5 Tips Menggoda Suami Yang Pah Leterkan Pada Mah

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Simpati sangat Pah dengan nasib yang menimpa Mah. Membela 3 orang anak secara sendirian bukan mudah. Pah juga dulu bakal menerima nasib yang sama seperti Mah. Namun Pah bersyukur sangat. Suami Pah belum sempat ‘melunjur’ dengan wanita lain. Cabaran Pah lagi besar. Suami Pah bermain kayu tiga dengan anak dara. Jauh lebih muda dari Pah. Pah lagi stress. Sudah tentu tentu ‘pucuk muda’ tuh lagi bergetah berpuluh kali ganda dari Pah.

Pah mula mengesyaki yang suami Pah ada wanita lain bila telefon bimbitnya tidak boleh berenggang dengan tuannya. Hatta ke bilik air. Mandi membuang telefon bimbit mesti di angkut bersama. Waktu tidur dia akan matikan telefon bimbitnya dan di aktifkan password. Tersentuh telefon bimbitnya saja dah membuatkan dia mengamuk naik hantu. Kesian anak anak jadi mangsa amarahnya.

angry-man

I SMELL SOMETHING FISHY.. INI TIDAK BAGUS

Pah menghidu sesuatu yang pelik. Pah mula menjalankan tugas tugas ‘private investigator‘. Mula menghubungi rakan rakan sekerjanya. Mula bertanya dengan rakan rakan yang selalu lepak dengannya. Mungkin rakan rakannya juga kasihan pada Pah, maka mereka menceritakan hal yang amat memeranjatkan Pah. Ya, sangkaan Pah tepat sekali. Suami ada ‘pucuk muda’. 2,3 hari Pah menangis kerana mengenangkan nasib  diri. Mengenangkan keadaan Pah anak beranak kalau ditinggalkan suami.

Tapi bila difikirkan balik, kalau Pah hanya menangis memang tak membawa apa perubahan. Baik Pah lakukan sesuatu. Suami masih belum tahu yang Pah mengetahui bahawa dia berselingkuh di belakang Pah. Diam diam Pah pasang strategi memenangi semula hati suami.Pah YAKIN!! Pah PASTI MENANG!! Pah kenal suami Pah. Pah yakin suami akan kembali ke pangkal jalan.

Strategi 1 : Hilangkan spare-tyre dan babat degil

Pah nak kena lawan dengan anak dara yang jauh lebih muda. Jadi Pah kena pastikan badan Pah jadi macam Che Ta. Waktu tuh berat Pah 70 kg. Bayangkan? 2 X ganda berat Che Ta. Pah tekad akan turunkan berat badan Pah dan ‘polish’ balik badan Pah jadi lebih solid. Alhamdulillah hasil jaga makan, senaman bersungguh sungguh dan set supplemen yang power, Pah berjaya turunkan berat sehingga 56 kg. Bila kita dah terdesak memang kita akan buat perkara yang luar jangkaan. Pah akui bab tuh.

Cara-Mengurangi-Perut-Buncit-Dan-Lemak

Strategi 2 : Kembalikan keremajaan luar dan dalam

Pah google sana sini untuk produk yang paling berkesan untuk kembalikan keremajaan Pah luar dan dalam. Pah dah tak kisah dah bab harga. Yang penting sekarang Pah nak tawan balik hati suami. Nasib baik Pah jumpa produk yang selamat dan berkesan dan paling penting berpatutan. Walaupun harga tak mahal sangat tapi kesan dia memang mantap. Pah ambil produk ‘ketat’kan semula apa yang longgar. ‘Tegang’kan semula mana mana yang kendur. Memang puas hati sangat.

Strategi 3 : Menjadi yang paling seksi di mata suami

Pah juga tanpa segan silu berpakaian seksi ketika di rumah. Walaupun anak anak ada yang bertanya “Mama panas sangat eyy?” Namun Pah tak peduli. Janji hati suami Pah dapat tawan semula. Baru Pah perasan selama kahwin tempek bedak pun Pah malas kalau kat rumah. Jadi Pah mesti ubah. Huhu.

Strategi 4 : Melayan suami macam raja

Oopsss di bilik tidur? Itu sudah semestinya, mesti extravaganza lebih dari sebelum ini tapi bab bab penjagaan diri suami pun Pah buat tau. Sambil sambil dia tengok tv tuh Pah picit picit bahu dan belakang dia. Jangan gelak eyy apa yang Pah buat nih memang agak kelakar bagi setengah orang tapi untuk memenangi semula hati suami Pah potongkan kuku dia, trim bulu hidung dia, picit jerawat belakang dia, buat masker dan urut urut muka dia. Hihihi.

medfrd2713

Gambar Hiasan

Dan sekarang Pah memang sentiasa menjadi pendengar setia suami. Bila anak anak dah tidur, kami selalu bercerita tentang apa saja yang berlaku dalam sehari tuh. Semua masalah kat pejabat dia ceritakan pada Pah. Ternyata cara memanjakan suami seperti kanak kanak ini benar benar berkesan untuk Pah.

Strategi 5 : ‘Mandrem’ suami

Jangan salah sangka. Pah masih waras. Pah tak jumpa dukun dan bomoh tapi Pah ‘mandrem’ dengan doa doa yang ustazah petuakan iaitu doa melembutkan hati suami.

doa lembut hati

Pah juga amalkan zikir : “Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir.” Selepas membacanya beberapa kali, Pah hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau Pah membacanya waktu suami tidur nyenyak. Pah hembus di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Waktu masak pun Pah zikir Ya Latif Ya Latif semoga hati semua tidak berpaling lagi. Lepas solat juga Pah tak henti henti berdoa pada Allah SWT supaya teguhkan iman suami Pah supaya dia sedar tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak anak Pah.
masak n zikir
JANJI TIDAK BUAT LAGI.. MISI BERJAYA
Syukur sangat. Apabila Pah serahkan segala galanya kepada Allah SWT. Allah gerakkan hati suami untuk kembali kepada kami sekeluarga. Menangis suami memohon maaf pada Pah dan anak anak. Dia berjanji tak akan lakukan perkara terkutuk tuh lagi. Telefon bimbitnya dah tak ada password. Merata rata dia letak telefonnya sehingga kadang kadang sampai dia sendiri cari tak jumpa. Bila keluar berjalan telefonnya diletakkan di dalam beg tangan Pah. Kelakar pula bila ingatkan.
Alhamdulillah. Suami Pah bertukar terus. Dia imamkan solat untuk kami sekeluarga. Waktu Subuh dia tak pernah miss berjemaah di surau taman kita. Dan paling best tuh dia jadi makin romantik. Tak habis habis memuji Pah. Sampai Pah pun naik segan. Segala usaha Pah memang berbaloi. Rumahtangga juga semakin bahagia dan harmoni dari sebelum ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Eh, sebelum Pah akhiri, nak tau tak apa produk yang Pah guna nak kurus, nak kulit cantik, nak ‘ketat’kan apa yang longgar, nak ‘tegang’kan apa yang kendur, untuk buat masker semua tuh? Kalau nak tau psttt pssttt helo helo nombor di bawah nih, memang power betul produk nih

Comments

  1. says

    mula2 bace..mcm nk agak bole suspect cerite seterusnye..tapi bile baca bawah sikit, sikit lgi, sikit byk..sikit lgi sampai habis…hahaha..uiish mmg mantop.. ^_^

    • Kak Kep says

      Pah merasa sangat menyesal di atas kegemokan dirinya.. maka Pah telah membelanjakan seluruh wang simpanannya untuk mendapatkan produk ajaib untuk kembali langsing.. #kohado KakBi? hihihihihih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge