Tips Mudah dan Ringkas Rahsia Tampil Muda Remaja

Kau share, Kau hado!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Awet muda.. Siapa tak nak kan? Tanyalah mana-mana wanita mahupun lelaki pasti terkinja kinja gembira kalau ada yang menegur.. Eh! Nampak muda laa.. Apa rahsianya?? hehehe (belum tentu yang menegur itu ikhlas, mungkin hanya bermanis mulut)

Jom ikuti 4 rahsia JIMAT untuk CANTIK..

1 ) JANGAN MAKAN BANYAK SANGAT

Eh, bukankah tengahari tadi dah makan sepinggan nasi? Takkan minum petang masih nak makan pisang goreng yang berminyak tuh? Hmmm.. tambah kalori lagi.. kolesterol?? Hmm.. tak sayang jantung ke?? hehehe.. Kebanyakan orang tua di Okinawa, Jepun akan berhenti makan apabila mereka merasa kenyang 80%. Tidak hairanlah mereka sentiasa sihat dan panjang umur. Ambillah pengajaran dari fakta ini. Islam juga mengajar kita bersederhana kan?

2) LAKUKAN HUBUNGAN SEKS

Ehhhh.. senyum lebar cik cik abang kita.. AWAS! Hanya bagi yang telah sah bernikah sahaja yerr.. Tip ini hanya untuk suami isteri sahaja. Mehmet Oz, MD, profesor dan naib pengerusi pembedahan di New York Presbyterian-Columbia University memberitahu wanita yang menikmati hubungan seks akan hidup lebih lama. Maksudnya di sini, emosi dan fizikal mereka bahagia kesan daripada hubungan yang berjaya itu. “Seks memberi anda momen Zen yang tidak dapat anda temui sepanjang hari,” jelasnya lagi. Jom, hantar SMS ‘nakal’ pada suami. Oooopsss bulan puasa la.. hehehe

3) AMBIL BANYAK TUMBUH_TUMBUHAN

Wanita yang makan banyak sayur dan buah sentiasa kelihatan sihat, cantik dan berseri. Ironinya, wajah mereka akan tampak lebih muda berbanding rakan sebaya yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Inilah rahsia khasiat tumbuhan alam pada kesihatan anda.

4) RANGSANG MINDA

Satu ujian neuropsikologikal telah dijalankan pada warga tua yang berusia 80 tahun. Warga tua itu menunjukkan prestasi minda yang sama dengan orang yang berusia 50-an. Hasil ujian mendapati usia emas mempunyai masalah kekusutan otak yang sedikit (lebihan protein yang berkait dengan Alzheimer’s). Pakar percaya otak warga tua yang aktif mempunyai perlindungan yang tidak dimiliki orang yang lebih muda. Oleh itu, saintis mencadangkan agar kita kerap merangsang minda pada usia ini. Banyakkan membaca dan cubalah benda benda baru dalam hidup. Apabila otak sentiasa aktif walaupun di usia emas, ia membuatkan kita sentiasa awet muda.

Jadi, apa lagi.. Boleh cuba tips-tips di atas untuk tampil muda remaja. Ala ala budak sekolah gitu. Tanpa belanja yang besar.

Tips dari : Rapi 15 Jun 2013

Hubungi kami segera

SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge