas kahwin kat Koh Samui.”

“Isteri aku dia tak kisah pun, dapat hadiah pun ok, tak dapat pun ok jekk aku tengok.”

Macam macam kan kesimpulan? Sudahnya, sampai hari kejadian. Nak wish “Happy Birthday” pun lupa. Teruk betul. Hahahaha. Jangan runsing jangan pening wahai para suami, meh sini baca beberapa tips memilih hadiah hari lahir untuk isteri. Bukan bagi idea apa barang tersebut, cuma bagi gambaran Do’s and Dont’s.. hehehe

Antara kesilapan yang sering si suami lakukan dalam memilih hadiah hari lahir untuk isteri adalah :

1. Buat kesimpulan hanya dari pemerhatian.

Orang putih cakap “Don’t judge a book by its cover” Gittew. Orang perempuan nih dia lain sikit. Nak kata complicated pun yer gak. Tapi bukanlah complicated sangat. Kalau tau cara kenal betul betul senang jek. Sebab dia akan ambil kira setiap perkara. Jadi kalau nampak isteri suka masak tuh, jangan anggap “eh bini aku nih suka sangat masak, beli pemanggang ajaib jek lah utk hadiah birthday dia bulan depan”.. Bila si suami beli hadiah pemanggang ajaib si isteri mesti dengan muka manis akan ucap terima kasih bla bla bla padahal dalam hati dia “alaaaa pemanggang ajaib pulak, orang nak cake mixer kitchen aid” hihihihi..

Haaa.. Di sebabkan taknak kejadian ini berlakulah maka si suami perlu buat sesuatu. Ok, jatuh point nombor 2 apa yg si suami perlu buat..

2. Jangan malu bertanya.

Ramai para suami taknak bertanya pada isteri tentang hadiah hari lahir. Antara sebab sebab :

  • Takut isteri minta hadiah mahal sehingga di luar kemampuan
  • Ego konon konon taknak nampak yang si suami taktau apa kehendak isteri
  • Nak buat kejutan. Surprise konon kononnya.

Wahai para suami, anda adalah silap sekiranya mengganggap 3 point di atas adalah benar. Salah sama sekali ya.

Takut isteri mintak yang mahal sebab tuh tak tanya. Alahai cik abang, jangan ingat isteri awak kejam sangat. Isteri lebih tau kemampuan suami. Kalau tanya tentang hadiah isteri akan tanya semula tentang bajet. “Berapa abang peruntukkan untuk hadiah nih”. Kalau jawab RM400,000 memanglah si isteri akan mintak Range Rover Evouqe Coupe 2.0 .. hihihihi.. Tapi kalau jawab bajet RM70.. Mungkin jawapan isteri cuma nak Ostematrix Shaklee sebotol untuk bantu dia bangun pagi lebih segar. Betul tak?

2011_range_rover_01_evoque_front_three_quarter_view-0509

One of wifey dream car? Fuyoooo

Percayalah wahai suami, si isteri pun boleh fikir rasional. Kalau mintak yang bukan bukan sehingga bergolok gadai. Kemudian hari 2-2 juga akan menanggung susah. Betul tak? Jadi berterus terang sahaja. Win win situation. Katalah beli handbag Hermes Birkin harga RM60,000 tapi isteri tuh surirumah jek dan tak minat pun dengan beg beg sensasi nih semua. Tak ke membazir tuh. Rugi jek kan? hihihi..

Apa?? Nak buat surprise jugak? Ada cara lain lagi yang boleh buat isteri cair selama 2 minggu, hati berbunga bunga. Hehehe. Be creative please korang. Hehehe.

3. Anggap semua wanita sama.

Ini lagi satu kesilapan abadi yang suami selalu lakukan. Lebih kurang dengan point pertama cuma skopnya lebih luas.

Mr Z : Ape ko susah susah nak fikir apa nak kasik kat bini ko.. Ko banyak duit kan? Beli jek gelang emas sampai ke lengan.

Haaa tu dia.. Ikut cakap kawan dan nampak seorang staff wanita kat pejabat yang macam ‘mami jarum’ tuh. Mentol idea pun tinggggg keluar.. Ok perempuan suka emas. Tapi isteri sendiri satu gelang pun takde kat lengan. Camne tuh? Beria bagi gelang harga 4,5 ribu kan? Sekali si isteri cuma mahukan buku resepi kek yang dia dah lama dok idamkan, dia cuma nak mesin jahit sebab minat sangat nak cuba cuba hobi baru jahit baju anak anak. So elakkan anggap SEMUA WANITA SAMA, jadi supaya masalah ini tidak berlaku berbalik kepada point ke 2. Hikhikhikhik. Senang cerita.

model-gelang-emas-terbaru-24-karat-elegan

Tu dia.. “mami jarum”.. hihihi

4. Kenali isteri anda.

Kenal bukan hanya sekadar dari tau nama, asal mane tuh tau.. Tapi cuba ambil masa sikit perhati isteri. Kadang kadang si suami selalu lupa nak ‘tengok’ isteri betul betul. Kebanyakan isteri tuh kadang kadang bukanlah hanya memandang material tetapi lebih kepada kongsi rasa. Kalau isteri bekerja cuba tengok muka dia time balik kerja muka dia penat ke ceria happy ke camne..

Mungkin benda benda simple macam on your wife birthday eve “Ok, malam nih bagi mama cuti masak sebab esok birthday mama, papa belanja makan kat luar” dah dikira hadiah paling bermakna bagi dia. Terus air muka berubah jadi lebih manis. Best kan?

Mungkin sempena hari jadi isteri, suami ambil alih tugas isteri untuk satu hari dan isteri jadi permaisuri sehari. Malam bila semua dah tidur, suami kemas rumah, basuh pinggan, sental bilik air, kemas dapur, basuh baju kotor dan buat benda benda yang tak pernah suami buat seumur hidup maka esok pagi isteri bangun tengok tadaaaaaaa semua setel. Seriously, cuba buat. Perasaan yang sangat tak tergambar tuh. Cuba sesekali rasa apa yang isteri rasa. Hadiah hari jadi yang paling dikenang kot. Kos RM takyah keluar cuma keluar kos peluh dan kos kerajinan jek.. hihihi.. Mana tau buat benda simple macam nih isteri akan ingat sampai 2 minggu sampai sebulan.

5632149801_f984335931_z

Sama sama rasa

Agak agak kalau bagi bunga or coklat tuh dia nak cerita dengan penuh teruja tak pada kawan kawan ofis dia? Tapi bayangkan kalau suami buat yang di atas. Dia akan bersungguh sungguh cerita kat kawan ofis dan respon kawan ofis pasti “Bestnyaaaa kau, lega oooo kalau bab rumah husband ko setelkan.. bertuah kau” Tu diaa.. effect dia.. Kalau dapat bunga, kawan ofis dia akan respon “Lelaki mana tau bagi benda lain, bunga jek laa yang dia tau” Sentap noksss.. Hahaha..

“Pompuan nih macam macam lah, complicated”

Hahaha.. percayalah, orang pompuan tak complicated mana pun.. Simple jek sebenarnya.. Cuma orang pompuan lebih rasa dihargai bila lelaki yang dia sayang put more effort dalam benda benda macam nih. Bila put more effort makanya rasa diri lebih di hargai. Bukan sekadar gi shopping mall order perfume sebotol, tiap tiap tahun bagi perfume dengan alasan “Aku bagi perfume tiap tiap tahun wife aku happy jekk.. senyumm jekk” Hehehe, itu depan depan kan? Berlakon teruja sikit. Bila masuk bilik.. “Alaaaa, perfume lagik.. tiap tiap tahun perfume” .. Haaa tu dia.. hihihi.. Sorry para suami. Itu adalah fakta. Hahaha.

Kalau rajin tuh cuba tengok tengok kat rak dapur tuh, kot kot nampak berderet vitamin Shaklee yang isteri dok amalkan. Isteri pulak dok komen komen kulit dah kedut lah, payu dara tak tegang lah, punggung dah jatuh lah. Haaa tuh semua faktor kekurangan kolagen dalam badan lah tuh. Apa lagi zassss order Shaklee Collagen Powder buat hadiah birthday barang 3,4 kotak.. Faedah untuk kedua dua pihak kan? Rugi ke? Untung berganda untuk si suami bila isteri bergetah semula. Fuyohhhh.. Nak order just klik link kat bawah eyy.. Kak Kep bagi harga special. Hehehe.

JK Niaga Beli Sekarang

011 2526 6427 (Kak Kep) / 012 420 7544 (Puan Linda)

Whatsapp/Telegram/SMS/Call

+974 3301 4039

Whatsapp/Telegram

Akhir kata, selamat memilih hadiah harijadi untuk isteri anda. Kerana dirinya begitu berharga. Coklat, bunga, perfume? Too mainstream kot.. Cuba buat benda benda rare sikit.. Kenangan abadi yang akan diingati sehingga ke anak cucu. Contohnya macam video kat bawah nih kan? Cair sampai kiamat ooo.. Hihihihi.. Selamat mencuba!!

Hubungi kami segera

Whatsapp/SMS/Call

011 2526 6427 @ 012 420 7544

Telegram / Whatsapp

+974 3301 4039

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : hasliana.mdsaad@gmail.com

Website : www.captvitamin.com

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

    • Kak Kep says

      semoga bermanfaat kakiblog.. mohon sebarkan pada kawan kawan.. semoga mereka juga mendapat idea tentang hal ini.. semoga makin harmoni rumahtangga.. inshaaAllah

  1. says

    kalo dapat hadiah yang tgl kemas umah segaa bagai tu..memang bertahun-tahun la kenang…nak2 kalo yg hasilnya superb..confirm thn depan mtk lg hadiah tu hihihi

  2. adam says

    *Nasihat & pandangan yg baik…
    Aku biasanya bagi DUIT je kat isteri aku…ikut kemampuan sdrlahkan…LPs tu pastikan si isteri guna duit tu…jgn simpan SBB tu hadiah harijd hehe perempuan ni ssh nak baca fikiran diaorg wpn hdp sribu tahun bsama hehehe keadaan sbegitu adalah sbhgian anugerah Allah pd kaum hawa….hargailah mereka sebaik mungkin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge